BAB 2

18 1 4
                                    

AKU geleng-geleng kepala perhati kerenah Abang Reez. Pasrah dah. Tak tahu nak cakap macam mana dah dekat orang tua ni.

Dia kata takut aku tercekik. Sebaik sahaja sampai set makanan yang kami pesan, dia dengan tegas menghalang aku mengambil nasi ayamku.

Aku tertanya-tanya. Terbantut nak sudu nasi.

Dia, tanpa menanggalkan raut serius daripada wajahnya, dia ambil sudu dan garfu lalu mula memisahkan daging ayam yang masih berasap itu daripada tulangnya.

Terkebil-kebil aku perhati perbuatan dia.

Selesai dengan proses evakuasi, barulah dia tolak set pinggan nasi ayam itu ke hadapan aku.

Dia ingat aku ni tak ada gigi gamaknya, ya? Tak pandai kunyah?

Aku geleng-geleng lagi. Dia ni tak pernah berubah, dari dulu macam ni juga. Over. Suka layan aku macam budak-budak.

Aku makan tanpa bagi dia dengar suara dalam kepalaku. Aku layan aje, ikut flow saja.

Sudu-sudu nasi dan suap ke mulut. Kunyah.

"Study Cinta macam mana?"

Aku yang sedang memandang ke luar itu, soalannya itu buatkan aku menjeling dia.

"Pointer atas tiga ke... bawah tiga?"

Ketawa sinis satu round aku mendengarnya.

"Tengok oranglah... Calon penerima Anugerah Naib Canselor ni!" Done berlagak!

Dia sedang memotong ayam di dalam pinggannya. Keberlagakan aku menarik perhatian dia. Dia angkat sepasang anak matanya. Pandang aku.

"Heh." Aku berlagak lagi. Suap nasi ke mulut dan mengunyah-ngunyah lagi. Tunggu reaksi dia. Setidak-tidaknya tunjuklah sedikit rasa tercabar ke. Puaslah sikit hati aku ni.

Tapi nampaknya usaha aku cuba membuat dia annoyed tak berhasil. Dia tak berganjak pun dari ketenangannya.

Dia ambil sehelai tisu. Dia lap calitan sos yang tersisa di tepi bibir aku.

"Makanlah. Cinta pun ada kelas lepas ni. Dah pukul tiga setengah ni." Lagi kata dengan nada lembut macam tu pula.

Menyampah aku jadinya. Aku nak sakitkan hati dia, alih-alih aku balik yang sakit hati.

Aku mencebik. Sambil-sambil hati mengumpat dia itu aku mencelup potongan ayam ke dalam piring sos.

"Baguslah kalau betul Cinta dekan." Dia mengembangkan topik perbualan. "So bolehlah abang belanja Cinta shopping lepas habis kelas nanti."

"Shopping?!" Aku terlopong. Suara aku bergema satu premis.

Pek! Potongan ayam jatuh dari garpu aku.

Dia angguk satu kali tanpa terjejas oleh kejakunan adiknya ini.

"Cinta nak shopping dekat mana? Cakap aje, abang boleh bawakan."

"Sephora!"

Dia angguk. "Boleh."

Yeay!

"Lepas tu Prada." Aku semakin bersemangat dan teruja.

"Boleh." Dia angguk lagi.

Dia bagi greenlight! Yahoo!

"Gucci sekali boleh?"

"Boleh."

Makinlah melompat-lompat hemoglobin dalam salur darah aku ni. Bangun aku dari kerusiku. Pergi dekat dia dan duduk sebelah dia. Menghadap dia.

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now