Pagi yang indah dengan ditemani kicauan burung yang sudah mulai keluar untuk mencari rezeki. Qaisara Mailana, gadis berumur 21 tahun itu terganggu dari tidurnya apabila jam disampingnya berbunyi menandakan waktu tidurnya sudah tamat, sekarang waktunya untuk menjalani kehidupan.
"Awal pulak kau bangun hari ni, bukan ke bila nak masuk petang baru kau sedar?" sindiran halus dari qaisara untuk bestfriend dia yang bernama Nur Nadierah itu.
"Aku ada interview hari ni jadi kena lah bangun awal . Peluang ni tak boleh dilepaskan sebab syarikat yang akan aku pergi ni adalah syarikat yang ternama dan famous. Siapa yang tak nak, confirm tak betul orang tu."
Qaisara memandang wajah sahabatnya itu dengan penuh teliti, mulai atas sampai ke bawah. Nadierah tertanya-tanya kenapa dengan sahabatnya ni? Apa masalah sahabatnya ni, kenapa pandang dia macam tu? Ada sesuatu ke kat muka dia? Atau..Dia terlihat cantik?
"Kau kenapa ni Sara pandang muka aku macam tu? Ye, aku tahu dan aku sedar yang aku ni cantik tapi jangan lah tengok macam tu naik malu aku dibuatnya." dengan yakinnya Nadierah berkata sedemikian tanpa tahu apa makna dari pandangan Qaisara yang sebenarnya.
"Aku pun tak nafikan yang kau memang cantik, tapi bukan tu yang pandangan aku maksudkan. Aku pandang kau sebab aku tengah risau, kau kan bangun lambat walaupun tak selalu. Tapi cuba bayangkan if satu hari tu kau bangun lambat." Qaisara cuba untuk menakut-nakutkan Nadierah.
"Sara, kau tengokkan betapa semangatnya aku bangun awal hari ni tapi kau pulak cakap macam tu," rungut Nadierah dengan bibirnya yang muncung macam itik.
Qaisara ketawa halus, "Aku gurau jelah Die kau janganlah nak buat mulut itik macam tu. Tak cantik nanti, perempuan cantik mana boleh jadi itik," ucap Qaisara dengan sedikit mencuit pinggang sahabatnya Nadierah.
"Ish Sara, apa pulak samakan aku dengan itik."
"By the way, tadi tu aku nasihat je. Dah kau pergilah bersiap nanti lambat pulak. Kalau kau nak makan, aku dah masak time subuh tadi lauknya ada kat atas meja tu kau boleh panaskan kalau nak makan." Qaisara terus bangun dari sofa dan mengambil totebag nya. Agaknya nak kemana ye?
Nadierah yang melihat sedemikian terus bertanya.
"Eh Sara, kau nak pergi mana awal pagi macam ni?" Qaisara berhenti dan terus memusingkan badannya menghadap Nadierah, sahabatnya itu.
"Aku nak ke rumah abah aku, katanya nak bincang sesuatu yang penting. Aku pun tak tahu apa yang penting sangat sampai minta aku datang pagi-pagi macam ni. Aku pergi dulu ya, kau keluar jangan lupa kunci pintu jangan risau, dengan aku ada kunci pendua. Bye." Kata Qaisara dan terus laju berjalan meninggalkan Nadierah yang belum sempat membalas 'bye'.
𓍢ִ໋🌷͙֒𓍢ִ໋🌷͙֒
Sampai sahaja dirumah abahnya, Encik Mohd Abdul, Qaisara Mailana keluar dari kereta Axianya yang diparkir betul-betul dihadapan rumah. "Assalamualaikum abah." Salam dari Qaisara sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. "Waalaikumussalam, haa adik masuklah," salam dijawab oleh ibunya, Cik Hajar.
"Ibu, tak pergi meniaga harini?" tanya qaisara yang pelik kenapa ibunya tak keluar meniaga hari ni.
"Abah, cakap ada hal penting nak bincang minta ibu ada sekali," balas Cik Hajar kepada anak perempuan bongsunya itu. Asik bersembang dengan anak perempuan bongsu, datang satu suara yang cukup mereka tahu siapa pemilik suara tersebut.
"Adik, bila sampai?" Encik Mohd Abdul muncul secara tiba-tiba.
Qaisara jalan menuju ke abahnya itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "Baru je sampai abah." Qaisara mengukirkan senyuman kepada sang abah dengan tangan yang tidak lepas-lepas digenggamnya.
"Mari duduk, abah nak bincang hal yang penting dengan adik." Mengerut dahi sang anak, qaisara. apa yang penting sangat abah ni. "Kamu kenalkan dengan Puan Fatimah Syarha?" Encik Mohd Abdul bersuara lagi.
Setelah lama berfikir, Qaisara menjawab "Kenal abah, nenek kepada Razaleigh Shah kan abah?"
"Ya, Razaleigh Shah."
"Kenapa dengan dia abah...Eh bukan! maksud adik, kenapa dengan nek Fatimah? Nek Fatimah sakit ke?"
"Bukan..." tersenyum saja Encik Mohd Abdul bila melihat wajah anaknya Qaisara itu.
"Nek Fatimah alhamdulillah sampai sekarang masih sihat walaupun sudah berumur. Cumanya, hari tu masa abah nak hantar kek lapis ibu adik kat rumah nek Fatimah, nek Fatimah ada ajak abah berbincang dengan dia." Sambil berkata, sambil senyum kearah anak bongsu kesayangannya itu.
"Nek Fatimah ajak abah bincang apa? Nek Fatimah nak ajak abah buat business dengan dia ke? Wahh abah!! Berita baik ni, terima je abah adik dan ibu setuju, kan ib-"
Belum sempat Qaisara habis berkata, percakapan teruja Qaisara dipotong oleh abahnya. "Bukan abah, tapi Qaisara." Muka teruja Qaisara terus hilang dan wajahnya berpaling melihat ibunya. "Maksud abah?" tanpa membuang waktu, Qaisara terus bertanya.
"Maksud abah, nek Fatimah dia bagitahu abah yang dia nak jadikan adik sebagai cucu menantunya." Dengan wajah yang benar-benar terkejut itu, Qaisara rasa jantung dia ingin melompat keluar. 'berbincangan penting apakah ini?'
"Abah apeni, ibu..." dia benar-benar cuak sekarang, kenapa takdirnya tertulis begini. "Kalau nek Fatimah nak jadikan adik sebagai cucu menantu dia itu bermakna adik akan kahwin dengan Razaleigh .Takde lelaki lain, hanya Razaleigh je cucu tunggal nek Fatimah. Abah, kalau adik kahwin dengan Razaleigh kami takkan bahagia sebab kami tak mencintai satu sama lain," sambungnya lagi. Apa lagi alasan yang dia mampu beri kecuali dengan alasan tu, abah dan ibunya tidak boleh tahu hubungan sebenar dia dengan Razaleigh Shah.
"Tapi abah dengan ibu kamu pun dulu tak saling kenal, atok dan maktok kamu yang kenalkan kami lalu satukan abah dengan ibu. Tengok bahagia, dapat 2 anak lagi," kata abahnya untuk meyakinkan Qaisara bahawa cinta itu boleh dipupuk.
Hati Qaisara sudah bergetar menahan debaran, tunggu saat air mata ingin jatuh sahaja ni. "Tapi abah, zaman abah ibu dan Qaisara tak sama. Abah ibu, adik tak boleh nak terima abah, adik tak cintakan Razaleigh dah adik jugak yakin yang Razaleigh pun tak cintakan adik."
Encik Mohd Abdul memandang isterinya, Cik Hajar apabila mendengar Qaisara berkata begitu. "Qaisara, abah bukan ingin memaksa kamu tapi adik ingatkan segala pengorbanan nek Fatimah kepada adik? Segala kos ditanggung oleh nek Fatimah. Abah dan ibu ni ada apa je dulu nak dibandingkan sekarang,"
Bila difikirkan balik, semua yang dikata abahnya adalah betul. Kalau bukan kerana nek Fatimah, mungkin dia takkan dapat sambung belajar di Universiti impian dia. "Adik ingat abah..." perlahan sahaja Qaisara berbicara namun masih didengari abah dan ibunya.
"Abah bagi masa kat adik 1 minggu boleh untuk adik fikirkan semua ni?" kata Qaisara lagi. Dengar sahaja perkataan itu diungkap oleh Qaisara, abahnya tersenyum. "Baik adik. Adik fikirkan dulu ye, ambillah masa sebanyak mana yang adik nak. Maafkan abah kalau abah terlebih mendesak adik tadi."
Bersambung...
- 𝓣𝓱𝓪𝓷𝓴 𝔂𝓸𝓾 𝓯𝓸𝓻 𝓻𝓮𝓪𝓭𝓲𝓷𝓰, 𝓼𝓮𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓽𝓱𝓮 𝓷𝓮𝔁𝓽 𝓮𝓹𝓲𝓼𝓸𝓭𝓮𝓮 ꨄ︎
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
Literatura faktuRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...