Prolog

12 1 1
                                    

"Ibu, mana roti telurnya? kan Miy dah mintak ibu masakkan bekal untuk Miy.." suaranya berbunyi rengekan.

Sudah dia minta pada ibunya semalam untuk memasakkan roti telur untuknya. Pasti terlupa lagi.

"eh lupa lah! sorry Miy.. ibu temankan ayah kamu semalam.. coffee date.. sampai lupa pulak Miy nak makan roti telur ye?" bibir tua itu mengukir senyuman bangga. Sengaja ingin men𝘫𝘦𝘭𝘦𝘴𝘬𝘢𝘯 anak gadisnya yang berumur genap 22 tahun itu.

"elehh. Yela, tapi janji esok jangan lupa ehh?" Amiyra mengecilkan matanya pada Engku Nuriyana.

Dia mengambil begnya lalu menyalam tangan ibunya

"Aqish balik lambat tau harini, ibu! ade 𝘖𝘛" sempat dia memesan pada ibunya.

Amiyra menunduk untuk menyarung heelsnya lalu mengorak langkah menuju ke kereta 𝘗𝘦𝘳𝘰𝘥𝘶𝘢 𝘈𝘵𝘪𝘷𝘢 miliknya.

Amiyra menoleh ke kiri dan kanan, memastikan tiada kereta yang lalu sebelum dia berlari masuk kedalam lift yang berada di parking lot itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amiyra menoleh ke kiri dan kanan, memastikan tiada kereta yang lalu sebelum dia berlari masuk kedalam lift yang berada di parking lot itu.

Sempat digigit roti jagung yang dibelinya dari 7Eleven yang berdekatan dengan tempat kerjanya.

Setelah sampai di tingkat 3, jelas terlihat pejabatnya terletak elok di hujung sekali.

"Haish, rasa malas pulak nak jalan ke sana. 𝘖𝘧𝘪𝘴 taknak jalan ke sini ke?" sempat dia berbicara sendiri.

Dia mula berjalan ke arah pejabatnya dengan langkah malas. Namun, dia teringat akan seseorang, di kerling sedikit ke arah pejabat mangsanya. Mangsa terlihat sedang sibuk menulis surat cinta untuk buah hatinya.

Amiyra berjalan masuk ke pejabat mangsanya dengan senyuman penuh makna sebelum dia mengejutkan mangsanya

"Woi! Terkejut lah!" Nurin terjerit apabila dikejutkan begitu.

Laju tangannya mencapai bantal kusyen disebelahnya lalu dicampak ke muka Amiyra.

Tergelak besar Amiyra apabila bantal itu selamat mendarat dimukanya.

Amiyra melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan Nurin.

"Surat cinta dari kekasih yang keberapa ni?" Saja Amiyra berkata begitu, meskipun dia tahu bahawa Nurin Batrisya lah rakannya yang paling setia. Sudah 3 tahun bersama dengan kekasihnya!

"Kau tak payah nak mereka cerita eh! Boyfriend aku satu je tau! Kau? Calon pun takde!" sengaja dia mengejek rakannya itu.

"Eleh, iye Sya, iye. Kau jelah yang ada boyfriend"

Tergelak Nurin dibuatnya. Suka dia mengusik rakannya yang seorang ini.

Melihatkan Nurin yang tak berhenti ketawa, Amiyra buka mulut.

"Sikit sikit dahlah, lebih-lebih siapa nak layan"

"Eh biarlah, mulut aku, yang sakit perut ketawa pun aku jugak" Nurin berkata, perlahan-lahan mengatur nafasnya yang berat kerana ketawa.

Amiyra menjeling rakannya itu. Eleh, pasal boyfriend je pun. Entah-entah nanti dia yang kahwin dulu. Siapa tahu kan?

Amiyra menunggu sekiranya Nurin ingin berkata apa-apa lagi sebelum dia bangun untuk ke pejabatnya.

"Dah kenapa kau sengih macam tu? Seram lah"

Amiyra tidak menghiraukan muka Nurin yang sudah masam itu.

Pejabatnya pula yang dituju selepas dia keluar dari pejabat Nurin.

Plastik roti yang telah habis dimakannya tadi dibuang di tong sampah tepi pejabatnya.

Fahrin menguruskan kerjanya seperti biasa apabila tiba-tiba ada yang mengetuk pintu pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fahrin menguruskan kerjanya seperti biasa apabila tiba-tiba ada yang mengetuk pintu pejabatnya.

"Masuk" tenang dia memberi arahan tanpa mendongak untuk melihat siapa gerangan itu.

"Rin, busy ke?" Fahrin mendongak apabila mendengar soalan kurang bijak yang diajukan oleh sahabatnya Ryqal.

"Ni aku tengah 𝘳𝘪𝘭𝘦𝘬 memancing ni, kau tak nampak ke?" Fahrin membalas dengan sinis. Boleh pula tanya dia busy ke tak.

Ryqal hanya memutarkan bebola matanya, ada sahaja jawapan dia.

"Jom lunch! Aku belanja!" semangat Ryqal mengajak sahabatnya itu.

"Sabar lah, kau tak nampak aku nak siapkan kerja ni?"

Ryqal mengintai sedikit pada komputer milik sahabatnya itu. Lama dia perhatikan kerja Fahrin.

"Ok siap!" Terhinjut bahu Ryqal akibat terkejut dengan Fahrin yang tiba-tiba saja berdiri itu.

"Ish terkejut aku lah" Ryqal membetulkan kemejanya yang sedikit senget apabila terkejut dengan Fahrin tadi.

Kedua-dua jejaka itu melangkah keluar dari pejabat Fahrin dan menuju ke lift.

Sesampainya di GroundFloor, baru Fahrin perasan yang dia terlupa membawa turun dompetnya.

"Alaa aku lupa dompet aku la" Fahrin berbisik pada Ryqal. Tidak mahu didengari oleh orang disekitar mereka. Malu lah kalau orang dengar orang se𝘩𝘦𝘯𝘴𝘦𝘮 dia tertinggal dompet!

"Kan aku kata aku nak belanja tadi" Ryqal mengingatkan sahabatnya.

"Oh haah lah, 𝘣𝘰𝘦𝘬 jugak ada member baik gini eh" Fahrin menepuk bahu Ryqal lalu berjalan di hadapan.

Ryqal masih berdiri di situ, 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘵𝘪𝘮𝘦 dia dipuji oleh lelaki itu. Berbunga-bunga pula hati dia saat ini. Ryqal tersenyum sendiri lalu berjalan mengikuti langkah sahabatnya.

Kasih Yang TerakhirWhere stories live. Discover now