•PROLOG•

208 16 3
                                    

"MIKAEL JAE SEAN KAI"

Keluhan terlepas saat nama penuhnya dipanggil. Beberapa mata mengerling ke arah sosok tinggi lampainya namun dia hanya membalas dengan cerlungan tajam sehingga menangis berteriakan seorang kanak-kanak berusia lima tahun. Gerun. Bibir nipisnya tersenyum senget.

Masuk sahaja ke dalam sebuah bilik, figura seorang wanita berkot putih menyapa kolam matanya.

"Kau lagi?" Tegur Rosalina sambil jari-jemari bergerak menaip kerja di komputer.

"Aku tak nak datang pun. Budak-budak tu yang paksa," balasnya senada.

"Haih, Mika, Mika. Bilalah agaknya kau nak serik."

"Jangan sebut nama tu lagi. Sean cukup," celahnya tanpa pedulikan leteran wanita itu. Rosalina menjeling geram.

"Kau dah makin jauh Mikael."

"Aku tak datang sini untuk kunseling. Tsk! Sakitlah!" Terketap kuat bibirnya saat wanita itu menekan bahunya yang berlumuran darah akibat tembakan.

"Kau kan suka sakit-sakit macam ni? Barulah anak jantan. Ya tak?" Selamba sahaja Rosalina menyindir. Geram-geram pun tangannya tetap juga merawat bahu Mikael yang tercedera. Melihat kawasan yang berbekas itu, Rosalina cukup yakin peluru tersebut sudahpun dikeluarkan. Cuma tinggal tidak dirawat sahaja dengan rapi.

Hampir sejam Mikael menyelesaikan urusannya di klinik milik Rosalina, wanita yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah. Seluruh bahunya telah dibalut tidak ubah seperti mumia. Dia keluar dari bangunan tersebut dengan hanya menyarungkan jaket kulit pada lengan kiri. Manakala lengan kanan cukup sekadar ditutup sahaja ala kadar.

Mikael melangkah menuju ke sebuah kedai serbaneka. Nasihat Rosalina supaya pantang makan dan minum langsung diabaikan. Dia mencapai tiga tin minuman keras dari dalam peti sejuk.  Kemudian dia membelek pula makanan ringan yang boleh dikunyah di tengah malam.

Bum!

Kening bertaut saat terdengar bunyi hentakan kuat dari kaunter pembayaran. Memandangkan cuma dia sahaja pelanggan yang berada di dalam kedai tersebut, Mikael curi-curi lihat dari celahan rak.

Rodi?! Dia buat apa dekat sini? Merompak?

"Bagi semua duit dalam tu sekarang sebelum aku tembak! Cepat!" Rodi menggertak keras terhadap seorang gadis yang sedang menjaga kaunter bayaran. Sepucuk pistol bahkan diacu ke kepala. Tinggal menarik picu sahaja dan nyawa gadis tersebut automatik akan melayang.

Mikael mendengus geram. Dia kenal lelaki itu. Salah satu musuhnya juga. Baru dia ingin ke hadapan, tiba-tiba derap kakinya mati saat gadis itu tanpa gentar menendang celah kangkang Rodi sekuat hati. Rodi berteriak kesakitan. Automatik tangan yang memegang pistol jatuh menekup di bahagian tengah. Kali ini, gadis itu mengambil pula sebatang besi yang memang sengaja disimpan di bawah meja sebagai langkah keselamatan. Dia mengangkat tinggi batang besi itu. Rodi kelihatan terkaku saat gadis itu menghayunkan sekuat hati senjata tersebut tepat ke wajahnya.

Pang!

What the f-!

Mikael pantas berlari ke hadapan kaunter. Dia bimbang jika Rodi mati lalu gadis itu dituduh sebagai pembunuh walaupun memang benar gaya gadis tersebut seperti ingin membunuh.

"Rodi?!"

"S-Sean?! T-tolong!" Seluruh tubuh Rodi menggeletar. Pistol yang dibawa entah tercampak ke mana. Lelaki itu tergesa-gesa bangun dan terus lintang-pukang melarikan diri.

Mikael tergamam. Pandangan matanya teralih semula ke bawah. Baru dia sedar bahawa gadis itu hanya memukul meja di tepi Rodi sahaja. Nampaknya gadis tersebut tahu cara bermain psikologi demi menakutkan musuh. Bijak.

"Kau okay?" Soal Mikael. Matanya tertancap ke wajah kosong tanpa riak itu. Gadis itu membalas cerlungan tajam sehingga lidahnya terkelu.

"Encik kenal dia, jadi encik subahat dengan dia juga ya? Pergi sebelum saya call polis," ujar gadis itu, senada.

"Wait. I know him but I'm not-"

"Pergi."

"Fine. I will. But... This is for your bruise. Take it." Mikael menolak sekeping plaster di atas meja kaunter tersebut.

Gadis itu hanya memandang dengan dahi berkerutan. Kala itu barulah dia tersedar bawah bahagian bibirnya pecah akibat pergelutan.

Plaster Pikachu?

"Er... Anak buah aku yang kasi. Pakailah."

Gadis itu hanya diam tanpa membalas apa-apa.

"Aku pergi. Jaga diri..." Ujar Mikael. Matanya sempat menjeling tag nama yang tertera di uniform gadis beku itu sambil kaki mengundur beberapa langkah ke belakang.

"...Miss Maria."










Tbc.
.
.
.

Hai😀🫣

Ini cerita pak su Mika. Ytjt🗿








MIKAEL: FIRST SCARWhere stories live. Discover now