3 tahun kemudian ...
Camelia membuka pintu utama rumah dan memberi salam sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Mengaduh sakit Camelia apabila kakinya terpijak mainan anak-anaknya.
Terus dia menunduk kebawah melihat kereta mainan Rizqin yang bertaburan di atas lantai berhadapan pintu utama.
"Ya Allah, kenapa mainan bersepah sampai depan pintu ni?" beleter Camelia sambil membengkokkan lutut untuk mencangkung.
"Ma dont!" terberhenti langkah Camelia apabila mendengar jeritan Rizqin.
Rizqin terus berlari ke arah Camelia dan menggoyang-goyang tangannya tanda jangan mencangkung.
"Anti pa awah" kata Rizqin sambil memeluk kaki Camelia. ( Nanti papa marah )
Camelia mengemam bibir menahan senyum melihat sikap protective anak sulungnya. Betul-betul ikut perangai papa.
"Kenapa Qin biarkan mainan bersepah macam ni sayang? Kan mama dah pesan, kalau dah tak nak main kena simpan dekat mana?" soal Camelia sambil memegang tangan Rizqin.
Dia membawa Rizqin ke sofa dan melabuhkan punggung di situ. Rizqin naik memanjat ke atas sofa.
"Akul" balas Rizqin. ( Bakul )
"Pandai pun anak mama, sekarang mama nak Qin kutip mainan letak dalam bakul boleh?" lembut suara Camelia mengajar anaknya.
Rizqin mengangguk laju dan terus turun dari sofa dengan menurunkan kaki terlebih dahulu. Dia berlari ke arah pintu dan mengutip kereta mainannya.
"Ma!" jerit Carissa yang berada dalam dukungan Aayden. Aayden membawa Carissa dan Aysar turun dari tingkat atas setelah memandikan anak-anaknya.
Aayden terus menuju ke ara sofa yang Camelia duduki. Dia melabuhkan punggung disebelah Camelia.
Riyadh Aysar anak ketiga mereka yang hadir didalam rahim Camelia ketika abang dan kakaknya baru sahaja berusia 6 bulan.
Dan sekarang, Aysar sudah berusia 2 tahun 6 bulan manakala Riqzin dan Carissa berusia 3 tahun 9 bulan.
"Macam mana check up? Doktor ada cakap apa-apa tak?" soal Aayden sambil mencium lembut pipi tembam isterinya.
Tersenyum Camelia mendapat ciuman daripada sang suami. Sejak mengandung anak mereka yang ke empat ini, makin mengada pulak perangainya.
"Doktor cakap mama kena kurangkan minum dan makan manis lah papa. Kandungan gula dalam badan mama tinggi, tak elok untuk baby" ujar Camelia sambil mengusap perutnya yang memboyot.
Ya kawan-kawan, Camelia sedang menghitung hari untuk masuk ke bulan yang ke 9. Sekarang dia sudah sarat mengandung anak ke empat mereka.
Aayden menurunkan Carissa dan Aysar di atas karpet apabila anak-anaknya itu merengek mahu bermain dengan abangnya.
Carissa terus berlari ke arah abang kesayangannya dan mengacau abangnya seperti selalu. Manakala Aysar terus mencapai botol susu dan berbaring di atas karpet.
Aayden mengusap kepala Camelia. Hari ini merupakan hari terakhir Camelia melakukan check up sebelum masuk bulan yang ke 9.
Kebetulan Zara juga mempunyai temu janji dengan doktor hari ini, jadi Aaydan menawarkan diri untuk menumpangkan Camelia.
Dia ditugaskan untuk menjaga anak-anaknya di rumah. Biasalah kalau papa yang jaga, huru hara lah sikit keadaan rumah tu hehe.
"Papa akan jaga pemakanan mama okay sebelum bersalin ni. No more ice cream, no more chocolate" kata Aayden.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...