17

21 3 0
                                    

"Nah resit"

Sehelai resit dicampak ke atas katil. Bulat mata Aisyah memandang Hanif. Kening sebelah diangkat tinggi sebaik sahaja dia membaca setiap satu item yang mereka beli di pasar raya pada petang tadi.

"Untuk apa ni?" Tanya Aisyah.

"Untuk kau bayar balik lah," jawab Hanif ringkas.

"Bayar apa? Tak faham lah. Kenapa kena bayar balik?"

Hanif mencekak pinggang. Raut wajah seakan-akan tidak mempercayai soalan yang ditujukan kepada dirinya.

"Haih.... Dah tu? Nak suruh siapa bayar? Tu semua barang-barang yang kauorang beli tadi. Kau ingat, aku nak tampung perbelanjaan seharian kau dengan mak kau?" Jawab Hanif.

Seperti tidak percaya, Aisyah bangun dari duduknya. Apa guna Hanif sebagai suami? Bukan kah tugas seorang suami untuk membiayai perbelanjaan rumah?

"Tu tugas kau. Bukan aku. Kau yang beria nak kahwin dengan aku. Sekarang, nak suruh aku buat split bill method? Memang tak lah," balas Aisyah selamba.

Tak semena-mena, rambut Aisyah ditarik. Tubuhnya dipaksa mendekat. Wajahnya hanya beberapa inci sahaja dengan wajah si suami.

“Apa kau ingat tujuan aku kahwin dengan kau untuk bagi kauorang hidup mewah? Suka suka kauorang je kikis duit aku. Duit aku ni bukan nak bagi kauorang  hidup senang, faham?” Genggaman tangan Hanif semakin kuat.

"Sakit lah, Hanif," rengus Aisyah.

"Mulai dari hari ni, aku tak akan biaya kau kalau kita balik rumah mak kau. Pandai-pandai kau lah keluarkan duit. Aku boleh hantar kau, tapi untuk perbelanjaan, kau tanggung sendiri," putus Hanif.

Tubuh Aisyah ditolak. Malas pula dia mahu menghadap muka wanita itu lama-lama. Menyampah pun ada juga. Kalau Aisyah tak bayar semula, tahu lah dia nak buat apa nanti.

Dia sedar, memang dia yang ingin berkahwin dengan wanita itu. Dan dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Namun, semua itu hanya untuk dia dan Aisyah sahaja. Bukan untuk sesiapa selain mereka berdua.

8 tahun yang lalu...

"Kau ni. Perempuan tu langsung tak pandang kau. Tapi kau still beria nak tunjuk muka depan perempuan tu," Khairul yang baru sahaja menghembus asap rokok mula bersuara.

Dari jauh, kelibat gadis muda itu menjadi tatapan kekal Hanif. Teh ais yang tadinya penuh dengan ais, kini cair membasahi gelas. Senyumannya langsung tak lekang di bibir. Hatinya berbunga-bunga setiap kali melihat Aisyah.

Entah lah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Sukanya dia, Tuhan sahaja yang tahu. Kata-kata daripada rakannya itu tak dipedulikan langsung.

"Aisyah tu dah ada boyfriend lah," ujar Shafiq.

Laju sahaja dia memandang Syafiq yang selamba menghirup Milo ais. Wajah rakannya itu diteliti dengan lebih dalam. Benar kah apa yang dia dengar sekarang ini?

"Sumpah lah? Kau biar betul," tanya Hanif.

"Betul. Aku sendiri pernah nampak dia dengan si budak Aathif tu," jawab Shafiq.

Raut wajahnya berubah. Namun, dia tahu, tak mungkin lah gadis seperti Aisyah itu terjatuh hati dengan lelaki seperti Aathif? Budak hingusan kelas bawahan macam Aathif memang tak layak bercinta dengan mana-mana gadis berpelajaran macam Aisyah.

"Tamat lah riwayat percintaan kau, Nif. Bertepuk sebelah tangan rupanya". Lawak Rahman disambut ketawa kecil daripada Shafiq dan Khairul.

Itu lah. Mereka sudah lama memberitahu hal yang sama kepada Hanif. Berulang kali sehinggakan masing-masing sudah malas nak ambil port.

Setiap kali melepak di Warung Pak Nabil, topik berkenaan Aisyah menjadi pilihan Hanif untuk bersembang. Lantak lah kalau rakan-rakannya marah atau apa, dia tak kesah langsung.

Aisyah. Aisyah. Aisyah.

"Sudah lah, bro. Dia tu dah bahagia dengan orang lain," ujar Rahman.

"Alah, sekejap je tu. Nanti lama-lama dia akan datang dekat aku juga," pangkah Hanif. Rokok Khairul diambil dan disedut dalam.

"Yakin je kau. Entah-entah, muka kau pun dia tak kenal," balas Shafiq pula.

"Sekarang memang lah dia tak pandang. Aku try lah ubah diri aku jadi baik," kata Hanif.

"Baik? Maksud kau, stop merokok, vaping, semua tu?"

"Sekarang aku nampak hodoh kan? Kau tunggu aku pergi KL nanti. Muka aku mesti hensem mengalahkan muka kauorang yang dah macam beruk terlepas," jawab Hanif.

Ketiga-tiga rakannya sudah menjeling. Hanif ni dah gila agaknya. Itu yang cakap ikut sedap mulut je. 

"Eh kau ni. Elok sikit ek. Mak aku kata muka aku macam Shah Rukh Khan tau," kata Rahman.

"Kau jadi hensem macam Leonardo DiCaprio pun, aku guarantee yang Aisyah tak akan pandang kau walau sebelah mata," bida Khairul.

"Kau tengok je nanti. Kalau dia tak datang pun, aku kejar di sampai dapat," Sengih Hanif seperti membawa suatu makna. 

Kini...

Air yang masih mengalir membasahi tubuh dibiarkan. Entah apa yang merasuki dirinya, dia sendiri tidak tahu. Bukan ini caranya untuk dia mengambil hati Aisyah.

Walaupun dahulu kala cintanya ditolak mentah-mentah, sekarang merupakan waktu untuk dia meluahkan segalanya. Dia perlu menceritakan segalanya kepada Aisyah.

Namun, persoalan lain pula yang muncul di minda. Jika dia beritahu segala apa yang dia rasa, adakah Aisyah akan membuka hati untuk menerimanya? Siapa dia untuk memaksa Aisyah mencintai dirinya?

Sudah lah banyak kekurangan. Kalau nak dibandingkan dengan Aisyah, dirinya dan wanita itu ibarat langit dan bumi. Berbeza sungguh perwatakan masing-masing.

Dia menghela nafas perlahan. Bagaimana dia mahu menghadap Aisyah pada setiap hari?

Deringan telefon dari luar kamar mandi membuatkan Hanif menghentikan mandian. Tuala dibalut kemas di pinggang sebelum dia keluar menuju ke katil.

Telefon pintar diangkat. Nombor telefon yang jelas dilabel unknown number membuatkan Hanif mengangkat kening.

'Scammer ke?'

Butang hijau ditekan sebelum dia meletakkan telefon di telinga.

"Hello?"

Tiada suara. Hanya hembusan nafas yang dapat didengar dengan jelas.

"Hello?" Ujar Hanif.

Malas pula mahu berlama-lama. Saat jari ingin menghentikan panggilan, terdengar suara seorang perempuan yang membalas semula panggilannya sebentar tadi.

"Hello? Ya? Ni siapa?" Tanya Hanif bertubi-tubi.

"Hanif?"

Seakan dipanah petir, Hanif diam tak terkata. Dia kenal benar dengan suara perempuan tu. Suara yang sudah dua tahun menghilang tanpa khabar berita.

"Hello?" Panggilan wanita itu tak dijawab. Hanif diam. Dia cuba untuk mengawal perasaan.

"Sorry, wrong number," ujar Hanif.

"Hanif. I kenal suara you. Please, spare me some time to have a conversation with you. I ada benda nak bagitahu you," kata wanita tersebut.

"Aku tak ada masa nak layan kau," balas Hanif sebelum menghentikan panggilan.

Kenapa baru sekarang wanita itu nak memunculkan diri? Setelah apa yang terjadi di antara mereka, baru sekarang wanita itu ingin memberitahu hal yang sebenar?

'Sorry, I am not interested' Getus Hanif sendirian.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now