HUBUNGAN SEMAKIN ERAT.
Senyumannya jadi melerek-lerek ketika melihat pria itu. Satu persatu buah rambutan kuning itu dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dimasukkan kedalam sebuah tupperware bertutup.
"Berapa lama Ame ingin berdiri sambil melihat saya?." Tiba-tiba suara garau itu menyapa, lalu pria itu menoleh.
"Err..." Dia terkaku, dan tersengih lalu melabuhkan punggungnya di sebelah pria itu.
Tuan Hulk tersenyum melihat wajah malu itu.
"Buah rambutan ni kalau dimakan sejuk-sejuk lagi sedap."
"Ye ke?!." Tuan Hulk angguk kepala.
"Tak sabar Ame nak makan." Dia tersenyum.
"Kita akan mulakan latihan tu pada esok hari.. Saya dah sediakan tempat dan peralatan untuk Ame berlatih."
"Err apa yang akan Ame belajar nanti?."
"Memanah.. seni mempertahankan diri.. dan, belajar cara untuk mengendalikan senjata.. sekadar untuk Ame tahu cara untuk menggunakannya." Tengku Lily Camelia angguk kepala.
"Tuan Hulk sendiri yang akan mengajar Ame, kan?." Tuan Hulk angguk kepala. Mereka berdua berbalas senyuman.
"Tengku Lily...." Panggil Dayang Melati. Mereka berdua menoleh ke arah mereka berdua.
"Ibu dah siap. Jom, kita makan sama-sama. Amar dah tak sabar lagi nak makan masakan Tengku Lily katanya." Mereka bertiga tersenyum lalu melangkah masuk kedalam rumah tersebut.
Harum semerbak bau lauk yang dimasak ketika melangkah masuk kedalam ruang dapur itu. Beberapa jenis lauk sudah sedia terhidang diatas meja itu, diantaranya adalah ikan talapia bakar, sambal tumbuk dan ikan puyu goreng seperti yang diinginkannya. Dia tersenyum lalu menarik kerusi dan duduk disebelah gadis itu.
Tengku Lily Camelia adalah orang yang paling gembira ketika itu kerana impiannya untuk menjalani kehidupan sebagai orang biasa telah terlaksana dan dia sangat gembira ketika ini.
"Hurm! Sedapnya lauk yang Kak Lily masak!." Puji Amar Iqwan sambil mengangkat ibu jari thumb up.
Tengku Lily Camelia tersenyum lalu menyuakan nasi kedalam mulutnya. Matanya melirik ke arah pria disebelahnya itu, kelihatannya pria itu berselera menikmati lauk yang dimasaknya, itu membuatkan hatinya terasa berbunga-bunga bahagia.
"Ibu... Sedap tak?." Soalnya.
"Mestilah sedap! Cukup rasa dan tak hanyir. Pandai sungguh Lily masak, ya."
"Tengku Lily ini memang seorang chef, ibu." Ujar Dayang Melati.
"Oh patutlah! Wajah cantik, pandai masak, untung siapa yang menjadi suami Lily nanti." Ujar Puan Rabiah.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | COMPLETE
FantasyKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...