Bab 3
Riftah tolak pintu bilik dengan hati-hati. Bibirnya mengukir senyum nipis melihat Naili yang bergulung dalam selimut.
"Morning sayang." Tegur Riftah seraya melabuhkan kucupan di pipi Naili.
Naili kerut kening. Dia hanya biarkan kucupan Riftah tanpa membalas.Tangan meraup wajah, diam seketika barulah dia dapat cerna. Semalam semasa cari Riftah, Akram datang menegur dan dia terjatuh masa nak turun tangga. Tangan dia meraba kaki dalam selimut. Sakitnya sudah kurang cuma terasa sengal-sengal sahaja. Mujur Akram ada uruskan pendaftran dia di bilik hotel ini. Tapi macam mana Riftah boleh masuk?
"Hey, termenung?" Tegur Riftah yang baru keluar dari bilik air.
Makin pelik Naili dengan wajah ceria Riftah. "You ke mana semalam? I cari you merata tak jumpa. Dan yang paling penting, macam mana you boleh masuk bilik ni?" Soal Naili.
Riftah senyum. Dia labuhkan duduk atas katil. "You tu yang ke mana? I cari you terjumpa dengan Akram. Dia yang bagitahu I pasal you. Sakit lagi tak kaki you?" Tanya Riftah lembut. Gebar yang menutupi tubuh Naili ditolak pada hujung kaki. Diurut lembut sekitar pergelangan kaki Naili.
"Tak sesakit semalam." Jawab Naili ringkas walaupun dalam hati begitu banyak soalan yang hendak dia tanyakan. Biarlah dulu, mungkin di rumah nanti dia boleh bertanya lagi.
"Maaf sayang. I tak jaga you dengan baik semalam." Pinta Riftah lunak. Matanya redup merenung wajah Naili. Tangan naik mengusap pipi wanita itu kemudian dia mengecup dahi Naili.
Sejuk hati yang sakit dek layanan Riftah. Terbang terus rasa syak wasangka yang membelit hati. Apa yang dia rasakan ini hanyalah perasaan normal sebagai perempuan apatah lagi sebagai isteri bukan?
"You nak stay kat hotel ni sampai esok atau kita nak balik?"
"Kenapa?"
Riftah dekatkan tubuh dia dengan Naili. "Mana tahu you nak honeymoon." Bisik Riftah seraya mencium bibir Naili.
Dada Riftah ditolak perlahan. "I belum mandi Rif. Muka pun belum basuh lagi." Dia larikan wajahnya dari bibir Riftah. Tak selesa bila dia dalam keadaan begini Riftah ajak bermesra.
"Bau you sentiasa wangi pada I." Dia tolak tubuh Naili baring. Menindih Naili dengan renungan paling redup. Jemarinya membelai pipi wanita itu. Mengusap lembut bibir Naili.
"Rif..."
"Hmm."
"I..."
Bicara Naili putus. Tindakan Riftah mencium bibirnya mematikan segala bicara yang sudah diatur. Tangan naik melingkari leher Riftah. Sedang asyik keduanya menikmati waktu bersama alarm di telefon Riftah berbunyi.
YOU ARE READING
RAPUH
RomanceRIFTAH - lelaki dan suami yang membawa perwatakan baik, penyayang dan juga pasangan yang sepadan. Sebaliknya dia juga merupakan manusia bertopengkan malaikat. Dia mendominasi perkahwinan dengan Naili, memanipulasi keadaan menjadikan Naili buruk di m...