WHITE ROSES

323 17 0
                                    

Author's POV

"Err Lola..nak pergi mana ni kelam kabut semacam je?"

Berkerut Dorin melihat Lola yang berlari kehulu dan kehilir semenjak tadi.Siap kan Alex dan Avelyn selepas itu dia pula yang bersiap.

"Tuan...maaf saya dah lambat.Bas nak ke hospital pukul 11 ni.Puan minta hantarkan Ipad.Saya pergi dulu ya"

Lola menyarung kasutnya pantas.Tidak betah untuk ketinggalan bas untuk kali ini.Lagi pula dia tidak mahu bertembung dengan Andrew.Kebetulan dia mengalami senggugut.Dia berada di dalam mood yang tidak baik.Bimbang nanti dia akan memberikan jurus kakashi kepada lelaki itu.

Dorin hanya memerhatikan tingkah Lola yang seperti lipas kudung pergerakannya.Telefon dibelakang poket dicapai.Dia perli memaklumkan tentang Lola kepada Andrew segera.

"Waiiiitttt!!!!! Waittt for me!!!"

Jeritan Lola bergema dijalanraya yang lengang.Bas meninggalkan Lola yang masih semput menarik nafasnya.Dia kemudian  menghampiri pondok bas dengan termengah mengah.

Tunggang terbalik hidupnya sebentar tadi masih belum mampu mengejar bas yang melewati jalan kediaman sementara keluarga Vasile.

Lola membawa duduknya di kerusi menunggu.Jam pada pergelangan tangan direnung seketika.Dia terpaksa menunggu 30 minit lagi.Jika berjalan kaki dia cuma perlukan 15 ke 20 minit.Terpaksa juga dia menapak kali ini.

Nafasnya ditarik panjang.Perutnya dibelai perlahan.Lola tidak menjamah apa apa sedari tadi.Bergendang perutnya meminta makanan.Notifikasi telefon yang menjengah membuat dia tersentak seketika.

Aplikasi whatsapp dibuka.Terjuih bibirnya membaca mesej dari peminat diseberang lautan

I really miss you flower
Prof Hilman


"Dia masih kacau tunang I ni?"

Hanya mendatar suara yang begitu familiar ditelinga Lola.Lola mengetap bibirnya.Perlahan dia menyimpan semula telefon kedalam poket hoodienya.Kepalanya tertoleh toleh ke kiri dan kanan.Ke atas dan ke bawah.

"Ermmm cari apa?"

"Cari tunang Encik Andrew.Dekat mana?"

Giliran Andrew pula mengetap rahang.Andrew menempatkan dirinya disebelah wanita kesayangannya.

"Laila Ratna.Love of my life.My fiancee.Sampai bila sayang nak merajuk dengan I?Tak kasihan I ke?Suka tengok hidup I huru hara ya?"

Wajah wanita kesayangannya direnung kasih.Memang Lola ada hak untuk terasa dengan kata katanya malam itu.Dia pun satu.Cakap main lepas.Fikirkan diri sendiri sahaja.

Sunyi sahaja.Lola tidak memberi respon.Hanya jemarinya yang bermain dengan sesama sendiri.

"Jangan kacau saya Encik Andrew.Mood saya tak baik hari ini.Karang kalau kena kunyah baru padan muka"

Lola memberi amaran.Bimbang jika terusan diasak nanti dia akan hilang pertimbangan.

Bunyi seperti kertas yang dikoyak menarik perhatian Lola.Andrew dengan selamba memasukkan tablet Guylian berperisa salted caramel ke dalam mulutnya.Lepas satu per satu cokelat mewah itu masuk ke dalam mulut Andrew.

"You dont have better thing to do, do you?"

Lola tahu Andrew sengaja mengapi apikan dirinya.Apatah tablet cokelat tersebut adalah makanan kegemarannya.

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now