Di suatu malam. Khairi sedang berada di kelab sedang memegang segelas minuman keras di tangan nya. Sedang Khairi hendak minum minuman tersebut,terlintas tiba tiba di fikiran nya "adakah perbuatan yang aku buat ini betul?, kenapa aku tak pernah menyesal buat benda ni?" Kawan Khairi yang berada di sekeliling nya pun hairan melihat Khairi yang mengelamun seketika.
Zul kawan nya pun bertanya
(Ko asal khairi,fikir awek ke tu?)
Khairi diam.
Setelah itu khairi tiba tiba bersuara
(Aku terfikir,bende kita buat ni tak dosa ke?)
Zul membalas (hadeh dulu mula mula buat asal kau tak soal tak fikir,sekarang tiba tiba nak berubah? HAHAHAAHAHA) *zul tergelak gelak*
Khairi pun terus berdiri dan keluar dari kelab tersebut dan menunggangi motor nya. Di dalam perjalanan Khairi terdetik untuk ke masjid,Khairi ke masjid kerana terlihat adik nya Khalil berada di sana sedang bersembang santai dengan jemaah masjid dan tok imam.
Khairi berniat untuk ke masjid namun dia membatalkan niat nya kerana terdapat jemaah jemaah di sana. Khairi berasa segan kerana penampilan dia dan kehadiran dia ke masjid tersebut pun jarang,kalau pergi pun sekedar menghantar adik nya Khalil atau ibu mereka.Semasa Khairi hendak pergi,khalil ternampak khairi,dengan pantas khalil menjerit memanggil abang nya.
Khairi terdengar suara adik nya memanggil nya. Khairi pun berpatah balik ke masjid.Melihat Khairi abang nya ke masjid khalil pun sungguh gembira,kerana bagi Khalil hidayah Allah SWT mungkin sudah tiba kepada jiwa Khairi. Tok imam turut gembira berserta orang kampung pun dengan ramah menyapa Khairi.
Khairi menghampiri mereka, khairi di pelawa duduk bersama sambil di hidangkan kopi o berserta roti cream cracker. Tok Imam pun memulakan perbualan
(Alhamdulillah Khairi kau ke masjid malam ni,jarang nampak engkau,selalu Khalil seorang je)
Khairi membalas (ye lah tok imam,saya ni bukan orang alim,saya banyak buat dosa,nak pi mesjid pun malu,bukan malu dengan orang orang je,saya malu dengan tuhan jugak,nak ke Allah Ta'ala ampun dosa saya ni)Khalil membalas (innallah ha yuhibbut tawwaabiin, sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang bertaubat.)
Balas tok imam (benar,Allah juga berfirman dalam surah az zumar ayat 53.
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'")
Sedang mereka berbicara tiba tiba muncul seorang pemuda bersuara.
"ORANG MACAM KAU BERTAUBAT PUN TAK BERGUNA, TEMPAT KAU MEMANG KAT NERAKA,INGAT TUHAN NAK TERIMA KE TOBAT ENGKAU AH?
-bersambung-
YOU ARE READING
Belum Terlambat
SpiritualMenceritakan kisah hijrah Khairi yang dahulu seorang ahli maksiat sedang mencari jalan hidayyah Sahih Muslim, Kitab 50, Hadith 2749: Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda: "Allah yang Maha Tinggi dan Mulia berfirman: 'Wahai anak Adam, selagi mana kamu memanggi...