Bab 39 🔥

5.8K 204 11
                                    


Aaydan terlalu gembira dengan berita kehamilan isterinya. Dia mencium lembut dahi Zara yang sudah tidur lena.

Dia mengambil telefon bimbit dan membuka aplikasi whatsapp. Dia membuka ruangan TWL group chat.

Dia terus mengirim chat kedalam group itu. Saja nak kacau rakan-rakannya.

Me : Assalamualaikum sahabat bebal ku..

Zaidan tak ada perasaan :
Waalaikumussalam ketua bebal.

Arash gila :
Waalaikumussalam, jarang jarang kau
bagi salam. Mimpi apa kau?

Raiyan otot berlebihan :
Waalaikumussalam, tak free, busy chaw.

Haris abang bomba ku :
Waalaikumussalam ushuk asham.

Me : Mana abang kesayangan aku ni? Taknak jawab salam adik ke?!

Aayden si kembar beku :
Hm waalaikumussalam, sibuk jaga anak.

Zaidan tak ada perasaan :
Hek eleh, tahu lah kau je yang dah anak.
Berlagak sial.

Me : Sudah, aku ada benda nak bagitahu dekat korang ni

Aayden si kembar beku :
Teruskan, jangan buang masa.
Aku sibuk.

Aaydan menjuling mata keatas. Tak sportrim betul si beku ni.

Me : Zara mengandung 4 minggu..

Haris abang bomba ku :
Weh tahniah do Dan!
Jadilah bapak yang berguna.

Zaidan tak ada perasaan :
Alhamdulillah, sedar lah sikit diri tu
dah nak jadi bapak orang.

Arash gila :
Tahniah, jangan lupa
letak nama aku kalau anak lelaki.

Raiyan otot berlebihan :
Tahniah, harap anak kau tak terikut
kebebalan kau lah eh.

Aayden si kembar beku :
Tahniah angah, jaga Zara elok-elok.
Camelia kirim salam.

Tersenyum Aaydan membaca ucapan tahniah daripada rakan-rakan baiknya.

Walaupun ucapan masing-masing tidak berapa nak nampak bijak tetapi dia tahu, mereka turut gembira dengan berita yang dia sampaikan.

Dia sendiri juga tidak menyangka bahawa dia akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Habislah anak aku nanti dapat bapak macam ni.

♾️🦋♾️

Gembira hati Nadhira yang baru sahaja keluar dari kedai menjual barangan hantaran kahwin. Penuh tangannya dengan beg plastik berisi dulang hantaran yang akan digubah oleh isteri kepada abang Arash.

Sedang Nadhira tersenyum gembira, langkahnya terhenti apabila melihat seorang gadis yang sedang berusaha untuk memegang tangan Haris.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now