PERMULAAN..
Langit malam yang dipenuhi dengan beribu bintang itu sungguh indah
Riy menatap langit malam itu dengan pandangan kosong.Walaupun langit itu begitu indah.Namun sekarang hatinya,didalam suasana yang buruk
"Riy" wajah khalid dia pandang apabila lelaki itu memanggilnya
"Ye?" soalnya.Tak sedar pula dia yang khalid sudah berdiri di sebelahnya.Terlalu asyik merenung langit
"Papa dah cerita dekat abang" ucapnya sambil menundukkan kepalanya cuba menahan diri daripada menangis
Riy hanya tersenyum sahaja.Khalid mengambil tempat disebelah Riy
"Ab-Abang tak tahulah kenapa papa mama sanggup buat Riy macam ni" marah? ye dia marah sangat apabila mereka mempelakukan Riy sebegitu
"Tak apalah Abang.R-Riy ok je" dia mengukir senyuman palsu
"Riy" matanya jelas berkaca.Sakit apabila melihat lafaz akad itu bukan keluar dari mulutnya.Tetapi dari mulut lelaki lain.Tak guna punya Nafiyah
"Hm? Kenap-" ayatnya terhenti apabila melihat air mata yang jatuh di pipi lelaki itu.Belum sempat dia bertanya lelaki itu sudah menyeka dahulu
"Kenapa abang menangis? Riy ok jelah.Abang janganlah macam ni" matanya juga sudah turut berkaca
"Entahlah.Abang sedih" dia menutup matanya menggunakan telapak tangannya
Riy angkat tangan cuba untuk memegang bahu Khalid.Namun belum sempat dia memegang bahu itu,dia teringat bahawa dia sudah menjadi isteri orang
Dia jatuhkan tangannya semula
"Maafkan Riy" dia menundukkan wajahnya
Khalid memandang gadis itu
"Untuk?"
Dia mengangkat kepalanya sebelum kembali memandang wajah tampan itu
"Sebab biarkan abang menunggu" Riy senyum mahu menutup rasa sedih yang dari tadi kian menyesakkan dadanya
Dia pun tidak tahu mengapa dia begitu sedih.Mungkin kerana malam ini dia sering teringatkan arwah mak dan abahnya atau disebabkan dia digunakan oleh mama dan papa angkatnya?
Atau disebabkan Arasy yang dari tadi mengabaikannya? Tanpa sedar dia mengeluh
"Tak ada apalah.Abang ok je" senyumannya kembali mekar apabila melihat senyuman gadis itu
'Ingat Khalid Riy dah jadi isteri orang' seperti ada bisikan halus dari telinganya
Dengan serta merta hatinya kembali mendung
"Riy" gadis itu memandangnya"Kenapa?" dia melihat wajah lelaki itu
"Tak ada apalah.Abang masuk dulu ye.Riy pun masuk cepat tau.Sejuk dekat luar ni"
Riy hanya menganggukkan kepalanya sahaja
"Baik abang.Abang tidurlah dulu ye"
Khalid hanya membalas dengan senyuman lalu beredar pergi.Seketika perjalanannya terhenti,kepala dia pusingkan ke belakang melihat Riy yang masih ralit memerhati bintang dilangit
"Riy" matanya sudah berkaca
Gadis itu memusingkan kepalanya kebelakang
"Kenapa?" soalnya sambil tersenyum
Ye gadis itu tetap tersenyum walaupun dirinya dilanda dengan pelbagai ujian,dan itu membuatkan hati seorang lelaki yang bernama Muhammad Khalid terluka
Matanya sudah berkaca.Akibat jarak mereka boleh tahan jauh,gadis itu tidak dapat melihat air matanya yang sudah bertakung ditubir matanya
YOU ARE READING
DIA ATAU AKU?
Romance-SLOW UPDATE!!!!⚠️⚠️ -Maaf kerna aku tak cinta- Cinta yang tidak kesampaian,itulah cinta seorang perempuan yang bernama Al-Anshariyyah Dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sebenarnya bakal abang iparnya,namun dia tahu dia tidak akan pernah dap...