Bab 38 🔥

6K 222 16
                                    


"No! Along tak boleh tidur sini. Pergi tidur bilik tetamu dekat bawah" halau Puan Aydini apabila dia dapat menangkap cubaan Aayden untuk tidur bersama dengan Camelia.

Aayden memeluk tubuh dengan wajah yang cemberut. Dia mengecilkan mata memerhati Puan Aydini yang berdiri dihadapan pintu bilik Camelia.

"Alah along janji, along tidur je. Along tahu lah Camelia habis berpantang esok kan?" Aayden masih belum berputus asa.

Camelia yang mendengar daripada dalam bilik hanya tertawa kecil sahaja sambil menyusu Carissa. Sudah masuk hari yang ke 43 dia berpantang.

"Mummy tak percayakan along. Esok pun tak boleh lagi. Mummy nak along berpuasa selama 100 hari" kata Puan Aydini.

Terbuntang mata Aayden mendengar yang dia kena berpuasa selama 100 hari. Ini tak boleh dibiarkan!

"Mana boleh mummy, Camelia berpantang 44 hari je kan? Kenapa mummy tambah lagi 56 hari tu?" balas Aayden.

Puan Aydini sembunyi senyum. Dia sengaja mengusik anak lelakinya yang seorang ini. Biarkan, asyik nak berkepit aje dengan isteri.

"56 hari tu untuk Camelia betul-betul kuatkan balik badan dia. Alah 100 hari je pun along. Daddy dulu setahun tau berpuasa" sengaja Puan Aydini menyebut nama suaminya apabila melihat suaminya yang baru sahaja sampai di tingkat atas.

Puan Aydini mengenyit sebelah mata memberi isyarat supaya mengiyakan sahaja. Tuan Nadzir menggeleng kecil lalu menyokong kenyataan isterinya.

"Betul along, dulu daddy setahun puasa sebab mummy taknak umur korang dekat sangat" sokong Tuan Nadzir.

Aayden memeluk tubuh di hadapan kedua ibu bapanya dan sedaya upaya menayang wajah simpati. Tolonglah mummy, Aayden rindu nak bau isteri Aayden huaaaa.

"Mummy please? Mummy tak kesian dekat along ke? Along tak boleh tidur lena tanpa Camelia disisi. Along janji, kalau Camelia mengandung sebelum kembar berusia 5-6 bulan. Mummy boleh...err piat telinga along hehe" pujuk Aayden.

Tuan Nadzir mendekati Puan Aydini dan menarik tangan isterinya. Yang ini pun kuat mengusik. 

"Sudah-sudah lah tu mummynya, kang Camelia tak mengandung, awak yang mengandung abang buat" kata Tuan Nadzir sambil menjeling dengan hujung mata.

Aayden berdehem dan berpura-pura batuk. Daddy nakal eh. Patut turun dekat anak-anak.

"Daddy behave eh, along piat telinga daddy nanti" kata Aayden lalu dengan selamba masuk kedalam bilik. 

Puan Aydini menepuk dada suaminya kerana geram.

"Abang jangan nak mengada eh, tidur luar malam ni hmph" merajuk Puan Aydini lalu turun ke tingkat bawah.

Tersengih Tuan Nadzir. Kemain suruh kita tidur luar, nanti dia juga yang datang senyap-senyap. Ngap baru tahu mummy hot ni.

♾️🦋♾️

Aayden mencium dahi dan pipi kedua-dua anaknya dengan penuh kasih sayang. Geram dia melihat pipi Carissa yang semakin membulat.

"Comel betul Carissa ni, betul-betul kembar mama eh. Perangai pun macam mama, senyum je memanjang" Aayden melarikan jarinya di pipi mulus gebu Carissa.

"Rizqin pula turun perangai papa. Nak senyum pun susah kalau dengan orang lain. Dengan mama dia kemain gatal" sampuk Camelia yang datang dari belakang.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now