Wajah terkejut Rais dipandang tenang oleh Aura. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dilakukan ketika dan saat ini.
Rais menampar wajahnya beberapa kali. Wajahnya juga digeleng beberapa kali
"Eh, dok mo'oh la. Mimpi ja ni." Rais bercakap dengan dirinya sendiri. Sudah keluar loghat Terengganu nya.
(Tak mungkin lah. Mimpi saja ni.)
Aura berkerut melihat kelakuan jejaka di hadapannya itu. Dia juga tak mengerti apa yang dikatakan oleh Rais.
"Aidan, awak okay tak ni?" Aura menyoal.
Mendengar pertanyaan itu, Rais terkejut sendiri.
"Ini bukan mimpi ke?"
"Bukan."
Aura tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Terhibur dengan pertanyaan Rais tadi tetapi dia tahu tindakannya sekarang sememangnya tidak masuk akal.
"Oh...Awak la-lamar saya?"
Aura ketawa kecil mendengar soalan Rais.
"Yes. Awak sudi ke terima?" Melihat Rais yang sudah terdiam Aura menyambung lagi.
"Saya tahu awak perlukan masa untuk fikir. Apa kata kalau awak ambil dulu kad saya ni sebagai tanda saya 'cop' awak."
Business card miliknya dihulurkan kepada Rais.
"Cop?" Rais menyambut huluran wanita itu walaupun dia teragak-agak.
"Yep, cop mohor. Awak boleh call saya bila dah ada jawapan. Saya balik dulu. Assalamualaikum."
Aura meminta diri sebelum dia berlalu ke keretanya meninggalkan Rais seorang diri. Rais hanya memerhati wanita itu sehingga kelibatnya hilang.
"Waalaikumsalam..."
Kad itu direnung sekejap dan disimpan rapi di dalam dompetnya. Rais terus masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah dalam keadaan runsing dan keliru.
Sudah jam 12 tengah malam Rais masih lagi tidak boleh tidur. Puas mencari posisi baringan yang selesa tetapi gagal. Dia bangun dari baringan keluar menuju ke ruang tamu bersama business card yang diberi oleh Aura.
Ruang tamu yang sunyi hanya bersuluhkan beberapa lampu hiasan dimasuki oleh Rais. Melabuhkan punggung di sofa. Kad itu direnungnya bersama fikiran yang sudah runsing memikirkan peristiwa yang berlaku petang tadi.
"Ini semua kerja gila. Takkan lah Cik Singa nak melamar aku pulak." Kad di tangan itu dipusing-pusing. Terlihat nama jawatan dan butik pada kad itu.
"Head Designer The Crouture?"
Dia membuka telefon bimbitnya sebelum menaip nama butik yang tertera pada kad itu. Butik itu hanya 10 minit sahaja dari tempat kerjanya. Jawatan wanita itu juga bukan biasa-biasa jika dibandingkan dengan kuli seperti dia.
"Dia terdesak sangat ke? Aku ni setakat tukang masak saja bukan bos macam dia."
Rais sudah mengeluh. Sungguh dia sangat terkejut dengan lamaran secara tiba-tiba itu. Matanya dipejam dan bersandar malas di sofa.
"Is, kenapa tak tidur kat atas?"
Mendengar sapaan itu, Rais membuka matanya.
"Is tak boleh tidur, ibu." Jawab Rais dengan sengihan.
"Anak ibu okay tak? Macam runsing saja." Sejak petang tadi dia nampak anaknya seperti tidak tentu arah.
Rais memandang wajah ibunya. Berfikir perlu atau tidak dia bercerita pada ibu? Dia tidak boleh menanggungnya seorang diri dan sangat memerlukan seorang pendengar.
"Ibu, tadi kat reunion ada orang lamar Is." Suaranya berkata perlahan.
"Haa?! Lamar?" Mata Puan Hanim sudah membuntang mendengar kata-kata anak lelakinya.
Rais hanya mengangguk. Puan Hanim sudah mengambil tempat di sebelahnya ingin mengetahui cerita penuh.
"Siapa yang lamar anak ibu ni?" Soal Puan Hanim teruja.
Rais pun menceritakan hal yang berlaku pada petang tadi semasa reunion kelasnya. Termasuk kisah Adam yang tidak mahu meninggalkan Aura.
"Tak tanya kenapa dia ambil keputusan nak lamar Is?" Puan Hanim ingin mengetahui motif wanita itu
"Is tak sempat nak tanya." Keluh Rais.
"Beraninya kawan Is tu. Jarang tau perempuan mulakan langkah."
Rais mengangguk setuju dengan pendapat ibunya.
"Apa patut Is buat?"
"Is buat solat istikharah untuk mohon petunjuk. InshaAllah Allah bagi jawapan." Bahu Rais ditepuk.
"Jika dia memang jodoh Is dan Adam, ibu sentiasa doakan yang terbaik." Sambung Puan Hanim lagi.
Rais memeluk ibunya erat seperti menyalurkan kekuatan pada tubuhnya. Belakang badan Rais disapu perlahan untuk memujuk.
Naik sahaja ke bilik, Rais terus bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu. Hatinya berbisik untuk mencari Tuhan terlebih dahulu.
Takbir diangkat dan niat ditanam dengan rasa yakin dengan perancangan Allah. Dia berserah sepenuhnya kepada Allah. Mungkin ada sesuatu yang mahu ditunjukkan oleh-Nya.
Pada sujud terakhir yang panjang, hatinya merintih agar diberikan petunjuk. Mengadu tentang kerunsingan serta kerinduannya walaupun melalui hati. Sedar dia hanya hamba yang sentiasa berbolak-balik perasaannya.
"Aku memohon diberikan petunjuk dalam hidupku terutama dalam membuat keputusan. Aku berserah pada-Mu ya Allah, jika takdir tidak seperti yang aku inginkan. Pujuklah hatiku dan pimpirrah aku dalam menyelusuri takdir yang Engkau telah tetapkan."
"Jika wanita yang telah melamarku ini adalah jodohku, Engkau permudahlah urusan kami dan keluarga kami."
"Ampunkanlah dosa kami. Sesungguhnya kami hanya hamba yang ditutup aibnya."
Tangan yang menadah tadi disapukan ke wajahnya. Rais melipat sejadah lalu meletakkannya pada birai katil. Kopiah putihnya diletakkan diatas meja laci.
Tubuhnya dibawa ke almari baju dan dibuka untuk mencari sesuatu. Sesuatu yang menyimpan terlalu banyak kenangan manis dan sebaliknya.
Kotak hitam bersaiz sederhana di bahagian atas dicapai. Rais buka dan membelek satu persatu isi di dalamnya. Terperasan bekas cincin berwarna merah darah. Cincin yang menjadi saksi ketika dia dan arwah isterinya disatukan.
5 tahun yang lalu,
Sekali lafaz sahaja Kayla William sah menjadi peneman hidup kepada Aidan Rais. Mata hijau zamrud itu ditenung sayang.
Mereka mengambil keputusan drastik untuk bernikah. Baru berusia 22 tahun, mereka tahu keluarga
pasti menentang jadi perkahwinan itu menjadi rahsia antara mereka.
Sejurus selepas Rais meluahkan perasaannya, Kayla terus mahu belajar mengenai Islam. Hanya dalam masa 8 bulan, dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim.
Rais sentiasa menyokong dan sangat kagum dengan tekad wanita itu. Dia yang tidak berfikir panjang terus melamar Kayla untuk berkahwin. Darah mudanya meronta-ronta untuk menghalalkan hubungan mereka.
Rais tidak berfikir panjang langsung berkahwin tanpa pengetahuan dan restu daripada ibu bapa. Mereka tiada majlis. Hanya bertemankan jurunikah dan 2 orang saksi.
Memakai pakaian yang terbaik mereka ada. Kayla hanya mengenakan gaun putih labuh dan selendang putih. Manakala Rais berkemeja putih, berseluar slack hitam dan bersongkok.
Segalanya ala kadar. Rais menyarungkan cincin perak yang dibelinya menggunakan duit kerja part- time yang dibuat. Itupun cincin yang paling murah yang dijual di kedai itu.
Saat itu, dia merasakan hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran Kayla tetapi tidak perasaan sesuatu yang telah hilang.
lanya adalah doa dan restu seorang Ibu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mencari Hati
Romance( PREVIOUSLY KNOWN AS ARCANE ) A story where a fashion designer meet her chef. He was broken and she is reliable. Pertemuan Aidan Rais dan Kayla William di Switzerland telah membawa kepada perkahwinan yang dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga. Be...