Raisya membuang langkah menuju ke arah ruangan yang menempatkan bilik Farhan. Dari jauh, anak matanya menangkap sosok gadis yang tidak dikenalinya di meja pembantu peribadi Farhan yang sepatutnya figura Nazrin berada.
Adakah suaminya sudah ada pembantu peribadi yang baru? Tapi Farhan tak pernah cerita apapun pada dia.
“Hi...” Suara Raisya menyedarkan Marissa yang mana matanya sedari tadi lagi terpaku diatas meja menatap fail yang Farhan minta dia semak.
“You ni siapa? Nazrin mana?” Soal Raisya penasaran. Bola matanya merayap mencari kelibat ‘best friend' merangkap PA tangkap muat suaminya.
“Saya Marissa. Pembantu peribadi Encik Farhan yang baru. Encik Nazrin dah mulakan balik kerja ID dia. Puan Raisya nak jumpa Encik Farhan ke?” Marissa memperkenalkan diri pada isteri si big boss.
Cantik! Dia pernah nampak isteri majikannya itu masa dinner di syarikat lama tempat dia bekerja sebelumnya. Tapi cuma dari jauhlah. Selalunya dia tengok Raisya tu dalam majalah sahaja. Dalam gambar pun cantik orangnya. Ternyata, di luar lagi cantik walaupun kelihatan raut wajahnya agak garang.
“Yes. Dia ada di ofis kan?” Soal Raisya pendek.
“Ada. Tapi Encik Farhan tengah meeting dengan QS. Kejap saya interkom dulu.”
“Encik Farhan...”
“Yes, Rissa...anything?”
“Puan Raisya datang ofis. Dia nak jumpa Encik.” Marissa segera menggabarkan kedatangan isteri si big boss.
“You suruh dia tunggu lima minit. I nak settlekan discussion sikit lagi.” Marissa mengangguk perlahan mendengar arahan si big boss.
“Okay.”
“Puan, Encik Farhan minta Puan tunggu sekejap. Dia still dalam discussion lagi.” ujar Marissa seraya melemparkan senyuman tipis buat Raisya meskipun senyumannya dipandang sepi tanpa balasan.
“Orait.”
“You dah lama kerja sini?” soal Raisya tidak sekadar berbasa-basi namun lebih kepada rasa penasaran. Kenapa suaminya tak pernah cerita tentang si PA baru di ofis?
“Dah tiga bulan lebih...”
“Umur you berapa?” Raisya menyoal lagi. Di pandangan matanya kelihatan yang PA suaminya itu masih muda.
“Hah?” Marissa angkat kedua-dua keningnya mendengar pertanyaan ‘random’ isteri majikannya. Terasa dia sedang di temuduga sekali lagi.
“I tanya umur you berapa. Sebab you nampak muda sangat.” Raisya ulang kembali soalannya beserta alasan mengapa dia bertanya begitu.
“Saya 23 tahun.”
Betul tebakan Raisya. Gadis yang bernama Marissa ini memang masih muda. Sebaya dengan adik iparnya, Aira.
“Mudanya...you tak further study ke?”
“Sambung. Tapi saya berhenti.” ujar Marissa pendek. Tidak berniat mengulas alasan dia ‘memilih’ untuk tidak meneruskan pengajiannya meskipun dia antara pelajar terbaik sepanjang dua semester dia menuntut di sana.
“Really? Why?” Raisya masih lagi menyoal. Entah kenapa dia kurang senang dengan kehadiran Marissa untuk menguruskan kegiatan suaminya di pejabat.
Marissa tidaklah terlalu cantik atau tinggi sepertinya namun dia rasanya gadis itu punya persona yang tersendiri. Apatah lagi di mendengar suara suaminya yang dirasakan seakan terlalu lembut saat berbicara dengan Marissa.
“Ada masalah peribadi.” Bicara Marissa pendek beserta isyarat tidak mahu soalan itu diperpanjangkan lagi.
Raisya tayang riak menyampah sambil anak matanya dilirik keatas. Dia pun sebenarnya tidak mahu tahu soal peribadi gadis itu.
“Okay whatever. By the way, I nak ingatkan you eh, walaupun you muda dari I tapi I nak warning you supaya jangan goda bos you eh. Kalau I dapat tahu you goda suami I, I cakar muka you!” Dengan lagak sinis Raisya memberi amaran.
“Errr...” Marissa tersenyum kelat. Dia rasa kurang selesa dengan amaran isteri si big boss. Apa Raisya ingat dia hadap sangat ke dekat Encik Farhan tu?
“Rissa, panggil wife I masuk.” mujur Farhan menyelamatkan suasana canggung antara Marissa dan isteri majikannya.
“Okay.” Laju Marissa matikan interkom dari si big boss.
“Puan dah boleh masuk sekarang.”
Raisya mula atur selangkah dua sebelum berpusing kearah Marissa seraya berkata.
“Thanks. Again, ingat pesan I ye, bye...” Terus dia sambung melangkah dengan lenggok seksinya ke arah bilik yang menempatkan suaminya yang bersebelahan dengan meja kerja Marissa.
YOU ARE READING
Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
Romance"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and a...