BAB 4
Akram pusing kepala ke arah Naili. Sudah lima minit dia berhentikan kereta di tepi jalan. Naili yang minta dia berhenti di sini. "Tak nak saya hantar ke rumah?" Tanya dia lagi.
"Takpe. Kat sini pun dah cukup Akram. Terima kasih tumpangkan saya." Ujar Naili lembut. Dua jam menunggu Riftah dalam bilik dia memutuskan untuk turun ke bawah mencari si suami. Manalah tahu Riftah terlalu asyik bersembang hingga lupakan dia di bilik.
Tapi di bawah pun lelaki itu tiada. Tidak perlu berkata apa-apa kerana dia mula yakin dengan kata hatinya. Riftah... dia helakan nafas berat. Berapa lagi dia harus anyam mimpi palsu tentang lelaki itu?
"Betul ni awak okay?" Raut wajah Naili tak menunjukkan yang wanita itu okay. Risau pula dia mahu tinggalkan Naili. Andai terjadi sesuatu kepada wanita ini pasti dia yang akan di cari kerana dia yang berada bersama Naili sekarang.
"Saya bukan budak kecil Akram." Ujar Naili seraya menggeleng kepala. "Lagi pula saya dah call kawan saya nak jumpa dia kat sini."
"Tepi jalan ni?"
"Akram, depan tu buss stop. Saya tunggu dia kat situ," balas Naili.
"Kalau macam tu, saya tunggu sampai kawan awak sampai." Putus Akram.
"Tapi..."
"Awak perempuan Naili. Tak elok perempuan duduk di buss stop sendirian." Mata Akram pandang Naili atas bawah. Dengan dress labuh kembang di bawah namun bahagian atas yang agak terdedah, dia yakin meninggalkan Naili sendirian di sini bukan keputusan yang tepat.
Faham apa yang di maksudkan Akram dia akur. Suasana dalam kereta sepi. Naili tak tahu apa yang dia nak dibualkan begitu juga Akram. Akhirnya hanya kesunyian yang menemani suasana dalam kereta hingga telefon Naili berdering.
"Gina, you dah sampai ke?"
"Ya, I cari you takde pun."
"Oh, I dalam kereta Honda Civic warna kelabu. Tak jauh dari buss stop tu. Kejap I keluar." Naili tolak pintu kereta. Berdiri tidak jauh dari kereta matanya melilau mencari kelibat Gina. Nampak saja Gina dia melambai tangan. Talian dimatikan.
"Itu kawan saya. Terima kasih Akram."
Akram kerdipkan mata. Dia menghantar Naili dengan pandangan hingga wanita itu masuk ke dalam kereta kawan dia. Stereng kereta diketuk perlahan, baru dia teringat sesuatu. Ke mana Riftah pergi biarkan Naili sendiri?
"You dengan siapa? Mana Rif?" Tanya Gina sebaik saja Naili bolos ke dalam perut keretanya.
"You ada kelas yoga ke hari ni?" Soalan Gina dibiarkan sepi sebaliknya dia melemparkan soalan kepada si teman.
"Ya, masa you call I nak ke studio. Naili, soalan I you tak jawab lagi. Dengan dress lagi, you dari mana sebenarnya ni?" Gina pandang Naili atas bawah. Bergaduh ke Riftah dan Naili?
"You lari dari rumah Naili?" Tebak Gina lagi.
Naili juling mata ke atas. Dia pandang Gina di sebelah. "Gina..." rengek Naili. "I nak ikut you ke studio ek." Naili kerdipkan matanya.
Gina tayang muka sebal. Geram soalan dia tak berjawab. "Memang you kena ke sana pun. Pelajar I dah lama tunggu."
"Sorry." Naili sengih.
"Soalan I Naili?" Tekan Gina.
"Aduh! ingatkan dah lupa." Naili tayang muka kecewa. "I keluar ke majlis reunion semalam dengan Rif. Stay kat hotel sebab kaki I injured but dah okay." Ujar Naili pantas sebelum Gina membebel. Tindakan pantas Akram mungkin menyebabkan kaki dia cepat elok. "Rif pula..." Naili diam seketika. "Dia hilang." Tenang Naili menjawab.
"Hah?" Terkejut Gina. Nak kata serius muka Naili biasa-biasa saja. Tidak ada riak risau pun. "Seriuslah beb."
"Betullah. Rif hilang ditelan hotel kut. Dia cakap nak turun ambilkan baju I, dua jam tunggu tak muncul. I turun dia takde kat kafe atau kat lobi. Tanya kawan dia pun tak tahu. Kalau tak hilang apa lagi? kena sorok bunian kut." Selamba Naili bersuara.
"Oh God, Naili!" geram Gina. Dia jeling Naili yang jungkitkan bahu. Lihat raut wajah Naili yang mula berubah, Gina putuskan untuk berdiam diri. Tutup kisah Riftah. "Kau tak nak tukar baju ke?"
"Ada baju spare?"
"Ada. Nanti tukar kat studio aku."
"Oh, lega. Gatal tau pakai baju dari semalam. Dengan..."
"Haa, yang tu takde I nak bagi okay. Apa benda sampai ke situ nak kongsi." Pintas Gina.
Naili ketawa. "Eii, you ingat I tak geli ke?" Menggeletik bahu Naili geli. Tercetus tawa keduanya.
Dikala dunia mula menghitung mangsa, mahu dijadikan tempat mengutip kesempatan... Naili beruntung dianugerahkan Gina sebagai sahabat. Biarpun berlainan agama dan budaya, Gina merupakan sahabat yang sangat baik buat Gina. Allah juga kata, di mataNYA semua makhluk sama sahaja.
YOU ARE READING
RAPUH
RomanceRIFTAH - lelaki dan suami yang membawa perwatakan baik, penyayang dan juga pasangan yang sepadan. Sebaliknya dia juga merupakan manusia bertopengkan malaikat. Dia mendominasi perkahwinan dengan Naili, memanipulasi keadaan menjadikan Naili buruk di m...