Akhirnya !

44 3 0
                                    

Seorang wanita berusia akhir lima puluhan kini sedang terduduk lemah di sebuah kerusi dengan seorang wanita yang usianya di angka tiga puluhan..

Wanita berusia itu adalah Puan Sri Rosnah dan saat ini dia ditemani oleh Alina yang tadinya baru selesai menjalankan tugasnya..

Saat Alina mendengar bahawa Fahmi terlibat dalam sebuah kemalangan dia langsung mencari tahu keberadaan adik angkatnya itu,mujur sahaja bukan Fahmi yang terlibat secara langsung melainkan mertua kepada Neya iaitu Tan Sri Hassan..

Entah bagaimana kereta Tan Sri Hassan mengalami kerosakan dalaman dan secara tiba-tiba pemandunya tidak dapat menghentikan kereta hingga membuatkan keretanya melanggar lampu traffik yang berwarna merah..Kereta mereka terus melaju dan akhirnya terbabas melanggar sepohon pokok mangga..Secara kebetulan juga Fahmi saat itu dalam perjalanan ke balai polis..Dia yang melihat ada kemalangan jalan raya berlaku langsung turun dari kereta dan melihat secara dekat tentang apa yang terjadi..Sehinggalah matanya menangkap sosok lelaki yang pernah dia lihat saat kelahiran si kembar anak kepada Neya.

"Dia kan mertua Neya..Apa yang jadi ni?"batinnya sambil tangannya laju mendail nombor telefon kecemasan

Fahmi lah yang mengurus dan menemani Tan Sri Hassan ke hospital berdekatan..

"Mama!!"panggil Hilman yang saat ini baru sampai di hospital..Terlihat Neya dan Alana di sisi Hilman yang turut sama menunjukkan riak wajah penuh kerisauan..

"Hil~~"lirih Puan Sri Rosnah menatap Hilman dan langsung masuk ke dalam pelukan Hilman yang kini sudah duduk di sebelahnya..

"Ma-mama takut Hil..Pa-papa!! Pa-papa kamu Hil"ucapnya sambil menangis sesegukan

"Apa yang jadi??"tanya Hilman kepada Alina yang duduk berdekatan mamanya..Alina pun mulai menjelaskan apa sahaja yang dirinya tahu..

"Papa kuat ma..Pa-papa lelaki terkuat Hil pernah kenal..Dia akan se-selamat !"ucapnya sedikit bergetar..Dirinya turut sama risau tapi dia harus kuat di hadapan mamanya..Dia tidak mahu penyakit lama mamanya kembali..Jika saat ini Amran masih hidup mungkin abangnya itu tahu cara menenangkan mama mereka..Tak seperti Hilman yang sedikit kaku tapi Hilman cuba berusaha memberikan mamanya rasa nyaman..

"Kak..Akak kata Fahmi yang selamatkan mertua Neya,habis tu kemana Fahmi sekarang?"tanya Neya dan Alana juga seakan mencari Fahmi setelah menyedari lelaki itu tiada disitu..

"Fahmi sedang dermakan darah dia untuk uncle.."jawab Alina dan Neya serta Alana kini sama-sama mendoakan agar Tan Sri Hassan cepat diketahui keadaannya..Tapi tanpa mereka sedari wajah Hilman berubah..Keningnya bertaut mendengar ucapan dari Alina dan beberapa ketika pintu bilik pembedahan terbuka..Seorang doktor lelaki yang usianya anggaran empat puluhan keluar dengan wajah yang cukup datar..

"Su-suami saya macam mana??"

"Papa saya selamatkan ?"

Doktor tersebut kemudian membuka penutup muka yang dia pakai dan membuka sarung tangan khasnya..Dia lalu melihat kearah Puan Sri Rosnah dan Hilman bergantian..

"Saat ini pesakit masih belum melepasi tahap kritikalnya..Saya harap kamu semua berdoa agar dia berjaya melepasi masa-masa kritikal tersebut..Untuk sebarang lanjutan kita kena tunggu tindak balas dari pesakit..Saat ini kami akan menempatkan dia di unit ICU dulu..Kami akan pantau keadaan dia.."ucapnya dengan wajah yang tetap datar

"Sa-saya boleh jumpa suami saya kan??"tnaya Puan Sri Rosnah dengan mata berairnya.

"Maafkan saya tapi saat ini kami tidak membenarkan sesiapa pun menjenguk beliau..Kamu hanya boleh pantau dia dari luar.."jawab doktor itu lagi

"Tapi sampai bila?"kini Hilman lagi bertanya

"Sampai pesakit sudah melepasi masa kritikalnya..Kalau semua sudah jelas dan tiada lagi soalan,izinkn saya untuk pergi..Kalau ada apa-apa kamu boleh tanya jururawat dan boleh ke ruang kerja saya"jawab doktor tersebut lalu meninggalkan mereka..Wajahnya sedikit berubah dan terlihat kepenatan..
.
.
.
.
Dengan langkah kaki lemah Hilman berjalan menelusuri koridor hospital tersebut..Dalam fikirannya ada bermacam jenis persoalan dan harapan..Dia berharap sangat semua sesuai jangkaannya..Wajahnya juga terlihat sangat kepenatan..Saat dia tiba di depan bilik rawatan sang ayah dia terlihat isterinya,mamanya,Alana dan Nuqman yang setia duduk di depan bilik rawatan papanya..

Hilman Aydan S3 (OG)Where stories live. Discover now