Terjaga Aayden dari tidur dek kerana mendengar rengekan dan tangisan dari Camelia. Dia membuka mata lalu meraup sekilas mukanya. Dia menoleh kearah Camelia yang sedang menenyeh mata."Manja kenapa sayang?" tanya Aayden dengan lembut sambil mengusap kepala buah hati kesayangannya.
"Hikss manja lapar hiks" balas Camelia sambil tersedu menangis. Rutin harian Camelia sejak kandungannya memasuki trimester ketiga ini ialah terjaga dan menangis pukul 4 pagi hanya kerana lapar.
Aayden jungkit senyum melayan kerenah Camelia. Dia mencium tepi kening Camelia sambil mengesat airmata di pipi Camelia.
"Ye manja nak makan apa pula hari ni? Abang masakkan" soal Aayden.
Nasib baik lah dia sudah menyuruh Luke dan Farhan membeli barang basah dan kering petang tadi. Kalau tidak, mahu botak kepalanya mencari kedai runcit yang masih buka lewat pagi begini.
Camelia yang masih tersedu-sedu akibat menangis terus mengalihkan pandangan memandang Aayden. Dia mengelip-ngelip mata bulatnya.
"Betul ni manja boleh minta apa je yang manja nak makan?" soal Camelia sambil menayang wajah comelnya.
Aayden menelan kesat air liurnya mendengar pertanyaan Camelia. Haa sudah, lain macam je ayat dia ni. Jangan dia minta yang pelik-pelik sudah.
Aayden mengangguk dengan sengihan yang kekok.
"Manja nak keropok lekor asli daripada terengganu" balas Camelia sambil tersenyum manis.
Tercengang Aayden dengan matanya terbeliak luas. Keropok lekor terengganu? Mana aku nak cekau pagi pagi ni.
"Manja nak sekarang ke? Dah pukul 4 pagi ni sayang, mana abang nak cari keropok lekor tu manja..." serius suara Aayden membalas Camelia.
Camelia yang sedang tersenyum manis terus mati senyum apabila dia merasakan Aayden memarahinya. Dia mencebik bibir dengan mata yang berair.
"Abang marah manja hikss. Abang jahat" nangis Camelia sambil menggerakkan kakinya.
Gelabah Aayden dibuatnya. Terus dia menarik Camelia masuk kedalam pelukan hangatnya. Dia mengusap belakang badan Camelia dengan lembut.
"Shh shh abang tak marah manja, abang cuma bagitahu je sayang" pujuk Aayden.
Camelia menarik hingus sambil menggosok hidungnya. Persis anak kecil yang baru sahaja habis nangis.
"Manja cakap manja nak keropok lekor je, tak cakap pun nak sekarang" balas Camelia.
Aayden tertawa kecil mendengar suara manja isterinya. Lega hatinya kerana Camelia tidak mengamuk inginkan keropok lekor itu sekarang.
"Okay, esok abang suruh Luke pergi terengganu belikan keropok lekor sayang okay?" ujar Aayden sambil mengusap bahu lembut Camelia.
Camelia hanya mengangguk sahaja. Tidak sabar nak merasa keropok lekor yang asli daripada terengganu.
"Sekarang manja nak makan apa hm? Abang masakkan" pujuk Aayden lagi.
"Hm manja nak makan asam pedas daging boleh? Nak bendi lebih tau" minta Camelia.
Aayden senyum manis lalu mengangguk kepalanya. "Hamba menurut perintah tuan permaisuri" balas Aayden sambil mencium geram seluruh muka Camelia.
Ketawa mengekek Camelia apabila mukanya terkena kumis halus Aayden.
Aayden akan sedaya upaya menunaikan segala permintaan Camelia sebelum isterinya bersalin. Berbaki 2 bulan sahaja lagi sebelum perut Camelia meletup.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Storie d'amore[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...