SIMBAHAN air pada Yusra membuatkan wanita itu tersedar dari pengsan. Basah lencun badannya tatkala dia celik mata dan melihat Raid di hadapannya bersama kaki dan tangannya diikat pada kerusi.
"Dah bangun? Best tidur?" tanya Raid dengan sinis.
"Tan Sri! Tan Sri... saya minta maaf Tan Sri! Saya tak sengaja nak tikam Anggun!" kata Yusra bersungguh-sungguh.
Raid senyum. Dia bangun dari duduk dan berjalan sekeliling Yusra kemudian terus menampar pipi wanita itu dengan kuat.
"Tak sengaja kepala otak kau! Eh, kau dah tikam isteri aku lepas tu selamba badak aje kau lari ya? Kau ingat aku tak boleh cari kau? Celaka!"
"Saya cuma buat silap sekali aje. Selama ni apa saja arahan Tan Sri saya ikut, saya buat dengan sempurna. Maafkanlah saya, Tan Sri! Saya janji lepas ni saya takkan ganggu Anggun lagi! Saya janji!"
"Eh, betina! Selama ni arahan aku senang aje, pisahkan Anggun dengan Emir. Buat Emir jatuh cinta dengan kau dan kau kahwin dengan dia. Itu saja tapi selama empat tahun ni kau tak pernah berjaya halang jantan tu dekat dengan isteri aku! Bodoh!"
"Saya dah buat! Saya dah buat apa yang Tan Sri suruh. Tan Sri suruh saya hancurkan rumah tangga diorang empat tahun dulu, saya buat!"
"Ya, kau berjaya buat Emir ceraikan Anggun tapi selepas empat tahun pun kau masih tak dapat kahwin dengan dia. Aku bagi kau arahan mudah aje, Yusra! Kahwin dengan Emir supaya dia tak kejar isteri aku lagi! Itu saja tapi kau bodoh! Bila tak boleh nak buat kerja, kau pergi tikam Anggun!"
Raid menampar pipi Yusra lagi sehingga bibirnya berdarah.
~~~
Empat tahun dulu...
Knock! Knock!
KETUKAN pintu pejabat Marlia diketuk oleh Suri Hawani. Apabila Marlia menyuruh dirinya masuk, Suri memulas tombol pintu itu dan segera meletakkan dokumen yang Marlia perlukan di atas meja kopi.
"Cik Marlia, ini dokumen yang Cik Marlia minta tu. Saya dah semak, everything is perfect!"
Marlia yang sedang berbincang dengan seorang lelaki di meja kerjanya hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih sebelum meneruskan perbincangan dengan lelaki tersebut.
Suri tidak dapat melihat wajah lelaki itu malah dia turut tidak berminat untuk melihat wajah lelaki itu jadi dia pun terus beredar pergi. Rupanya lelaki itu adalah Tan Sri Iskandar Raid sendiri.
Sewaktu makan tengahari, saat semua staf keluar berehat, Raid yang baru saja selesai menggunakan tandas... terdengar perbualan di antara Suri Hawani dan Emir Hadi di pantri.
Dia pun curi-curi mendengar dan memerhatikan Suri dari jauh. Suri tidak perasan akan hal itu kerana dia sedang khusyuk berbual dengan Emir di dalam panggilan telefon.
"Ya, Suri janji lepas habis kerja nanti... kita pergi makan dekat Restoran Mamak Pelita dan Suri akan teman abang tengok bola dekat situ sekali. Ok?"
Kemudian Suri ketawa.
"Ya, nanti kita bawa anak kita, Tiara tu sekali. Tak bolehlah nak tinggal dia."
Raid terbuai-buai mendengar suara dan gelak tawa Suri apatah lagi saat dia melihat wajah Suri yang cantik itu. Sedang dia terbuai-buai di situ, suara Marlia kedengaran di belakangnya.
YOU ARE READING
The Revival of Love (Completed)
RomansaSuri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir me...