Chapter 45: Where is She?!

466 25 2
                                    

SEPASANG kasut pantofel berwarna hitam berkilat itu terus memantapkan bunyi pijakannya menuju ke destinasi yang akan ditujui oleh sang pemilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPASANG kasut pantofel berwarna hitam berkilat itu terus memantapkan bunyi pijakannya menuju ke destinasi yang akan ditujui oleh sang pemilik. Tangan berurat itu memulas daun pintu tanpa memerlukan akses untuk memasukinya.

"Luc..." Yang diseru lekas menoleh. Hanya tatapan malas dibalas saat mengetahui siapakah gerangan yang sedang berada di dalam bilik kerjanya ketika ini.

"Tch! Aku tengah busy la. Tak ada masa nak perang mulut dengan kau," dingin Lucas. Dia masih berasa kesal dengan Evender kerana telah menyalahkan dirinya tempoh hari. Padahal itu bukanlah salahnya...

Evender tidak mempedulikan kata-kata Lucas. Jejaka itu justeru melabuhkan punggungnya di atas kerusi hadapan Lucas yang sedang sibuk mengerjakan tugasannya.

"I need your help, Luc. Please...kali ni je... tolong aku..."

Deg!

Lucas merenung ke arah Evender. Jari kelinginnya digunakan untuk mengorek telinganya bagi memastikan jika apa yang didengarinya sebentar tadi tidak salah.

Whaaaaaaaaattttt?

Even minta tolong aku?
Dah termakan nasi kangkang Mak Uda sebelah nenek aku ke semalam?
Mana Even yang dulu belagak nak mammmpoosss?
Anak sape depan aku ni?

Lucas amat terkejut dengan tujuan hadirnya Evender ke sini. Saat ini, Lucas dapat merasakan bahawa yang berada di hadapan dirinya saat ini bukanlah seorang Evender Delrico yang biasa. Namun, ini adalah Even yang sama seperti dulu... sewaktu dia masih kecil. Seorang yang tidak pernah bersikap angkuh dan dingin.

"Aku tak salah dengar kan? Evender Delrico... Ketua mafia Itali... minta tolong aku?" Lucas menaik turunkan keningnya.

"Kau orang terakhir yang jumpa Keira. Dan sebab tu la aku minta bantuan kau. Tolong... tolong bantu aku cari Keira," Wajah sayu yang hampir tidak pernah dilihat oleh Lucas sejak ibu kepada sahabatnya itu meninggal kini kembali terukir. Jelas terpapar raut wajah sedihnya saat itu.

"Kenapa kau kesah sangat pasal dia? Bukan ke selama ni kau anggap dia tu sebagai pemuas naf..."

"Jangan panggil dia macam tu lagi! Aku mohon... Aku tahu aku dah banyak buat salah pada dia. Aku seksa dia, aku hina dia! Aku salah... aku tak patut buat dia macam tu... Aku tak nak kehilangan dia... aku tahu... aku tahu aku tak patut biarkan dia jadi korban dalam hal aku dengan Xandra..."

Jelas Lucas sangat terkejut saat Evender meluahkan isi hatinya mengenai seorang gadis kecil yang telah dibelinya. "Did you start loving her? Kau yakin dengan perasaan kau?"

Evender mengangguk kepala sebagai balasan.

Baiklah. Kepala bujur Lucas hampir meletup sekarang. Pertama, dia sudah tahu bahawa Aaron sudah lama memendam perasaan terhadap Keira. Dan sekarang, Evender telah mengungkapkan perasaan sebenar dirinya terhadap Keira. Jadi... Evender dan Aaron sedang bersaing sekarang? Adakah dua sahabat yang sudah hidup bersama sedari kecil lagi akan bersaing untuk menawan hati seorang gadis?

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now