Sunyi sahaja kawasan perkuburan tersebut. Hanya bunyi burung yang berkicauan dan daun yang berlaga sesama sendiri akibat ditiup angin. Pusara dihadapan mereka ditatap penuh sayu.
Eriq mengusap batu nisan yang tertera nama arwah. Orang yang paling dia sayang dunia dan akhirat. Orang yang mengajar erti kehidupan. Orang yang sentiasa menjaga makan pakainya sebelum ini.
Eriq membersihkan pusara arwah. Rumput yang mula tumbuh dicabut lalu dikumpulkan ke tepi. Pokok bunga yang ditanam masih elok terpacak di atas kubur itu. Cantik mengembang.
"Papa... kenapa papa menangis?" soal Eman kepada Eriq.
Eman Haidar. Kini sudah berumur 4 tahun. Badannya yang sangat semangat dan pipi yang montel membuatkan sesiapa sahaja yang mendekati akan menggomol pipi tersebut. Geram.
Mulut pula petah berkata. Ada saja yang hendak dia bualkan. Jika tidak dilayan mahu muncung sedepa. Walaupun begitu, Eriq gembira melihat tumbesaran anaknya di hadapan mata. Agak sukar menjadi seorang ayah tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
"Mana ada papa menangis, mata papa masuk tanah ni hah. Tengok tangan papa kotor" balas Eriq. Tangan yang mempunyai kesan tanah ditunjuk.
Eman memeluk papanya dari tepi. Mereka sedang bersila diatas tikar. Selepas membaca yassin mereka duduk sebentar.
"Papa, kenapa manusia meninggoi dunia" tanya Eman. Tergelak Eriq mendengar kata kata anaknya. Meninggoi pun bolehlah.
"Meninggal Eman bukan meninggoi. Ni mesti ayah Izz ajar ni kan?" kata Eriq. Kepala anaknya digosok perlahan.
"Bukan ayah Izz lah, uncle Fahmi." jujur Eman. Dia bergerak dan duduk di atas riba papanya. Kepala disandar pada dada Eriq.
"Kalau Eman nak tahu, kita semua ni akan mati. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Cuma cepat atau lambat sahaja" ujarnya.
"Ouhhh" terangguk angguk kepala Eman.
"Kita sebagai manusia perlu sentiasa mengingati mati. Supaya kita dapat menjauhkan diri dari membuat perkara yang di larang Allah. Sebab bila bila masa sahaja nyawa kita Allah akan cabut." terang Eriq lagi.
"Bila kita akan meninggoi dunia papa" dia mengangkat wajah sambil mengajukan soalan.
"Kematian kita adalah rahsia. Hanya Allah sahaja yang tahu bila kita akan meninggal dunia. Itu sebab kita kena selalu membuat amal kebaikan di dunia untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti. Sebab kita taktahu bila kita akan meninggal dunia"
"Cikgu Eman kata kalau kita baik, kita akan masuk syurga. Betul ke papa?" Eriq tersenyum mendengar kata kata anaknya.
"Betul sayang..."
"Mama pun masuk syurga lah kan sebab papa cakap mama baik" Eriq terdiam. Perlahan lahan dia mengangguk.
'Kalau di takdirkan Sya pergi dulu dari hidup abang..."
'Princess cakap apa ni'
'No no. Abang dengar dulu apa Sya nak cakap. Kalau ditakdirkan Sya pergi dulu, Sya nak abang janji dengan Sya untuk jaga anak kita dengan penuh kasih sayang. Itu sahaja Sya minta dari abang'
'Mesti lah aku akan jaga anak kita. Kita akan jaga dia sama sama, kau tak boleh pergi tinggalkan aku. Kau nyawa aku, kau segala galanya bagi aku'
'Dan kalau kita di pisahkan dengan ajal satu hari nanti, Sya izinkan abang untuk cari pengganti Sya, anak kita perlukan kasih sayang seorang ibu. Sya taknak dia terima nasib yang sama macam Sya, kurang kasih sayang ibu bapa. Ye abang...'
Tidak semena air matanya laju menuruni pipi. Dia teringat akan kata kata isterinya semasa Hasya mengandung 4 tahun lepas.
Rindu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...