"Nama apa yang manja pilih untuk babies kita?" soal Aayden dengan tidak sabar."For girl Carissa Azzalea binti Aayden Nadhif bermaksud kesayangan yang kekal abadi"
"And for boy Rizqin Ayman bin Aayden Nadhif bermaksud kurniaan Allah yang bertuah"
Tersenyum lebar Aayden mendengar nama yang diberikan oleh Camelia. Cantik betul!
"Cantiknya nama yang mama pilih dan yang paling penting ada maksud" balas Aayden sambil mencium pipi isterinya.
Camelia tersenyum bahagia lalu memeluk Aayden dengan erat. Ibu, ayah! Camelia dah ada anak, Camelia bahagia!
Sesungguhnya dia sangat bahagia dengan Camelia. Walaupun Camelia baru sahaja berusia 19 tahun, tapi kematangan Camelia membuatkan dia berjaya menjadi seorang isteri mithali.
Sedang mereka berpelukan, kedengaran pintu bilik diketuk dari luar. Camelia melepaskan pelukan perlahan-lahan.
"Come in" jawab Aayden.
Nurse membuka pintu dan menolak dua katil bayi masuk kedalam bilik. Dia meletakkan katil bayi tersebut bersebelahan dengan katil mamanya.
"Saya bagi masa 30 minit ye untuk tuan Aayden azankan putera dan puteri tuan puan. Nanti saya ambil balik sebab masih dalam pemantauan doktor" ujar nurse sebelum meninggalkan mereka sekeluarga.
"Abang azankan anak-anak kita kejap ye sayang" bisik Aayden lalu mencium dahi isterinya. Dia turun dari katil dan mengangkat Rizqin terlebih dahulu. Dia melaungkan azan di telinga bayi lelakinya.
Setelah siap mengazankan Rizqin, dia meletak kembali ke dalam katil bayi dan mengangkat Carissa pula untuk diazankan.
Siap mengazankan kedua-dua bayinya. Dia mencium lembut pipi Carissa yang sedang nyenyak tidur.
Dia pergi kembali ke katil bayi dan meletakkan Carissa dengan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan anaknya.
Dia memandang kedua-dua anaknya bersilih ganti. Nikmat Allah apa lagi yang kau dustakan? Mengalir airmata lelakinya apabila melihat anak-anaknya.
Camelia yang sedang tersenyum melihat Aayden bersama bayi mereka terus mengendurkan senyuman apabila Aayden mengalirkan airmata.
"Abang, kenapa abang menangis? Come here, manja peluk abang" panggil Camelia sambil mendepa tangan.
Aayden tidak menunggu lama terus sahaja mendekati Camelia dan memeluk dengan erat. Dia menghembur tangisan di bahu Camelia.
Camelia mengusap lembut belakang kepala dan belakang badan suaminya. Dia juga tidak tahu mengapa suaminya menangis.
Aayden menarik hingus sambil melepaskan pelukan dan mengelap pipi. Camelia mencapai tisu di meja bersebelahan dengan katil.
"Come manja buang hingus abang" kata Camelia yang sedang memegang tisu.
Aayden terus menadah mukanya. Camelia memicit hidung Aayden dengan tisu dan menyuruh Aayden untuk membuang kesemua hingus.
"Dah tak ada hingus dah" kata Aayden dengan wajah yang sembap seperti anak kecil yang baru sahaja lepas menangis.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...