Bab 33 🔥

6K 237 13
                                    


Inara yang sudah hampir 4 bulan dikurung semakin lemah kerana kurang makan dan kekurangan air. Bukan Amil tidak memberinya makanan, tetapi Inara sendiri yang menolak, katanya tidak sedap.

Aaydan mencangkung di hadapan Inara yang terbaring lembik di atas lantai ruangan besi itu. Dia tersenyum sinis ke arah Inara.

"Hello cousin, macam mana? Best tak tinggal dekat sini?" kata Aaydan sambil mengangkat-angkat keningnya.

Inara hanya melihat sahaja wajah Aaydan sekarang. Sekarang dia tahu, walaupun Aayden beku dan garang, tetapi dia tidak sekejam Aaydan.

Aaydan yang terlihat ceria tetapi seorang yang sangat tidak berhati perut jika menangani musuh.

"Kau tak payah nak tenung aku macam tu lah Inara Sophia. Aku takkan termakan dengan muka kesian kau" ujar Aaydan sambil menjentik dahi Inara.

Terpejam mata Inara menahan sakit, sudahlah sakit di pergelangan kaki dan tangan kerana diikat. Dijentik pula dahi.

"Kau mungkin rasa mama dengan papa kau tu baik kan? Tetapi kau tak tahu, sebenarnya diorang lagi setan daripada kau" ujar Aaydan.

Inara masih berani mencerlung Aaydan dengan tajam. "Kau tak ada hak untuk hina mama papa aku!" marah Inara walaupun suaranya tersekat-sekat.

Bergema ruangan itu dengan tawa kuat Aaydan persis seorang psiko. Dia bangun dan menyepak kaki Inara.

"Arghhh sakit!!!" jerit Inara mengerang kesakitan. Jeritan kesakitan Inara yang dia mahukan.

"Kau tahu tak mummy aku hampir mati disebabkan cemburu mama papa tak guna kau tu" marah Aaydan lalu menunjal kepala Inara.

"Apa yang mama papa buat?!" jerit Inara. Dia sudah penat diperlakukan sebegini rupa.

"Mummy aku diracun sewaktu kandungan dia berusia 7 bulan. Dan pelakunya adalah mama papa kau! Kitorang tak bodoh Inara. Walaupun masa tu kitorang baru 7 tahun, tapi kitorang tahu mama papa kau memang dengki mummy dan daddy!" tempik Aaydan.

"Lepas je Aayden dah mahir dalam bidang IT, terus dia godam cctv rumah tepat hari di mana mummy diracun. Mama kau letak racun dalam minuman mummy dengan bantuan pembantu rumah mummy. Mereka dengki sebab selepas mummy mengandungkan adik kitorang, syarikat daddy makin maju"

"Dan disebabkan hati busuk papa mama kau, mereka terus rancang untuk tarik salah satu rezeki yang Allah bagi dekat daddy"

"Dia tahu dia takkan boleh hancurkan syarikat daddy sebab sistem kawalan sangat ketat. Jadi dia tukar rancangan untuk hancurkan mummy dengan gugurkan kandungan mummy. Mummy aku hampir mati disebabkan racun tu Inara hiks"

Dengan perlahan Aaydan jatuh melutut dan menangis mengenangkan kesakitan yang mummynya alami ketika itu. Dia tidak kisah untuk hilang harta, asalkan bukan keluarganya.

Inara tergamam mendengar apa yang Aaydan sampaikan. Tergamak papa dengan mama buat maklong macam tu! Dia tak sedar dia juga sama seperti mereka.

Puan Aydini sering kali ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut. Dia sangat berharap agar dapat memberi zuriat lagi kepada suaminya.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now