SKRIN komputer ditatap lama. Melihat rakaman litar tertutup CCTV dengan penuh teliti. Semenjak Zureen bertindak pantas dalam lif, Farhan terus mendapatkan rakaman CCTV dari bahagian keselamatan dan dihantar melalui e-mail.
Selepas dirinya diusir keluar, Zureen membuat dua panggilan. Farhan perlu tahu, siapakah Zureen menghubungi?
"Hari ni, hari terakhir Zureen memegang jawatan tu, kan?"
Tragedi dalam lif masih jelas dalam minda.
"Macam mana kalau..."
Zureen mencelah.
"Biar saya je yang..."
Berbagai bentuk soalan terlintas. Mengapa Farhan menemui sangsi antara Tengku Hussain dan Zureen?
"Apa kaitan diaorang berdua ni? Aku ada terlepas sesuatu ke?" Desis hati Farhan.
Tok, tok, tok!
Ketukan pintu menyentakkan lamunannya.
"Tuan. Masa untuk mesyuarat." Maklum Luna.
Farhan memandang Luna. Dia angguk faham. Senang hatinya melihat Luna sudah kembali bekerja setelah bercuti selama dua minggu.
Farhan berfikir sejenak. Ramai daripada pekerjanya turut terkesan dengan masalah peribadinya.
Antaranya, Luna, Nisha dan pegawai keselamatan. Mereka mangsa keadaan ketika itu.
Namun, penerimaan dan kepercayaan masih samar-samar. Mengapa orang itu tegar melakukan pada keluarganya dan rakan terdekat?
RAMAI pelanggan di Elysium House Restaurant milik En. Mustafa dan keluarga. Tidak cukup tangan dibuatnya. Zureen juga turut membantu mengambil dan menghantar tempahan pelanggan.
Khidmatnya di syarikat masih diperlukan. Dia perlu masuk apabila dipanggil sahaja. Tengku Hussain memutuskan untuk meneruskan tempoh kontrak jawatan CEO Zureen dan mengekalkannya hingga hari pelantikan secara rasmi. Waktu itu, Zureen harus mendedahkan segala bukti dan saksi kejahatan Aunty Jasmine pada semua.
Tekun Zureen mendengar tempahan pelanggan dan mencatatnya atas sticky note. Telinga dapat menangkap deringan telefonnya. Segera mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan melihat nama pemanggil.
Nama tidak asing lagi muncul tika dirinya dalam kesibukan. Dia berkerut dahi dan mengaktifkan mode silent. Telefonnya tadi dimasukkan semula dalam poket seluar. Emosi sedikit terganggu cekap Zureen mengukuhkannya.
Sticky note tertulis tempahan pelanggan ditampal kuat di papan notis dapur. Bengang. Tampak saja nama Haziq, terus hilang ceria di wajah.
Kali kedua telefonnya berdering. Melihat nama sama sekali lagi. Dia meluru keluar bangunan restoran. Jauh dari keluarganya.
Dia mengetap gigi. Sebelah tangan bercekak pinggang memandang skrin. Panggilan Haziq dijawab.
"Assalamualaikum, Haziq. Awak nak apa?" Berang Zureen.
"Waalaikumussalam. Sorry kacau awak. Saya call sebab, nak ajak awak keluar. Sekejap pun tak apa." Haziq dihimpit serba salah.
"Untuk melepaskan rindu awak?"
"Tak. Bukan. Saya..."
"Sudahlah. Saya tak ada masa."
Zureen hampir menjauhkan telefon daripada telinga. "Saya buntu Reen."
Mendengar nada suara lemah Haziq, tampaknya ini perkara serius. Haziq tidak berpura-pura. Dia pasti perlukan bantuan untuk menjadi pendengar masalahnya.
YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...