Part 39

368 26 0
                                    

I'm back. Memandangkan min dh settle kerja min, kita sambung menulis. Part kali ni sebenarnya pasal mimpi min jumpa dgn freen, so min jadikan kenyataan dlm cerita je la. Korang nak percaya atau x, terpulang.

Noey, Irin, Becky dan Freen kini berada di dalam kereta membelah kota bandaraya menuju ke salah satu mall. Noey dan Irin memaksa mereka semua untuk balik dari percutian mereka untuk menjalankan misi yang dirancang.

"Noey, kenapa kena balik awal. Aku tak puas hatilah. Kita rancang berapa hari. Ni x sampai 3 malam kau dah paksa balik." Becky masih tidak berpuas hati. Dari semalam dia menggerutu kesal terhadap Irin dan Noey.

Ketika pagi menjelang, Becky sedang asyik berjemur di tepi pantai melihat pemandangan laut yang sangat indah dan tenang. Namun ketika dia balik ke villa, Noey dan Irin sudahpun siap dengan luggage di sisi dan memaksanya untuk berkemas. Hasilnya, dia hanya boleh patuh.

"Relax ja Bec. Aku ada plan untuk problem kau." Balas Noey yang memandang Becky melalui cermin tengah lalu mengisyaratkan pada Freen.

Becky yang memahami maksud Noey hanya mengangguk faham. Freen pula sedari tadi hanya memandang ke arah luar. Dia masih saja mendiamkan Becky. Ego yang tinggi setinggi menara masih dipertahankan.

Sampai sahaja di mall, Irin dan Freen jalan masuk terlebih dahulu diikuti Noey dan Becky.

"Bec, kau nak tau, idola kau ada event kat sini" Ucap Noey yang dapat didengari oleh Freen dan Irin.

"WHAT? Seriously? Dekat sini? Mana, mana. Jom2. Kau ni lambatlah nanti tak boleh duduk depan. Jom." Terdengar saja mengenai idolnya, Becky seperti bukan dirinya. Dia lebih excited dan lebih bersemangat. Becky menarik tangan Noey dan berjalan lebih cepat membuatkan dia memotong Freen dan Irin.

Freen yang melihat Becky berjalan dengan cepat memandang pelik.

"Idola? Siapa idola dia? Kenapa aku tak tau." Freen bergumam sendiri namun didengari Irin.

"Becky minat seorang actress ni. Aku pun tak tau sejak bila. Tapi beberapa tahun lepas setiap kali dia meeting dekat luar, and tiba2 dia nmpk ada event, terus dia tak masuk office. Dia boleh duduk situ tunggu idola dia habiskan event." Terang Irin. Freen mengangguk faham lalu kembali bertanya tentang gerangan idol kekasihnya itu.

"Siapa nama dia?"

"Sah kau terkejut kalau dengar." Ucap Irin dengan sedikit ketawa.

"Kenapa?" - Freen

"Freen chankimha. Kebetulan kan."

Freen yang mendengar automatik mulutnya ternganga tidak percaya.

"What? Freen? Nama dia Freen." Suara Freen kini sedikit tinggi. Orang sekeliling yang lalu lalang melihat ke arahnya.

"Yup." Jawab Irin selamba.

"Jom ikut diorang. Aku nak tengok si Freen tu." Freen menarik tangan Irin dan berjalan dengan cepat mengejar Becky dan Noey.

"Eloklah dua merpati ni. Suka betul tarik2 tangan." Gumam Irin dalam hati. Pasrah tangannya ditarik Freen. Entah dia tahu tujuannya atau tidak, Irin hanya mengikuti langkah Freen.

Sementara itu, Becky dan Noey yang sudahpun tiba di lokasi, dengan cepat mencari tempat untuk diduduki.

"Noeyyy kita dapat tempat. Tak sabar nak tengok. Kau teman aku tau." Becky menggenggam kedua tangannya dengan senyuman yang masih di bibir

"Lah. Dah hilang dah muka garang dia. Selalunya senyumpun susah. Ni sampai ke telinga." Noey memandang Becky yang masih lagi tersenyum memandang sekeliling.

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now