[WRITTEN ON 25 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
TALITA TIDUR DI RUMAH keluarganya selepas Zayan membuat keputusan untuk datang berjumpa keluarganya. Talita tidak sempat memberitahu Dato Adi bahawa Zayan akan datang ke rumah mereka kerana sewaktu dia sampai ke rumah semalam, Dato Adi sudah lena di dalam bilik tidurnya.
Talita sedang menunggu Zayan sampai ke rumahnya, dalam masa yang sama, dia mendekati Dato Adi yang sedang sarapan di meja makan itu. Datin Fatimah tidak muncul pula, mungkin sedang bersiap di dalam biliknya.
"Morning, papa." Talita menegur seraya mengambil tempat duduk di sebelah papanya itu. Dato Adi mengerutkan dahinya, tidak sedar bila anaknya itu pulang ke rumahnya.
"Aik, bila kamu balik? Papa tak perasan pula," Dato Adi capai cawan berisi kopi itu, dihirup sekilas selepas memberi soalan kepada Talita. Talita hanya senyum kecil, dia cedok sedikit nasi goreng ke atas pinggannya.
"Talita balik malam tadi. Masa tu papa dah tidur," Dato Adi mengangguk kecil, dia melihat anak perempuannya itu dengan riak yang pelik. Telatah anaknya itu agak pelik, persoalan muncul di kepalanya.
"Kamu ni kenapa? Tak tenang aje papa tengok ni. Kamu ada masalah ke? Mama ada buat apa-apa ke?" Dato Adi mula rasa risau, bukan apa, isterinya itu makin hari makin pelik perangainya. Dia risau Talita menjadi mangsa amarah isterinya lagi.
"Eh taklah. Sebenarnya Talita ada benda nak beritahu papa." Talita bersuara lembut, riaknya jelas kelihatan gementar untuk menyuarakan niatnya. Dato Adi diam sambil menunggu Talita sambung bersuara.
"Nanti ada kawan istimewaTalita nak datang. Dia ada bawa hajat besar." Mendengar kata-kata Talita itu, Dato Adi hanya senyum seperti sudah mengagak apa yang Talita maksudkan. Dato Adi ketawa kecil, dia nampak senang dengan berita itu dan mengangguk kecil kepalanya.
TING TONG!
Baru sahaja cakap, orangnya sudah sampai. Talita meminta diri berlalu ke pintu depan untuk menjemput Zayan. Di depan rumah, Talita melihat Zayan sudah berdiri di depan rumahnya dengan penampilan yang kemas.
Hari ini Zayan berpakaian kasual, hanya berkemeja putih dan jeans biru. Dia berdiri di depan pintu rumah dengan senyuman lebar di bibirnya. Talita senyum kecil, sejujurnya dia gementar untuk bawa kawan lelaki jumpa ayahnya.
Talita tidak pernah membawa mana-mana lelaki untuk bertemu ayahnya. Ini adalah kali pertama— Zayan lelaki pertama.
"Morning wife to be," Ucap Zayan dalam nada yang nakal, Talita menjeling manja lalu memandang membuka pintu rumahnya lebih luas untuk dia melangkah masuk ke dalam.
"Morning yourself. Please come in," Zayan masuk ke dalam rumah mewah keluarga Talita itu, dia menunggu gadis itu menutup pintu rumah sebelum mengikut langkah Talita dari belakang. Mereka menuju ke ruang makan di mana Dato Adi sudah selesai dengan sarapannya.
Apabila Dato Adi mendengar Talita memanggilnya, dia menoleh dan terkejut melihat Zayan berjalan di sebelah anak gadis tunggalnya itu.
"Eh, Zayan? Kamu buat apa datang sini? Ayah kamu mana?" Dato Adi kelihatan keliru, anak kepada kawan baiknya itu tiba-tiba saja munculkan diri di rumahnya. Zayan mendekati Dato Adi, tangannya disalam tanda hormat.
"Uncle sihat?" Zayan memulakan bicara usai melabuhkan duduk di kerusi sebelah Dato Adi. Dato Adi yang masih keliru itu, mengangguk kecil.
"Alhamdulillah, macam inilah uncle. Sihat aje. Apa hajat kamu datang kemari ni?" Dato Adi sudah tertanya-tanya, ditambah pula dia nampak Talita sepertinya gementar dan malu-malu. Dato Adi memandang Talita dan Zayan bersilih ganti.
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...