Bab 29

248 12 2
                                    

"EITHER she is suffering from a temporary memory lost or disorientation. Ayah aku pernah cerita umi aku pernah jadi benda yang sama bila adik meninggal dulu. Umi aku tanya ayah aku mana adik aku pergi sebab dia tak ada dalam bilik padahal adik aku baru aje meninggal..." ujar Hadeef usai sahaja mendengar pertanyaan daripada Khalish. Terkejut juga dia apabila pagi-pagi lagi sudah dapat panggilan daripada lelaki tersebut.

Haania yang sedang statik duduk di atas katil sambil pandangan dilemparkan ke luar tingkap dipandang sekilas. Wanita itu sudah pun siap berpakaian baju kurung bersama selendang di kepala tetapi Haania masih lagi diam tidak berkutik sebaik sahaja pertanyaan isterinya itu dijawab olehnya Subuh tadi.

"How can?"

"Kau cakap Puan Hamidah tu satu-satunya orang yang dia ada kan sebelum ni? Yang dia memang anggap macam mak dia sendiri walaupun itu bukan mak dia?"

"Ya. Tapi semalam sampai aje dekat sini dia tak menangis. Dia menangis dekat mall bila dia dapat tahu kata ibu meninggal. After that memang langsung tak keluar air mata dia. Memang semalam even after ibu dah dikebumikan pun dia tak menangis. Berkali-kali aku cakap dekat dia kalau nak menangis, menangis aje. Aku boleh pinjamkan bahu untuk dia tapi jawapan dia tetap sama. Dia cakap dia okay sahaja, tak apa, and so on. So how can that be?" Persoalan yang kian bermain di kepala diluahkan.

"I think she kept all of her emotion inside instead of letting it out and maybe benda tu dah get to overwhelm sangat dalam diri dia like she literally just lost her loved one. Bila benda tu terlalu overwhelm sampai diri sendiri dah tak boleh nak hadap, those two can happened in a way for them to cope with their emotional pain. Satu aje aku nak cakap, buat masa sekarang kau memang kena ada dengan dia Khal. Benda-benda macam ni kita tak boleh nak tahu apa pula akan jadi," tukas Hadeef lagi. Mendengarkan apa yang menimpa diri Haania pun sudah membuatkan dia risau, apatah lagi Khalish.

Nafas berat dihembus keluar. Ucapan selamat tinggal diberikan sebelum panggilan ditamatkan. Khalish menapak ke arah si isteri.

"Sayang nak duduk dalam bilik ke? Kalau nak duduk dalam bilik, abang boleh bagitahu Cik Ina kata sayang tak sihat," beritahu Khalish lembut.

"Kenapa Cik Ina? Ibu mana?" Sekali lagi soalan itu diputarkan.

"Sayang, ibu dah tak ada semalam..." Sekali lagi, kenyataan yang perit itu dilempar keluar. Ya Allah, bantulah isteriku ini, Ya Allah.

Dahi Haania berkerunyut. "Tapi baru semalam ibu call Nia. Kita pun baru aje pergi Rumah Cahaya. Apa maksud abang ibu dah tak ada? Ni, Nia tunjuk bukti ibu baru aje call Nia." Haania pantas mencari telefon pintarnya lantas Recents pada aplikasi Phone dihala tepat pada wajah Khalish.

Pandangan mata Khalish sayu. Lutut dijatuhkan tepat di hadapan Haania lantas kedua-dua tangan si isteri digenggam perlahan. "Nia, jangan macam ni tau?"

Haania pantas gelengkan kepalanya. Bebola mata wanita itu sudah pun bertukar menjadi merah, menandakan air mata sudah mula terbentuk.

"Tak, abang tipu aje kan? Ibu ada lagi kan? Kita baru aje jumpa ibu. Mana mungkin ibu dah tak ada..." Mutiara jernih mula perlahan-lahan menitik membasahi pipi mulus itu sebelum ianya bertali arus. Tangan kecil itu mula menumbuk-numbuk perlahan kedua-dua bahu Khalish. Terus ditarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.

"Abang tipu kan?! Semua orang tipu!" Tangisan Haania semakin selak. Khalish menguatkan lagi pelukannya.

"Allah lebih sayangkan ibu. Jangan macam ini ya, sayang? Tak elok. Kalau sayang nak menangis, menangislah. Abang akan peluk sayang kuat-kuat sampai Nia reda dengan perasaan sendiri. Abang ada dengan Nia, abang sayang Nia sangat-sangat..." Ubun-ubun si isteri dicium sekilas sebelum pelukan kembali dieratkan. Dapat dia rasakan tubuh Haania terhinjut-hinjut menandakan kali ini Haania benar-benar menghamburkan segala kesedihan setelah hampir seharian wanita ini membiarkan sahaja perasaan tersebut terkurung di dalam diri.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now