PERCAYA

1 0 0
                                    


Bab 5

Hampir jam dua belas tengah malam barulah Naili sampai ke rumah. Segala panggilan Riftah diabaikan malah dia telah menutup telefonya. Melihat kereta dia yang terletak elok di bawah garaj maknanya Riftah balik rumah. Ingatkan nak bertapa dekat hotel. Langkah kaki diatur masuk ke dalam. Pintu utama ditolak dan kaki diatur masuk ke dalam rumah. Ruang tamu yang gelap tidak membuatkan dia menunggu lama. Terus meniti anak tangga naik ke atas. Lagi pula badan dia penat sangat.

Selajur menolak pintu bilik wajah Riftah yang terjengul di depan mata. Jelas bahawa lelaki itu menunggu kepulangan dia. Huh! tunggu dia atau...

"You dari mana Naili? Dari siang I tunggu you balik."

"Kenapa tunggu I? Tak puas lagi lepaskan beban asmara kat hotel tadi?" Sinis Naili.

"Naili! jangan tuduh I yang bukan-bukan." Tegas Riftah. Tergugat juga dia bila bicara Naili tepat di batang hidung. Macam mana Naili tahu?

"Tuduh?" Soal Naili berjeda. Dia letak beg kertas atas lantai. "Okay, fine. Benda yang takde bukti jadi tak perlulah I bahaskan. I penat nak mandi dan tidur."

Riftah kertap gigi. Dia belum habis bercakap dan Naili mahu berlalu? "You belum jawab soalan I Naili." Tagih Riftah. Dia tak tunggu Naili pulang hanya untuk melihat wanita tayang muka tak bersalah. Dia mahukan penjelasan.

Kaki yang baru mahu melangkah terbantut. Dia pusing tubuhnya menghadap Riftah. "You tanya I pergi mana? I akan jawab tapi you jawab soalan I dulu. You pergi mana siang tadi? Selepas you keluar dari bilik jam 10.15 pagi? I tunggu you dua jam dalam bilik. I turun tanya Syahmi, dia pun tak tahu you ke mana. Hmmm, part tu I'm a little bit curious. Your best buddy tak tahu you ke mana, macam ada yang tak kena aje." Bicara Naili seraya memeluk tubuh memaku pandangan kepada raut Riftah. Dia cuba mencari keresahan pada raut wajah lelaki itu, urgh! Sangat bijak Riftah menyembunyikanya.

"I ada je kat hotel tu. Bad ajak I teman dia jumpa Gee. Takkanlah I nak tolak bila Bad guna alasan tak elok berduaan lelaki dan perempuan." Balas Riftah tenang. Riak wajah langsung tidak berubah, sedayanya dia cuba kawal.

Naili mencebik. Polosnya jawapan Riftah, apakah dengan jawapan begitu Riftah jangka dia akan percaya. Ya, bak kata Riftah jangan tuduh. Dan dia tak punya bukti. "I'm not a child Rif." Ujar Naili melangkah ke bilik air namun lenganya disambar Riftah.

"Sayang..." suara Riftah lunakan. Tak guna bergaduh kerana dia tahu jika diteruskan dia yang akan terperangkap nanti. "Okay, I'm sorry." Pinta Riftah lembut. "I tahu I salah biarkan you tunggu lama. Tapi I tak buat apa yang ada dalam kepala you tu." Ujar Riftah lagi.

Jeda.

Naili hanya diam mendengar. Dia mahu bertanya kepada Riftah, ke mana lelaki itu menghilang bersama Gee? Kenapa malam tu Riftah tinggalkan dia? Dia mahu tanya banyak soalan namun dia memilih untuk diam. Tanpa bukti perbahasan apa pun hanya akan jadi sia-sia. Dia cuma ini semua mainan perasaan dia sahaja.

"Jangan permainkan kepercayaan I kepada you Rif." Ujar Naili perlahan. Lengan Riftah ditolak dia masuk ke dalam bilik air. Penat! Hari ini dia sangat penat.

Bangun pagi tu dia rasa pelik. Bau wangi yang masuk ke rongga hidung sangat menggoda perutnya. Gebar yang menutupi tubuh ditolak hingga jatuh ke lantai. Turun dari katil, rambut disanggul. Hanya dengan baby T dan short pants dia turun ke bawah. Dalam rumah ni hanya ada dia dan Riftah tapi... bau wangi ni datang dari dapur. Takkanlah Riftah yang masak.

Menjengah ke dapur keningnya terjungkit melihat Riftah yang sedang menyiapkan meja makan. Matanya mengerling meja yang penuh dengan sarapan. Lima tahun kahwin inilah kali pertama dia melihat lelaki ini memasak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RAPUHWhere stories live. Discover now