"WHAT DID YOU JUST SAY?"
Izara yang riang bercerita perlahan-lahan mendongak. Matanya beralih dari sepotong kek crepe di atas meja ke wajah jejaka di hadapannya. Garpu tiga gigi di tangan diletakkan ke bawah setelah menyedari reaksi Amar Nael yang seakan-akan tak berpuas hati dengannya.
Kalau diimbas semula, Nael selalu memakai ekspresi wajah itu. Seharusnya, Izara sudah terbiasa dengannya tetapi meski untuk kesekian kalinya, tetap saja jantungnya lupa cara untuk berdegup bila ditatap bengis begitu oleh Nael. Tiba-tiba tekak terasa kering. Dia tersalah cakap lagikah?
"I bagitahu Phia yang you dah tak rapat dengan dia sebab you... nak jaga hati I." Ulangnya, teragak-agak.
Nael tak terus melenting. Tetapi nadanya tak juga mendatar.
"And who told you that?"
Izara membuka mulut tetapi tiada kata yang keluar. Tiada sesiapa yang memberitahunya darihal itu. Dia... membuat kesimpulan sendiri. Dia mahu percaya Nael buat semua itu untuk menjaga hatinya.
"Why do you always do this?" Hujung alis Nael bertembung. Ada frustrasi dalam keluhannya.
Gadis bertudung bawal lilit di hadapannya mengetap bibir. Air mata bertakung lagi. Tangan menggeletar lagi. Dunia—Dunia gelap lagi.
"Do what?" Setiap bait kata ditekan dengan gigi diketap rapat. "Do what?!" Bentaknya.
Setiap pasang mata di dalam kafe yang riuh-rendah dengan bualan kosong itu menoleh ke arah mereka. Bualan kosong mereka mati. Seolah-olah memberi ruang untuk pasangan kekasih yang tak pernah serasi mahupun sehati itu bertengkar untuk kali keberapa minggu itu.
"I'm the one who's supposed to ask you that question! Asyik-asyik nak menangkan Sephia je! Siapa girlfriend you sebenarnya?! I ke Sephia?!" Suara femininnya semakin nyaring dan tinggi.
Nael tak memberi jawapan pasti tetapi gerak tubuhnya jelas-jelas memberitahu Izara yang dia tak betah tinggal lama-lama di situ. Dia tak ambil peduli akan mata yang memandang. Cuma perangai Izara membuatkan dia muak dan jelak. Bahkan dengan memandang wajah Izara pun sudah cukup untuk membuat dia menggenggam kuat tangannya. Apatah lagi mendengar beribu tuduhan Izara.
Nael bangun dan mencapai kunci keretanya. "Kalau kau dah tak tahan sangat dengan perangai aku, kau boleh blahlah. Aku tak pernah pun minta kau stay dengan aku. Aku pun dah penatlah Iz, hari-hari kena hadap perangai kau."
Gadis itu tergamam. Menatap Nael dengan mata yang membulat besar. Nael tak terus mengangkat kaki, tetapi sibuk menekan beberapa punat pada skrin telefon. Setelah selesai, barulah dia kembali memandang Izara.
"I texted your driver to come and pick you up." Nafas Nael tersekat sebelum melafaz kata seterusnya; "Dah sampai rumah nanti tak payah text atau call aku. Aku tak nak tahu."
"N-Nael! Nael!"
Jejaka dengan jaket denim diikat di keliling pinggangnya langsung tak menoleh ke belakang meski namanya dipanggil berkali-kali. Hanya orang yang menyesali keputusannya akan menoleh ke belakang; kerana tak ikhlas menyudahkan kisah yang memang tak akan pernah berpenghujung bahagia. Andai ada yang dia sesali, itu hanyalah menangguhkan pengakhiran mereka selama itu sedangkan dari dulu lagi tak seharusnya mereka mulai.
SENJA sudah berlabuh. Tangan kanan Sephia berpegang erat pada pemegang tangga, sementara sebelah kiri pula melagakan pergelangan tangan dengan pelipis kepala yang berdenyut-denyut. Tak sengaja tertidur selepas azan Asar berkumandang. Hanya beberapa minit sebelum azan Maghrib barulah dia terjaga.
YOU ARE READING
OVERRATED
Teen FictionSephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambung pelajaran dalam Environmental Science, bidang yang sama Amar Nusayr pernah ceburi. Usahanya tak s...