Author's POV
Avelyn merenung dua lelaki yang saling melutut dihadapannya.Sekejap mukanya dipalingkan pada Andrian kemudian dipalingkan pula mukanya kepada Romano.Avelyn kelihatan seperti kebingungan.
"I..I have 2 father?How...how is this possible?"
Avelyn bertanya perlahan.Andrian menarik nafasnya perlahan.Hari ini dia akan berterus terang dengan Avelyn tentang status kanak kanak itu sebenarnya.Andrian tidak mahu menyimpan rahsia ini terlalu lama.Bimbang jika menunggu dewasa, Avelyn akan kecewa setelah mengetahui perihal susur galurnya.
"Princess..remember daddy selalu cerita, daddy ada kawan kerja astronaut. Princess suka sangat tentang astrology.His blood runs inside you.After 5 years he has spent in International Space Station ,now..tarrraaaa he's back!!"
Andrian bersorak gembira.Sempat dia memukul belakang kepala Romano hingga topi lelaki itu hampir terlucut dari kepalanya.
Romano menyeringai sambil mengangguk kepalanya laju.Sungguh dia pula merasa bingung dengan cerita Andrian.Sememangnya dia graduan jurusan Astronomi, tetapi tidaklah sampai bermaustatin di angkasa lepas sehingga 5 tahun.Dia perlu mengikut rentak permainan Andrian.
"My daughter has grown up.You're beautiful ..princess."
Ada getar dalam suara Romano.Matanya kelihatan memerah dan berkaca.
Avelyn masih berdiri.Dia merenung lama wajah Romano sebelum tangan kecilnya mendarat pada kedua pipi lelaki itu.
"Da...ddy.."
Avelyn menyebut panggilan keramat buat seorang ayah perlahan.Romano mengesat air mata yang jatuh menuruni pipinya.Sesungguhnya dia merasa sebak.Bertahun tahun di dalam penjara dia hanya fikirkan perihal kehilangan segala asetnya.Tidak dia sangka pula rupanya dia turut kehilangan detik berharga buat hidupnya.Romano hilang saat dan ketika Avelyn dilahirkan dan membesar.
Andrian senyum kecil.Dia turut merasa sebak.Jauh disudut hati dia cuba mengikhlaskan pertemuan dua beranak ini.Hatinya sedikit sakit mengenangkan panggilan Avelyn buat lelaki yang berada disebelahnya.Andrian berpegang dengan kata kata nasihat Seroja semalam.Dia cuba sehabis baik berlagak tenang.
Romano menarik tubuh Avelyn rapat didadanya.Teresak esak dia menangis sambil tangannya mengusap belakang badan anak kecil itu.
Buat seketika dia merasa bernyawa.Setelah dia keluar dari penjara, Cel Tradat membuang dirinya.Rakan rakan yang mengaku sahabat ketika senang dan mewah dahulu semua memulaukan dia.Federa turut menyisihkan dia.Dia cuma dapat mengintai Avelyn di sekolah.Dia tidak punya kekuatan untuk bertentang mata sebegini rapat.Kadang dia menyamar sebagai tukang sapu.Ada kala dia menyamar sebagai tukang cuci tandas sekolah Avelyn.Semuanya dilakukan agar Romano dapat melihat kelibat Avelyn walaupun hanya dari jauh.
Romano mungkin nampak tenang walaupun hatinya hancur melihat penerimaan orang orang yang pernah rapat dengan dia satu ketika dahulu.Cuma Andrian yang sudi memberikan dia peluang walaupun Romano beberapa kali menjatuhkan lelaki tersebut.
Petang ini dia dapat bertentang mata dengan darah dagingnya.Hatinya yang sebelum ini diselimuti hiba kembali bercahaya.
"I'm sorry princess"
Andrian mengusap bahu Romano sebelum membangunkan dirinya.Dia mahu memberi ruang kepada kedua dua beranak itu untuk menghabiskan masa bersama.
_______________________________________
"I'm so proud of you bie"
Seroja menggenggam kemas tangan suaminya.Bangga dia melihat Andrian tidak menyimpan dendamnya.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
Roman d'amourMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...