BAB 3

11 2 0
                                    

DAH seminggu Abang Reez balik Malaysia.

Sampai sekarang aku tak tanya dia stay sini berapa lama, dan kenapa dia balik mengejut ke Malaysia ini.

Aku kalau boleh, tak naklah dia lama-lama sangat di KL ni. Soalnya, dia tu terlampau over! Terlampau kuat kongkong aku. Aku nak keluar dengan kawan-kawan pun jenuh kena soal siasat dulu habis-habis. Keluar dengan siapa, lelaki ke perempuan ke. Nak keluar berapa lama. Pergi mana aje. Nanti balik rumah pukul berapa. Pergi karaoke tak boleh, pergi night club tak boleh, mabuk-mabuk pun tak boleh. Huha-huha dengan lelaki lagilah tak boleh.

Paling penting, aku dah ditetapkan dengan garis pemakaian yang mengikut citarasa dia yang sok-sok pak ostad itu. Kena pakai tudung!

Agak-agak ah. Pergi night club pakai tudung, ingat ini Arab Saudi?

Lama-lama aku pun habis hilang mood nak keluar. Terperap dalam bilik aje aku sudahnya. Tak beraktiviti.

Dia tu kalau boleh, 24 jam dia nak aku depan mata dia.

Pagi-pagi, dia yang hantar aku pergi kuliah. Petang, dia juga yang jemput. Stress, weh. Aku yang elok-elok bebas sebelum ini, tiba-tiba terus jadi tak ada life.

Kemuncaknya, petang itu sewaktu dia menjemput aku pulang dari kuliah, dia mengajak aku ke suatu tempat.

Di manakah tempat itu?

Masjid!

Weh, tolong aku, weh. Aku tak minat masjid-masjid ni. Orang-orang agama ni banyak yang poyo. Aku tak nak terjebak.

"Malam ni ada Ustaz Azhar Idrus."

Oh, lagilah aku lemah semangat!

Sampai-sampai di rumah aku terus terkulai di sofa ruang tamu. Lembik tak bermaya. Nak bernafas pun tak larat. Paru-paru serta merta jadi malas nak berkerja bila dengar aje word 'ustaz'.

"Cinta tak turun lagi ke, ma?" Suara Abang Reez kedengaran dari arah tangga berpusar.

Mama di sofa bertentangan aku sedang membaca majalah Forbes. Tanpa menoleh pada Abang Reez, mama menjuih bibir ke arah aku.

"Ni ada depan mama ni. Tengah terbaring. Tak bersiap-siap lagi."

"Tak bersiap lagi?" Nada Abang Reez sedikit kebingungan dan ragu-ragu.

Dapat kurasakan lelaki itu semakin hampir dengan tempat ini. Aku pun tanggalkan badan dari pembaringan. Duduk. Sandar lembik di backrest sofa.

"Cuba rasa ni..." Merengek. Aku capai tangan lelaki itu dan melekapkan telapak tangannya di dahiku. "Cinta demam, rasanya Cinta tak dapat ikut abang pergi dengar ceramah."

Aku dengan sepenuh harapan mengharap boleh ponteng pergi masjid.

Alih-alih Abang Reez pergi terkejut pula. Lekas direntap tangannya daripada pegangan aku.

"Astaghfirullah, batal wuduk abang, Cinta."

Aku mencebik menyampah. Dah agak dah dia tu. Boleh pula batal wuduk sentuh mahram.

"Reez nak pergi mana?" soal mama bila lihat Abang Reez bergegas menanggalkan kopiah dari kepala sambil berlekas-lekas mahu naik ke tingkat atas semula.

"Ambil wuduk balik. Wuduk dah batal." Jawapan oleh Abang Reez yang kedengaran semakin jauh.

Mama geleng-geleng. Mengeluh pasrah.

"Itulah, setiap kali mama dengan papa nak bagitau hal sebenar pada Sara, Reez larang. Sekarang tengoklah."

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now