Hari ini Zara sudah berniat hendak memasak masakan yang istimewa buat Aaydan. Nak suami sayang, kita kena pandai jaga makan dan minum suami.Dia membuka peti sejuk dan mengambil bahan-bahan yang akan digunakan sebentar lagi. Dia juga mengambil bahan-bahan untuk resepi bendi goreng bercili.
Aaydan lebih menggemari makanan kampung daripada makanan barat. Dia lebih pilih untuk menyuruh Zara masak masakan kampung kerana masakan kampung Zara paling terbaik.
Sama seperti Camelia yang cekap dalam menyediakan masakan kampung di rumah daddy sebelum Camelia berkahwin.
Menu istimewa hari ini ialah ayam masak lemak cili padi. Kesukaan Aaydan sejak kecil. Dia akan menyuruh mummy masak waktu kecil dulu.
Zara juga sudah berhenti kerja atas arahan Aaydan. Arash sudah lama menyuruhnya berhenti sejak awal perkahwinan mereka.
Dan ya, hari ini Zara sudah menjadi suri rumah setelah lebih kurang 4 tahun bekerja di cafe Arash. Banyak kenangan indah dan salah satunya berjumpa dengan Aaydan.
Tersenyum sendiri Zara sambil menumis bahan yang sudah dikisar. Bertungkus lumus Zara bersilat di dapur hari ini.
Dia melirik mata ke arah jam. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Aaydan akan pulang pada jam 6.30 petang.
Dia menutup api setelah ayam masak lemak cili padi dan bendi goreng bercili siap. Dia memindahkan hidangan itu kedalam mangkuk dan menghidangnya dia atas meja.
Setelah berpuas hati dengan masakannya, terus dia membuka apron dan menyangkut di tempat penyangkut. Dia terus menuju ke bilik untuk membersihkan diri.
Siap membersihkan diri dia masuk ke dalam wardrobe untuk mencari baju yang sesuai dipakai pada malam ini.
Sedang ralit mencari baju tidur, mata terpandang gaun tidur bertali halus yang agak seksi dimatanya.
Berkerut dahinya sambil mengambil gaun tidur itu.
"Gaun tidur siapa ni? Seksi gila. Aku tak pernah pula beli baju macam ni" bisik kehairanan Zara.
Dengan secara tiba-tiba Zara berfikiran negatif dan memikirkan sesuatu yang membuat hatinya hancur.
"Aaydan ada perempuan lain ke? Sebab ini ke dia tak pernah minta untuk bersama?" berair matanya.
Aaydan menyimpan perempuan ke dibelakang dia? Kenapa gaun tidur seksi macam ni boleh ada dalam wardrobe Aaydan sedangkan Zara sendiri tidak pernah membeli gaun sebegini.
Akhirnya Zara hanyut dalam tangisan. Dia duduk di birai katil sambil menggenggam gaun itu. Dia juga terlupa bahawa dia masih berkemban dengan tuala di dada.
♾️🦋♾️
Aaydan yang baru sahaja sampai terus membuka pintu dan memberi salam. Dia menyangkut kunci rumah dan kunci motor di penyangkut.
Dia tersenyum apabila rongga hidungnya terbau masakan kesukaannya. Dia memberhentikan langkah di meja makan.
"Terus lapar tengok masak lemak ni, mesti sedap" dia berlalu ke ruang tamu dan mencari isteri comelnya. Dia membuka jaket dan melempar sahaja ke atas sofa.
"Bunny" panggil Aaydan sambil memandang sekeliling. Berkerut dahinya kerana Zara selalu menyambutnya pulang kerja tetapi hari ini senyap.
"Mana dia ni" bisik Aaydan sendirian apabila keadaan rumah sunyi sepi.
Dia kemudiannya memandang pintu bilik tidur yang tertutup. Terus dia mencuba untuk memulas tombol itu. Berkunci?
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...