DIA memeluk tubuhnya. Dia sudah hilang arah. " macam mana boleh hilang?! " tempik Datin Rania. Mata wanita itu menatap satu persatu orang-orang yang hadapannya dengan tajam.
" maaf Datin. Kami tak sedar akan hal ni. Kami bangun saja dari tidur Emily dah hilang jejak. " ujar lelaki itu selaku ketua kumpulan. " kau orang ingat anak aku apa?! Mainan?! " jerit Datin Rania lagi.
Dato Rafael memegang kedua-dua belah bahu isterinya bagi menenangkan wanita itu. " sudah Rania, bersabar dahulu. Pihak polis pun sedang buat siasatan kita tunggu laporan dari mereka. " ujar Dato Rafael.
" macam mana saya nak sabar bang?! Anak kita tu bang! Satu-satunya anak perempuan saya! " jerit Datin Rania.
Dato Rafael menggangguk sayu. " saya tahu. Kita serahkan pada Allah. Pasti Emily selamat cuma kita tak tahu keberadaan dia. " lembut Dato Rafael.
Kolar baju lelaki itu ditarik kasar. " siap kau kalau adik aku masih tak dijumpai! Kau orang pertama aku cari! " amaran keras dari Ethan. Hamdi menggangguk laju.
" Ethan... " dia menoleh memandang abang sulungnya. Bagaikan faham dengan pandangan
mata itu langsung dia melepaskan kolar baju Hamdi.Keadaan rumah itu seketika hening. Hanya terdengar tangisan Datin Rania.
" siapa orang terakhir yang bersama dengan Emily? " soal Ehsan memecah hening. Semua menoleh memandang sekumpulan di hadapan mereka. Lili meneguk air liur kesat sebelum mengangkat tangan.
" bagitahu apa yang Emily buat sebelum dia hilang. " nada lelaki itu tegas. Lili sudah gementar tubuh. Matanya takut mahu memandang Ehsan.
" Lili aku tanya ni, aku bukan nak makan kau. " ujar Ehsan. " s...sebenarnya malam tu Emily nak buang air k...kecil dan dia minta Lili temankan, tapi masa tu Lili tak sedar sepenuhnya , dalam mamai Lili kata Lili masih mahu tidur. " jelas Lili.
Lantas Datin Rania bangkit menampar wajah mulus itu. " jadi kau punca anak perempuan aku hilang?! Kawan jenis apa kau ni?! " tempik Datin Rania. Dato Rafael segera menarik isterinya menjauh.
Lili seketika terkedu. Terasa pipinya membahang panas selepas ditampar. " mommy, kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya jangan lukakan anak orang. " ujar Ethan. " diam Ethan! Mommy tahu apa yang mommy buat! " bentak Datin Rania.
Lengan gadis itu ditarik ke dapur. " Ehsan! Nak bawa dia pergi mana?! " jerit Datin Rania mahu mengejar namun segera ditahan Dato Rafael dan Ethan.
MATA gadis itu dipandang lekat. " E...Ehsan " perlahan dia menyebut nama lelaki dihadapannya.
" sakit? " soal Ehsan tiba-tiba. Dia mendongak memandang." pipi kau sakit ke? Pipi kau nampak merah sangat. " kata Ehsan. Lili diam. Lekas tangannya mencapai kotak kecemasan. Dikeluarkan beberapa ubat sapu.
" sini aku sapu, maaf terpaksa sentuh kau. " ujar Ehsan sembari jari lelaki itu lembut menyapu ubat di bekas tamparan pada wajah gadis itu. Usai sahaja dia kembali menyimpan kotak kecemasan.
" t...terima kasih. " Ehsan menggangguk. " dah kau balik dulu dengan kawan-kawan kau. Apa-apa perkembangan aku bagitahu kau pun sama kalau dapat sesuatu maklumat jangan nak berahsia bagi tahu aku. "
Lili menggangguk.
PERLAHAN dia mengeluh. Tudung di atas kepala yang sedikit senget dia betulkan.
Jibrail menapak masuk bersama obor-obor di tangan. " kau pergi mana tadi? " soal Emily. Jibrail menoleh. " memburu. "
" malam-malam macam ni? " soal Emiky. Jibrail menggangguk. " dapat ke? " dan lagi dia menyoal mahu tahu. " satu ekor ayam. Cukup untuk kita berdua. " ujar Jibrail. Tangan lelaki itu sibuk menyiapkan tempat tidurnya.
Perlahan-lahan Jibrail baring berlapikkan daun pisang sebelum dibuai mimpi. Emily sekadar memandang.
" bila agaknya aku boleh balik...cepat lah diorang jumpa aku. Tak nak aku lama-lama duduk sini. " monolognya sendiri sebelum dia juga dibuai mimpi.
" Emily. " seakan terdengar namanya dipanggil langsung dia membuka mata. Sinaran matahari yang memancar menyilau pandangannya. Wajah Jibrail dipandang.
" kenapa? "
" sudah aku bakar ayamnya. Pergi lah makan untuk isi perut kau. Aku mahu menebas semak samun di belakang sana. " kata Jibrail sebelum bangkit meninggalkan Emily disitu
Dia sekadar diam. Bangkit meluru keluar dari rumah usang itu. Dilihat ayam yang sudah dibakar beralas daung pisang.
" boleh gemuk aku macam ni... " keluhnya. Dia melabuhkan punggung di hadapan makanan. Dia mula memakan ayam tersebut dengan nikmat.
Usai dia menghabiskan ayam tersebut tanpa sisa dia bangkit mencari Jibrail.
" mana pulak mamat tu? Kata nak bersih-bersih kat belakang ni je. " soalnya sendiri.
Dia terus melangkah sebelum dia seakan berasa memijak sesuatu. Dia langsung memandang bawah.
" Mak!! Ular!! " jeritnya.
Jibrail yang mendengar jeritan itu meninggalkan kerjanya dan berlari ke arah Emily. " Emily?! "
" huargh! Jibrail! " dia melompat ke atas tubuh Jibrail, dipeluk erat leher lelaki itu bersama kaki melingkari di pinggang Jibrail.
Jibrail terkaku tak bergerak. Merasakan pelukan erat dari Emily. " Jibrail! " jerit Emily lagi.
Dia tersedar dari lamunannya. " ha ye...kau turun lah, bagaimana aku mahu menghalau ular itu? "
Emily menggeleng laju. " tak kisah! kau buat je lah macam mana aku tetap tak nak turun! " balas Emily semakin erat pelukan di leher Jibrail.
Dia mengeluh perlahan. Mahu tak mahu dia harus bersabar. Di capai kayu lalu mengetuk kepala ular itu perlahan sebelum ular itu mula berlalu.
" sudah, dia sudah pergi. Boleh kau turun? " soal Jibrail. Emily yang agak ragu perlahan turun dari tubuh Jibrail. Matanya melilau mencari jika ada ular lain.
" tidak perlu risau. Dia sudab pergi. Kau boleh berehat di dalam rumah. "
" tak nak! Aku nak ikut kau! " ujar Emily berkeras. Jibrail mengeluh sebelum mengganguk setuju.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
ActionARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...