DAHLIA menguap dan menggeliat. Pemandangan pagi yang cukup nyaman dan indah itu dipandang lama olehnya dari tingkat dua.Kamera kecil miliknya itu terus dia keluarkan. Burung-burung yang berterbangan di langit itu terus diambil gambar olehnya. Kameranya tertumpu pada seorang lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam pagar rumahnya itu. Dia dengan cepat menangkap gambar lelaki itu sebelum tergelak kecil.
Dahlia dengan cepat berlari menuruni tangga ke ruang tamu. Belum sempat dia menjejakkan kakinya ke atas lantai ruang tamu itu, suara Naurah mengejutkannya terlebih dahulu.
"Ha, masuk-masuk. Buat macam rumah sendiri" ujar Naurah kepada seorang lelaki yang berhelmet hitam. Muka lelaki itu tidak dapat dilihat olehnya akibat dilindungi oleh helmet hitam tersebut.
Lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas sofa itu. Helmetnya dicabut. Wajah tampan milik lelaki itu dipandang oleh Dahlia. Masyaallah, hensemnya!
"Oh... Anak Noraini?" tanya Naurah sambil memandang tepat ke arah Haider.
Haider dengan cepat mengangguk sambil tersenyum kecil. "Ya, saya" balasnya lembut.
"Oh... Inilah anak terunanya? Hensem. Dengar kata, kamu pandai melukis" ujar Naurah. Apabila mengetahui bahawa anak muda di hadapannya ini mahir dalam bidang seni, dia mula teringat kepada arwah Uwais. Tutur kata Haider juga lebih kurang sama seperti arwah tersebut.
"Ya, puan. Pandai tu, ya. Tapi tak pro lagi" gurau Haider sebelum tergelak senyap. Naurah hanya tersenyum. Anak muda ini pandai juga mencuit hati.
"Kirim salam dekat Aini, ya?" pesan Naurah sebelum berdiri dari tempat duduknya apabila Haider sudah berdiri.
Haider dengan cepat mengangguk kepalanya. Helmetnya dipakai semula. Duit bagi tempahan tadi terus dia ambil sebelum berlalu pergi selepas memberi salam.
Dahlia yang sudah lama bersembunyi di dapur itu dengan cepat melangkah keluar. Bibir tersenyum-senyum. Dengan cepat dia menghampiri Naurah, ibunya.
"Mama, siapa yang datang tadi?" tanya Dahlia.
"Hm? Oh... Anak kawan mama. Kenapa? Dia tolong hantarkan kuih yang mama pesan aje" balas Naurah sebelum meletakkan kuih karipap dan seri muka ke dalam pinggan kaca.
"Dia hensem lah mama" luah Dahlia sebelum tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.
Naurah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat sikap anak perempuannya itu. Pinggan yang berisi kuih-muih itu dengan cepat dia bawa ke arah taman yang berada di luar rumahnya. Pinggan tersebut diletakkan di atas meja. Manakala, Dahlia meletakkan dulang bersama dengan teko dan beberapa cawan gelas kaca.
"Assalamualaikum, korang!"
"Assalamualaikum, you all!"
Auliya dan Qaireen lantang memberi salam. Mereka terus menjejakkan kaki mereka ke taman rumah tanpa menunggu balasan daripada tuan rumah. Zafrel telah ke pejabat. Jadi, beranilah diorang!
Hans, Qayyum dan Qaisara mengikuti ibu-ibu mereka dari belakang. Ketiga-tiga umat manusia itu terus memandang Dahlia sambil tersenyum-senyum.
"Mama! Dahlia keluar kejap dengan diorang!"
"Ya, ummi... Ana, Qayyum meminta izin untuk keluar sekejap. Harap maklum" ujar Qayyum sebelum tersengih ke arah Qaireen yang sudah mengangguk malas.
Mutiara Cafe
"KAU balik ke Kaherah bila pula?" tanya Hans sambil memandang Qayyum.
Qayyum berdehem kecil sebelum memandang ketiga-tiga sahabat karibnya itu.
"Dua minggu lagi aku dekat sini. Lepastu aku balik sanalah pula" balas Qayyum.
Ketiga-tiga sahabatnya itu dengan perlahan-lahan mengangguk kepala mereka sebagai tanda faham.
Tiba-tiba, deringan telefon mengejutkan mereka. Hans, Qaisara dan Qayyum terus berpaling untuk memandang Dahlia. Gadis itu sudah tersengih-sengih. Dia dengan cepat mengambil IPhone 14 miliknya. Nama teman lelakinya itu tertera pada skrin telefon dengan jelasnya.
"Aku nak jawab call kejap. Tatatititutu!" ujar Dahlia sebelum berlari keluar dari kafe tersebut.
Hans terus bermasam muka. Dia mengetap rahangnya dengan kuat. Kakinya terus berdiri gagah. Sebelum lelaki itu melangkah pergi, Qayyum terlebih dahulu menghalangnya.
"Hans. Duduk dulu" suruh Qayyum sambil memandang kawan baiknya itu. Namun, Hans hanya berdiam diri. Duduk pun tidak.
"Hans Hamzah bin Muhamad Aryan Xavier. Duduk" suruh Qayyum lagi. Tangan kawannya itu terus dia tarik.
"Kau jealous kan?" tanya Qaisara yang sudah menahan tawa.
"Kau diam lah budak kecik. Kau bukan tahu apa-apa pun pasal cinta" balas Hans pula sebelum menjelingkan matanya ke arah Qaisara.
"Eh. Aku bukan budak kecik lah! Aku dah 17 tahun kot" balas Qaisara pula.
"Ekeleh. Setakat 17 tahun... Aku ni lagi tua dari kau. Kau tu memang tak tahu apa-apa pasal percintaan kan? Ekeleh" ujar Hans sebelum menjelingkan matanya pula.
Qayyum menarik nafas sedalam-dalamnya. Dahi dipicit sedikit. Haih... Mulalah perang mulut nanti.
"Main tuduh je mulut tu. Aku tahu lah apa itu cinta. Cinta tu kasih sayang di antara dua pihak" kata Qaisara dengan yakinnya.
"Kepala atuk moyang kau lah. Kalau tak tahu, cakap lah yang kau tak tahu. Aku tampar kang" marah Hans sebelum mengacah-acah untuk menampar si Qaisara itu. Qaisara hanya berdiam diri sebelum menjelingkan matanya.
Selepas beberapa minit, Dahlia muncul kembali. Dia tersenyum lebar ke arah kawan baiknya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang menjadi tempat duduknya sebentar tadi.
"Korang. Aku dah nak balik ke England hari Jumaat ni. Hari ni dah hari Rabu... Jom kita pergi jalan-jalan. Nak tak?" tanya Dahlia sebelum memandang mereka bertiga untuk jawapan.
"Jalan-jalan? Boleh juga. Aku nak pergi pantai. Aku tak kira. Dah lama dho aku tak main pantai" ujar Hans sebelum tersengih.
Kereta diparkir di tempat letak kereta yang disedia khas. Mereka berempat dengan cepat melangkah keluar dari perut kereta. Baru sahaja pukul 9 pagi. Teduhlah sedikit.
"Sepatutnya, kita pergi shopping... Haih... Siapa punya cadangan lah. Bodoh lah yang bagi cadangan nak pergi pantai" omel Hans sebelum kacamata hitamnya itu dipakai.
Qaisara dan Qayyum telah memandang tajam ke arah Hans. Mereka serentak menggelengkan kepala mereka.
"Lahanat punya manusia" sindir Qaisara sambil memandang Hans.
Apabila Dahlia sudah berlari-lari menuju ke air pantai itu, Qaisara turut sama serta. Qayyum hanya memandang dari belakang dengan riak wajah yang kosong. Hans pula sudah tersenyum lebar.
"Dia cintaku tetapi hanya dari jauh..." nyanyi Hans. Tangan telunjuknya itu menunjukkan ke arah Dahlia yang sibuk bermain dengan Qaisara.
"Dia cintaku tetapi ku memandangnya dari jauh"
Lagu yang berjudul 'Chentaku' itu ralit dinyanyikan oleh Hans. Dia tersenyum-senyum sambil menunjuk ke arah Dahlia.
"I dah dekat lah you. Mana ada jauh" ujar Qayyum sambil berdiri di hadapan Hans.
"Hans cintaku tetapi ku memandangnya dari dekat..." nyanyi Qayyum sebelum tersenyum-senyum ke arah Hans.
"Apasal kau?" tanya Hans pula sebelum menjelingkan matanya.
"Rindunya ayang I ni! Eee!" jerit Qayyum sebelum berlari untuk mengejar Hans yang sudah memecut laju.
"Hoi! Pergi mampus lah! Tolong!" teriak Hans. Dia jatuh tersungkur di atas pasir pantai yang basah itu selepas punggungnya ditendang kuat oleh Qayyum. Qayyum dengan cepat ketawa terbahak-bahak. Air mata yang mengalir keluar terus dia kesat.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Storie d'amore-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...