3

3K 12 0
                                    

"mell bangun, dah sampai ni" bisik Diyan lembut sambil memainkan rambut Melissa, "kesian dia tu Diyan, jangan kejut angkat je" kata Melinda ibu kepada Diyan.

"nanti Diyan panggil staff tolong angkat barang kita" kata Diyan yang dibalas anggukan dari Melinda.

Di dalam bilik

Diyan meletakkan Melissa dengan perlahan lahan lalu menyelimutkannya, Melissa yang sudah tersedar pun menarik Diyan untuk menyambung tidurnya.

Diyan dipeluk erat sehingga membuatkan dirinya terkekeh "hahaha you don't bring any plushie and now you want to hug me haa" Melissa yang mendengarnya langsung tidak menghiraukan Diyan tetapi dia tetap memeluk Diyan.

Kerana bilik mereka dan bilik parent mereka terpisah perangai Melissa semakin menjadi jadi.
Diyan juga menutup semua lampu untuk rehat menghilangkan penatnya.

Pada pukul 2 pagi

Diyan terbangun dan terus menggapai jam tangannya yang berada di meja lampu tidur jam sudah pun menunjukkan 2 pagi. Niatnya pada petang tadi hanya untuk berehat sekejap tapi sampai ke malam baru terbangun.

Dia pun masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan kembali ke katil dia mulai membuka laptop untuk menyiapkan kerjanya.

Tiba tiba Melissa terbangun dan duduk dengan tegap, Diyan memandangnya pelik "kenapa adik sakit perut ke?" Melissa hanya memandang perutnya sambil berkata "mel lapar laa, jom beli makanan" kata Melissa sambil bangun dari katil dan mula memegang tangan Diyan.

Diyan hanya tersenyum sambil memeluk Melissa "if everyone say no, abang will always say yes"
Melissa tahu setiap permintaannya Diyan pasti setuju.

Setelah sampai di restoran, Diyan hanya menatap wajah manis seorang gadis di depannya ini, Melissa makan dengan lahap sambil itu dia turut menawarkan Diyan makanannya.

"hehe takpe la sayang, makan je" Diyan pun mengambil tisu untuk lap lebihan makanan yang berada di kawasan bibir Melissa.

Dan pada akhirnya Melissa sudahpun siap makan, Diyan juga telah membayar makanan yang mereka makan di restoran itu.

30 minit kemudian

"wake up sayang kita dah sampai" kata Diyan, Melissa tidak membuka matanya, Diyan terpaksa mengangkat Melissa dan membawanya ke bilik.

Staff hotel sedikit memerhati pergerakan mereka berdua hanya kerana Diyan yang mendukung Melissa dari depan dengan hanya menggunakan satu tangan. Diyan sangat membenci seseorang yang tidak menghormati privasi nya seperti sekarang.

Beberapa hari kemudian, setelah cuti Melissa habis kini dia harus kembali ke kolej seperti biasanya.

Melissa balik ke rumahnya lewat, tidak seperti biasanya kerana pensyarahnya mendenda kelas untuk balik lewat dan juga hujan lebat.

Melissa masuk ke dalam rumah untuk membuka suis lampu tetapi semuanya tidak berfungsi tiba tiba bunyi petir sangat kuat di luar rumah.

Dia mulai ketakutan, kerana angin yang sangat kuat, salah satu pasu bunga yang berada di dalam rumahnya jatuh dan pecah.

Hari mulai gelap tetapi Diyan tidak kunjung pulang, Melissa sudahpun mencuba untuk menelefonnya berkali kali tapi tiada satu pun panggilan yang terjawab.

Tiba tiba kereta mercedes putih milik Diyan memasuki garaj rumah, Melissa cuba mengintai dari dalam rumah, rasa kecewanya sudah memberat terhadap Diyan yang kurang peka.

Diyan pun membuka pintu rumah, dia mencari Melissa di sekeliling rumah, namun tidak dijumpainya sehinggalah dia naik ke biliknya dan terbunyi suara isakan Melissa dari dalam bilik air.

"sayang sayang oh my god, I'm so sorryy phone abang habis battery" kata Diyan yang hanya dibalas renungan oleh Melissa tubuhnya masih lagi bergetar.

Diyan memeluknya erat, "tak apa sayang, marah first, marah la abang" kata Diyan yang cuba melegakan hati Melissa

My Nerd Step BrotherWhere stories live. Discover now