‧͙⁺˚*・༓☾ BAB 10 ☽༓・*˚⁺‧͙

29 8 0
                                    


                GITAR yang berada di tepi rak buku itu diambil oleh Dahlia. Sudah lama dia tidak menggunakan gitar pemberian daripada papanya. Maklumlah... Kebelakangan ini, dia sibuk dengan pembelajarannya, kehidupannya dan juga sibuk mencuri hati si pelukis jalanan. Ops! Terlepas!

IPad dicapai sebelum ikon YouTube ditekan. Sebuah video yang menayangkan lirik lagu itu dimainkan.

"Katakan cinta bila kau cinta" nyanyi Dahlia sambil tali pada gitar tersebut dipetik-petik.

"Hati ini meminta"

"Kau lebih dari teman berbagi"

"Jadi kekasihku saja"

Dahlia menahan nafasnya sejenak sebelum lagu tersebut kembali dinyanyikan.

"Cinta katakan cinta"

"Hati ini meminta"

"Kau lebih dari teman berbagi"

"Jadilah kekasihku, Haider Akashah..."

Dahlia menekup mulutnya. Dia tersenyum-senyum sebelum menepuk-nepuk pahanya. Gila? Ya! Dia sudah gila dengan si pelukis jalanan tersebut.

"Apa yang bising-bising ni...?" soal Zara sambil menggosok-gosok matanya.

"Tak ada apa" balas Dahlia pula sebelum tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Kau tak masuk kelas ke?" tanya Zara pula.

"Holiday, beb" balas Dahlia sebelum tersenyum.

"Dahlah. Aku nak keluar kejap" ujar Dahlia sebelum menyimpan gitarnya serta IPadnya di tempatnya semula.

"Kau kerap keluar lah kebelakangan ni" balas Zara sambil memandang Dahlia yang sedang memperbetulkan begnya itu. Namun, Dahlia hanya membalas kata-kata kawan baiknya itu dengan senyuman. Dia terus melangkah keluar dari biliknya. Zara yang masih tercegat di situ ditinggalkan begitu sahaja.

SEPERTI biasa. Dimana motornya akan berhenti? Sudah tentulah di tasik tersebut! Sekali lagi, dia mencari-cari kelibat Haider. Tempat yang selalu diduduki oleh lelaki itu dipandang. Rachael? Apa yang remaja itu buat di situ seorang diri?

"Rachael?" sapa Dahlia sebelum menjenguk perbuatan remaja itu.

"Um, yes?" balas Rachael pula sebelum berpaling muka ke arah Dahlia. Pada mukanya, terdapat kesan cat.

"What are you doing?" tanya Dahlia pula.

"Painting. Abang Akashah once taught me how to paint" kata Rachael sebelum mengangkat tinggi lukisannya yang belum siap untuk dipertontonkan kepada Dahlia. Dahlia hanya mengangguk dengan wajah yang kosong.

'Ekeleh... Ajar budak ni je? Tak ajar aku pun!' jerit Dahlia di dalam hati. Jealous? Of course! This is Dahlia Carissa!

"Where's Haider?" soal Dahlia sambil memandang sekeliling.

"I don't know" balas Rachael.

Dahlia hanya menjelingkan matanya tanpa pengetahuan remaja itu. Dia melabuhkan punggung pada bangku tersebut.

"Hey, can I ask you something?" tanya Dahlia sambil tersipu-sipu malu.

Rachael yang sibuk melukis itu dengan cepat berpaling ke arah Dahlia. Dia dengan cepat mengangguk kepalanya.

"If I confess to my crush, will he accept it? Or... He will reject it?" soal Dahlia. Rachael yang sedang meneguk air kosong itu terus tersembur keluar airnya. Biar betul?!

"You have a crush? Who?!"

"A... A boy in the same university as me" bohong Dahlia.

Rachael terus mengemas alatan melukisnya sebelum memandang Dahlia dengan pandangan yang seakan-akan tidak percaya. Dia duduk tepat di hadapan gadis itu.

"I have had this experience. I once confessed to my crush... but he didn't accept it at all and don't even refuse. He said, he considers me nothing more than a bestfriend" ujar Rachael sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.

"Hurt? Yes... It's hurt me so much. But, the pain was gone in less than a week. Since then, I have also considered him as a friend. Out of the blue, the pain come again when i saw him talking with other girl" luah Rachael.

"So... Moral of the story, not everything we want we will be able to have and it is not impossible if everything we have will disappear just like that. But, if you want to confess your true feelings to him, just do that. Maybe today was your luck and he will accept your confession" kata Rachael. Dia sempat menyelitkan kata-kata semangat di dalam kisah sedih yang pernah dialami olehnya.

"Thanks for the motivation. I'm sorry for you. I hope, you will find another kind guy one day" balas Dahlia sebelum tersenyum ke arah remaja itu. Masing-masing berbalas kata-kata semangat.

"Okay. Bye, Akak Lia! I have a work to do at home! Bye, bye!" kata Rachael sambil berlari-lari anak. Sempat lagi dia melambaikan tangan berkali-kali kepada Dahlia.

              




  

            DAHLIA memandang lelaki yang sedang duduk di hadapannya sambil sibuk dengan lukisannya. Haih... Kenapa tempat ini juga yang dipilih olehnya?

"Can we meet? I have something to tell you" tanya Dahlia dari panggilan telefon.

Lelaki yang ditelefon olehnya itu berdiam diri sejenak sebelum berdehem dengan lembut.

"Where?" tanya Haider.

"Um... Anywhere you like" balas Dahlia pula.

"Okay. Fairy Garden Cafe at 9am. Assalamualaikum" balas Haider sebelum panggilan telefon itu ditamatkan.

"Awak? Dah dah lah tu..." omel Dahlia dengan nada suara yang perlahan. Takut juga dia jikalau lelaki itu mendengar omelannya.

"Apa yang kau nak cakap?" tanya Haider. Walaupun penggunaan 'kau' itu seperti kasar, namun suaranya masih lemah-lembut dan sopan.

"Saya... Saya sebenarnya... Suka awak..." luah Dahlia sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.

Haider hanya beriak tenang. Dia memperbetulkan kaca matanya sebelum memandang tepat ke arah gadis di hadapannya. Macam mana riak muka lelaki itu sekarang?

Terkejut? Tak.

Gembira? Tak.

Marah? Tak.

Sedih? Lagilah tak!

Riak mukanya bagaikan sungai. Tenang.

"I like your eyes. I like your smile. I like your attitude. I like your personality. I like everything about you!" jerit Dahlia dengan penuh keyakinan.

"Let's get married. I really like you" luah Dahlia sekali lagi tanpa secebis pun rasa malu.

"I'm sorry, lady. I'm not in the same level as you, Tengku Dahlia Carissa binti Tengku Zafrel Arash" balas Haider. Nama penuh gadis itu sengaja ditekan.

"You know my dad name?" tanya Dahlia, tidak percaya.

"Who doesn't know him? Everyone know him. The CEO of De Ridz company" balas Haider pula. Anak jutawan... Siapa aje tak kenal?



P/S: sy noob bahasa omputeh ni. Translate je tu :>

Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update) Where stories live. Discover now