Poor Wife.. HILMAN ADRIAN 1

589 34 5
                                    

BIBIR bergetar. Tangan mengiggil. Aleeya pandang sekeliling. Berharap apa yang dia cari ada. Tapi yang dia lihat hanya manusia-manusia yang sedang mencari mangsa. Perempuan seksi. Perempuan jadi-jadian.

Lorong ini lorong gelap. Lorong yang dihuni manusia-manusia yang dahagakan dosa. Lorong maksiat. Lorong yang tidak akan dicari manusia alim.

Aleeya salah seorang manusia yang dahagakan dosa itu. Aleeya bukan saja pelacur. Aleeya juga penagih.

Sekarang ini dia perlukan ubat. Jika tidak sakit ini tak mampu dia tahan lagi.

Aleeya masih mencari-cari insan yang selalu menjadi pengedar tetap dikawasan ini. Selalunya lelaki itu sudah berkeliaran disini menunggu para pelanggannya menyerbu. Hairan kenapa hari ini lelaki itu tiada.

Semakin berjalan semakin dia rasa sakit. Jika tadi hanya tangan yang mengiggil, namun kini seluruh tubuhnya bagai hilang fungsi.

Berhenti berjalan. Aleeya bersandar lemah kedinding yang berlumut hijau. Nafasnya naik turun.

Jauh dia berjalan kesini tadi. Dari hospital. Dia larikan diri dari tempat itu tanpa sesiapa tahu. Dia tidak betah lagi berada disana. Lagipula dia tiada duit untuk membayar kos rawatan dihospital besar itu.

Entah siapa yang membawanya ke hospital besar itu. Sedar-sedar saja dia sudah berada disana dua minggu lalu.

Dari jauh Aleeya dapat melihat seorang lelaki. Lelaki itu yang dia cari-cari. Lantas dia paksa tubuh bergerak kesana. Sedikit berlari dan tergesa-gesa. Takut jika lelaki itu hilang. Dia pula tak mampu nak mengejar lagi.

"Bront, bagi aku barang tu.."

Bila dia sudah berada didepan Bront, terus saja bibir pucatnya meminta. Beg yang terikat dipinggang Bront dipandang tajam. Dia tahu barang yang dia mahukan sangat itu ada didalam. Tersembunyi dari pandangan mata orang awam.

Tapi Aleeya sudah tahu tanpa Bront tunjuk pun. Dia sudah biasa membeli barang itu dengan Bront.

"Kau ada duit tak?" Bront bertanya kasar. Tahu sangat perangai pelanggannya yang ini. Tak ada duit pun masih buat muka tak tahu malu nak minta barang.

Aleeya angguk, berbohong. Tangannya terhulur didepan Bront.

"Ada. Kau bagi barang tu dulu pada aku. Nanti aku bayar." Terketar-ketar bibir Aleeya. Dia sudah terlalu terdesak sekarang ini. Dah berminggu-minggu dia tahan diri tak menjamah barang itu.

Bila sudah tak mampu nak tahan, dia gagahkan diri mencari Bront disini.

"Bayar dulu baru aku bagi."

Aleeya pura-pura menyeluk saku seluar. Dia keluarkan juga beg duit yang berada dalam poket. Tanpa membuka, dia hulurkan beg duit kepada Bront.

"Ambil ni. Bagi aku barang tu Bront. Aku dah tak tahan sangat ni.." Merayu-rayu Aleeya didepan wajah Bront yang garang itu.

Bront rampas beg duit yang diberikan Aleeya. Dia buka lalu mendengus kasar.

"Kau nak beli barang aku dengan duit kau yang lima ringgit ni?! Kau ingat duit sebanyak ini cukup?!" Menjerit. Bront lempar beg duit Aleeya ke muka perempuan itu.

Baru saja mahu berlalu, lengannya dipegang Aleeya. Bront rentap tangannya. Rambut Aleeya yang serabai itu dicekup. Bila wajah perempuan itu mendongak, Bront ludah air liur ke muka Aleeya.

Perempuan ini memang selalu cari masalah dengan dia. Bukan sekali dua kali dia ditipu Aleeya. Dah sering sangat Aleeya merayu begini. Nak barang tapi duit tak ada.

"Sakit Bront.. Tolong aku. Aku betul-betul sakit.. cuma duit tu je yang aku ada sekarang. Aku janji.. aku janji aku akan bayar barang tu nanti." Aleeya memohon.

Poor Wife.. Hilman AdrianWhere stories live. Discover now