‧͙⁺˚*・༓☾ BAB 5 ☽༓・*˚⁺‧͙

33 9 4
                                    


              BAJU yang sudah dilipat dengan kemas itu diletakkan di dalam bagasi miliknya. Dahlia memandang jam dinding di dalam biliknya. Jam sudah menunjukkan pukul 7:40 pagi. Tinggal 2 jam sahaja lagi sebelum dia bertolak ke England.

"Dahlia! Kawan kamu datang ni" jerit Naurah dari ruang tamu.

Tanpa berfikir panjang, Dahlia terus menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Dia memandang sekilas ke arah Naurah yang sedang membancuh teh. Pintu rumah dibuka.

"Eh! Apa kau ni? Lepaslah, Hamzah!" jerit Dahlia apabila tangannya tiba-tiba sahaja ditarik oleh Hans.

Hans dengan cepat melepaskan genggamannya dari tangan Dahlia sejurus sahaja mereka tiba di taman yang terdapat di dalam kawasan rumah gadis itu. Dia terus menjebikkan bibirnya.

"Janganlah panggil aku Hamzah! Panggil lah Hans! Ey!" marah Hans sambil mengacah-acah untuk memukul gadis itu. Dahlia membalas dengan menjelirkan lidahnya dan menunjukkan jari tengah.

"Sebelum aku sepak muka kau... Baik kau cakap apa yang kau nak cakap" ugut Dahlia sambil bercekak pinggang. Namun, Hans hanya berdiam diri.

"Aduh... Macam mana aku nak confess dekat si Dahlia tu? Aduh..." keluh Hans. Jari-jemarinya menekan-nekan papan kekunci pada laptopnya.

Ikon Google ditekan. Artikel yang dicari-cari olehnya dibaca.

"Apa kebenda ni? Tak function langsung" omel Hans sebelum mengeluh panjang. Dia dengan cepat mencapai telefonnya sebelum menghubungi seseorang.

"Aku nak kau jumpa aku sekarang. Aku tak nak dengar apa-apa alasan"

Selepas beberapa minit, sebuah kereta Honda memasuki perkarangan rumah ibu bapanya. Hans terus berlari ke balkoni. Dia menghendap ke bawah. Qayyum yang melangkah keluar dari keretanya itu terus menerima lambaian daripada Hans.

"Kau nak apa?" tanya Qayyum sambil bercekak pinggang di hadapannya.

"Boleh tak... Kau tolong aku? Aku sebenarnya... Erm... Sukakan Dahlia... Aku nak confess dekat dia sebelum dia balik dekat Oxford... Tapi... Aku tak tahu nak confess macam mana. Babi tolong ayang ye? Tolonglah babiiii" Meleret sahaja suara Hans. Dia menarik-narik baju yang dipakai oleh Qayyum.

"Okeylah... Babi tolong ayang. Apa kata ayang cakap macam ni aje dekat dia. 'Ya, Dahlia. Anna suka sama anti'. Confirm dia suka" kata Qayyum, memberi cadangan.

Hans dengan cepat mengangguk kepalanya. "Hadiah?"

"Bagi aje giftbox" cadang Qayyum pula.

"Oi, Hamzah. Pekak ke? Sampai dekat mana dah kau mengalamun? Pluto? Galaksi Bima Sakti?" tanya Dahlia sambil memandang lelaki itu.

"Tengku Dahlia Carissa binti Tengku Zafrel Arash. Anna suka sama anti" luah Hans sambil memandang tepat ke arah mata hazel milik gadis itu.

Dahlia sudah terlopong apabila mendengar luahan hati daripada si Hans itu. Adakah ini mimpi? Tidak bukan?

"Hans... Aku... Aku bukan nak kata yang aku benci kau... Aku cuma tak suka kau. Aku tak bermaksud bahawa aku tak suka muka kau, penampilan kau or perangai kau. Aku cuma tak ada rasa cinta dekat kau. Aku just anggap kau sebagai... Kawan. Kawan baik aku yang paling aku sayang" balas Dahlia. Dia berlemah-lembut dengan lelaki itu kerana risau jika hati lelaki itu terluka.

Hans memandang sayu ke arahnya. Dia dengan perlahan-lahan mengangguk kepalanya. Sudah dia tahu bahawa gadis tersebut tidak menyukainya.

"Aku faham... Aku tak marah atau kecil hati pun. Kalau kau tak nak terima aku, tak apa... At least, ambil lah hadiah yang aku bagi" ujar Hans sambil menghulurkan bunga tulip yang harum baunya bersama dengan sekeping kad kecil.

Selepas Dahlia menerima pemberiannya, dia terus berlalu pergi. Salam juga tidak diberikan kepada gadis itu.

Hans dengan cepat melangkah masuk ke dalam perut kereta. Qayyum yang sudah tertanya-tanya itu dipandang lama.

"Dia reject aku!" jerit Hans sebelum menangis teresak-esak. Qayyum hanya mengangguk kepalanya sambil mengusap-usap belakang kawan baiknya.

"Ke... Kenapa ada banyak kotak tisu?" tanya Hans sesudah berpaling ke belakang. Tempat duduk di belakang itu dipenuhi dengan kotak tisu!

"Saja. Aku dah tau yang kau akan kena reject punya. Jadi, aku steady lah awal-awal. Hehe" balas Qayyum sambil tersengih-sengih.

"Nate bodo!"













United Kingdom, England

             HIDANGAN barat yang dihidangkan di hadapannya itu dijamah dengan penuh selera. Farhan, iaitu kawan baik kepada Haider turut sama menjamah Spaghetti Bolognese yang dimasak oleh isterinya. Manakala, Sarah sedang sibuk mengangkat ayam yang telah siap digoreng menggunakan spatula.

"Shah, kau tak pergi melawat ayah kau ke? Bukan ke dia suruh kau jumpa dia?" tanya Farhan.

"Kau tahu?" Haider melontarkan soalan kepada kawan baiknya itu tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu terlebih dahulu.

"Ya. Ayah kau call aku. Dia tanya kau dekat mana. Aku tipu dia. Aku bagitau dia yang kau pergi holiday dengan kawan kau" jawab Farhan.

Haider hanya menganggukkan kepalanya sebagai balasan.

"Aku dah pergi ke rumah dia. Tapi, pengawal yang jaga rumah dia cakap yang dia tak ada" kata Haider. Bukan dia tidak tahu bahawa ayahnya terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai seorang usahawan. Memang langsung tiada masa untuk balik ke rumahnya. Apatah lagi untuk balik ke Malaysia dan menjeguk isterinya sendiri.

Usai sahaja menjamu selera dan menunaikan solat Asar, Haider terus memandu keretanya menuju ke rumah ayahnya. Keretanya berhenti tepat pada pagar rumah yang besar dan tinggi itu. Seorang pengawal yang berkot hitam dan berkacamata hitam itu menyekatnya.

"If you don't have an appointment with Mr. Ethan. Please go. Mr. Ethan is not here at the moment" jelas pengawal tersebut.

"Haider Akashah" ujar Haider selepas mencabut kaca mata bulatnya. Dia memandang ke arah pengawal tersebut

"Please come in, young master" balas pengawal tersebut. Pintu pagar yang besar itu terus dibuka luas. Keretanya terus memecut masuk ke dalam perkarangan rumah yang mewah itu.

Dua orang pengawal yang menjaga pintu rumah itu dengan cepat menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat. Haider terus melangkah masuk sesudah pintu tersebut dibuka. Ruang tamu yang besar dan mewah itu diperhatikan olehnya. Dia tahu bahawa ayahnya ada di sini. Tetapi di mana keberadaannya?

"You come?" tanya Ethan Louis. Haider hanya mengangguk kepalanya sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa itu. Dia tahu bahawa ayahnya berbohong. Sesibuk apapun lelaki itu, dia tidak akan pernah tidak pulang ke rumah.

"Aku tak nak bersosial sekarang. Stres" kata Ethan.

"Apa yang daddy nak bincangkan?" tanya Haider yang sudah lama berdiam diri.

"Let's have a coffee first. What do you want? Latte? Cappuccino? Espresso?" tanya Ethan sebelum merebahkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan anak lelakinya.

"I didn't have a time for that, dad" balas Haider sebelum mengeluh perlahan.

Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update) Where stories live. Discover now