Pejam celik, pejam celik kandungan Camelia sudah masuk bulan yang terakhir. Dan sekarang mereka hanya menunggu sahaja harinya tiba.Sejak seminggu yang lalu, Nadhira dan Zara ditugaskan oleh Aayden untuk menjaga Camelia di siang hari.
Hal ini kerana dia harus menyiapkan kerjanya sebelum bercuti panjang menjaga Camelia berpantang.
Nadhira menolong kakak ipar keduanya memasak. Walaupun dia tidak pandai masak tetapi dia selalu menolong mummynya memasak dirumah.
"Kak Zara" panggil Nadhira.
Zara yang sedang menggaul sambal sotong didalam kuali terus menoleh.
"Ye adik" balas Zara dengan lembut.
Nadhira terus menempel di sebelah Zara. Dia tersengih-sengih memandang Zara.
Berkerut dahi Zara melihat sengihan daripada Nadhira. Adalah tu yang budak ni nak tanya.
"Ye adik nak tanya apa? Pasal Haris lah tu kan?" soal Zara sambil tersenyum nakal mengusik Nadhira.
Nadhira menepuk tangan sambil tersengih gembira.
"Haah pasal abang Haris, kak Zara rasa kan, abang Haris tu suka ke tak dekat adik?" soal Nadhira sambil bersandar di kabinet dapur.
Zara menutup api setelah sambal sotong siap dimasak. Dia mengalihkan badan menghadap Nadhira sepenuhnya.
"Hm akak rasa abang Haris tu memang suka dekat adik lah. Adik ingat tak masa along buat majlis makan-makan sekali dengan doa selamat untuk Camelia tu?" balas Zara.
Nadhira mengangguk laju.
"Ingat, kenapa dengan malam tu akak?" soal Nadhira.
"Haris ada tanya akak, adik suka lelaki yang macam mana. Adik suka makan apa dan macam macam lagi lah soalan dia pasal adik" balas Zara.
Terus tersenyum lebar Nadhira apabila mendengar bahawa lelaki yang dia minat dalam diam mengambil tahu tentangnya juga.
"Lepas tu apa yang akak balas?" soal Nadhira sambil menggoyang tangan Zara.
Belum sempat Zara menjawab soalan Nadhira, terdengar seseorang menyampuk dari belakang.
"Akak Zara jawab Nadhira suka lelaki yang macam abang Haris Mateen dia" balas Camelia.
Dia memuncungkan bibir sambil berpeluk tubuh di hadapan pintu dapur. Dia memanggil Nadhira berkali-kali tetapi tiada sahutan. Sibuk bertanya pasal abang Haris dia rupanya.
Tertoleh Nadhira memandang Camelia yang sedang monyok. Dia terus meluru ke arah Camelia dan memeluk bahu mak buyung itu.
"Hi adik ipar, lapar ke? Nak makan? Kakak ipar dah masakkan nasi lemak sambal sotong yang adik nak tu" kata Nadhira sambil tersengih.
Camelia hanya memberi pandang sisi tajam mendengar gelaran yang Nadhira sebutkan.
"Amboi kau, aku ni kakak ipar kau tau, sejak bila pula kau jadi kakak ipar aku?" balas Camelia.
"Hehehe, alah aku praktis je. Nanti takdelah kekok sangat kau nak panggil aku kakak ipar" melawak Nadhira.
"Kalau kau kahwin dengan abang Haris pun, tak adanya aku nak panggil kau kakak ipar. Panggil woi je" balas Camelia lalu menjeling manja.
Zara hanya menggeleng sahaja melihat mereka yang sedang bergaduh manja. Dia menyedok sambal sotong masuk kedalam mangkuk dan menghidangnya di atas meja makan.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...