BAB 4

96 5 1
                                    

EMILY berbaring di atas kayu usang itu meski tidak selesa akan tetapi dia hiraukan. " sudah kau makan daging itu? " soal Jibrail yang entah dari mana munculnya. " tak. Aku makan buah saja yang kau hidangkan tadi. " kata Emily. " kenapa? " soal Jibrail.

" mengikut hukum islam. Kalau tidak sembelih cara adab islam tak boleh dimakan. " jelas Emily.

" kalau makan juga? "

" haram. "

" apa itu haram? "

" Ya Allah! " dia memegang kepalanya, kepalanya sudah mahu meletup.

Jibrail menayangkan senyuman polosnya. Dia melabuhkan punggung di samping Emily. " Malam nanti kau mahu makan apa? Daging rusa masih ada aku simpan. Kau mahu aku bakar? " soal Jibrail. Emily menggeleng. " tak perlu. Aku makan buah saja lah. "

Jibrail mengganguk.







HARI berganti hari. Ehsan memejam matanya erat sebelum kembali dicelik. " mustahil takde satu pun jejak dia. Korang buat kerja betul-betul ke tidak?! " bentaknya. Dadanya naik berombak menahan marah yang terkandung di dalam badan.

Kedua-dua lelaki itu menunduk tidak berani menatap mata helang lelaki itu. " kitorang bayar mahal-mahal takkan cari jejak adik kami pun susah? " nada Ethan membeku.

" maaf Tuan Ethan, Tuan Ehsan. Kami dah cuba sebaik mungkin tapi tetap tak jumpa... " ujar salah satu ahli bawahan mereka. Ehsan mendengus. " Lili tak ada bagitahu apa-apa pada kau ke? " soal Ethan.

" dia ada bagi lampu suluh Emily punya yang diorang terjumpa masa diorang cuba cari Emily. " jawab Ehsan. Ethan mengganguk.

" dah korang dua balik. Kalau ada apa-apa kami akan beritahu. " suruh Ethan. Kedua-dua lelaki itu mengganguk sebelum berganjak pergi. Ethan mengeluh.

" pelik, adik tu dah banyak kali sertai program-program macam ni, kenapa tiba-tiba kali ini tak bernasib baik pulak. Nak kata dia tu penakut tak ada la penakut sangat. " ujar Ethan.

" semuanya bukan kita yang rancang. Allah yang rancang. Kita tak tahu apa yang akan berlaku ke depan. Sekarang kita doa saja semoga adik cepat dipertemukan. " jawab Ehsan.

Ethan mengganguk. " 𝑏𝑦 𝑡ℎ𝑒 𝑤𝑎𝑦, hari masa Mommy mengamuk tu kau buat apa dengan Lili dekat dapur? " soal Ethan bersama riak curiga. Mata helang lelaki itu menoleh. " kau fikir apa? Aku tak bodoh lagi nak sentuh dia dari kau dah peluk berpuluh-puluh perempuan. " sindir Ehsan.

Ethan berdecik. " tanya je. "

" aku sapukan ubat dekat pipi dia. "

" jadi kau sentuh dia la kan? " tebak Ethan. Ehsan mengeluh. Mahu tak mahu dia harus jujur. " ye, tapi tu je cara aku boleh tolong dan sebagai minta maaf lepas mommy tampar dia. " jelas Ehsan.

Ethan mengganguk. " baik juga kau, layak jadi suami dah ni. "

Dijeling tajam adiknya itu. " diam, sebelum aku kerat lidah kau pakai pisau. " ugut Ehsan.







DIA memandang langit malam yang dihiasi bulan purnama dan bintang yang berkilauan bak permata. Perlahan dia mengeluh.

" kenapa kau mengeluh? " soal Jibrail dari belakang tubuhnya. Lelaki itu sedari tadi berdiri di belakangnya yang turut sama memandang langit.
" tak de apa... " singkat Emily.

" jangan lah kau risau, pasti mereka akan selamatkan kau. Kau bersabar sahaja dulu. " ujar Jibrail tenang. Emily mendengus. Sampai bila dia harus bersabar?

Seketika dia memandang wajah lelaki itu tanpa berkelip. Akan sedar sesuatu matanya membulat.

" kau kenapa? Wajah mu seperti terkejut. " soal Jibrail yang akan sedar riak wajah gadis itu.

" 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑒𝑦𝑒𝑠... " leret Emily. Sungguh dia baru tersedar akan warna mata lelaki itu. Lelaki itu memiliki Sepasang mata berwarna biru laut, sungguh indah dipandang dimatanya.

" kenapa muka kau terkejut, kau cakap bahasa apa? " soal Jibrail yang masih belum faham dengan situasi. Emily menggeleng pantas mahu menyedarkan dirinya.

" mata kau... "

" kenapa dengan mataku? " soal Jibrail.

" b...biru? Cantik... " ujar Emily. Dirinya terpegun melihat keindahan mata lelaki itu. Jibrail tersenyum.

" hampir seminggu sudah kau bersama dengan aku, tapi kau baru sedar akan warna mataku? "

Emily masih beriak terkejut. " tak tahu pulak...mata kau warna biru...macam biru laut. " Jibrail mengganguk. Tahu gadis itu masih terkejut dan terpegun, dia diamkan saja.

" boleh...boleh aku tengok dekat sikit? " soal Emily. Jibrail mengiyakan sahaja, menggangguk setuju. Emily perlahan menghampiri lelaki itu. Dia memandang mata lelaki itu tanpa berkelip.

Seketika dia merasa rasa aneh di dalam hatinya. Wajah lelaki itu sangat dekat dengan wajahnya. Jantungnya berdegup laju, namun tidak dengan Jibrail yang masih kekal dengan wajahnya tanpa riak. Seolah-olah lelaki itu tidak terkesan dengan tindakannya.

" aku rasa lain bila aku dekat dengan kau. "

" rasa apa? "

" rasa...rasa cinta. "

Jibrail diam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now