BAB 4

15 1 0
                                    

AKU tak tanya apa-apa pada Abang Reez walau selepas ceramah agama tamat. Tapi memang sejak-sejak tamat perbualan dengan Zahir tadi Abang Reez secara rasminya dah berada dalam siasatan akulah. Sekecil-kecil perbuatan dia pun aku teliti. Lagi-lagi bila dia buka telefon pintarnya. Aku curiga dan berusaha curi-curi baca apa yang berada di skrinnya.

Aku yakin dia takkan mengaku kalau aku tanya pasal dakwaan Zahir. Tuduhan itu amat berat, sebab melibatkan nyawa dan boleh melibatkan polis. Tak mungkin Abang Reez nak serah diri senang-senang. Jadi lebih baik aku siasat sendiri.

Aku berlagak biasa sahaja di hadapan semua orang. Pada mama atau papa pun aku tak tanya apa-apa.

Dalam keadaan macam ni, aku tak tahu sama ada patut percayakan mereka. Tapi rasanya mereka pun sama sahaja. Mereka rapat dengan Abang Reez, jauh lebih rapat berbanding terhadap aku. Tak mustahil mereka pun banyak simpan rahsia di belakangku.

Lama juga siasatan aku berlangsung. Tak berjaya jumpa apa-apa bukti.

Mereka bijak. Di hadapan aku, mereka selamba sahaja. Lagi-lagi Abang Reez. Dia nampak suci betul. Nampak baik sesangat. Macam susah nak percaya dia ada orang suruhan berpangkat gengster. Kadang-kadang aku ragu-ragu sendiri dengan apa yang Zahir dakwa.

Belah bahagiku berlanjutan, diiringi kegagalan siasatan, sampailah aku akhirnya aku buat keputusan perlu bertindak agresif.

Hari Isnin itu, aku nekad ponteng kelas sesi petang. Senyap-senyap pulang ke rumah.

Pulang ke rumah tanpa maklumkan pada sesiapa, tiba di rumah aku terus senyap-senyap mampir ke bilik Abang Reez. Tanpa mengetuk pintu, aku capai tombol. Pulas.

Tak berkunci.

Aku berhati-hati kuak pintu. Jengul kepala ke dalam.

Tidak terlihat sesiapa.

Aku terhendap-hendap masuk. Rapatkan semula pintu dan menguncinya. Aku pergi ke meja kerja.

Keadaan bilik kemas sepenuhnya, termasuk di atas meja ini.

Aku buka laci. Tanpa meninggalkan jejak aku selongkar. Selak buku-buku yang ada di dalamnya.

Hanya ada buku berkenaan undang-undang. Tiada sebarang dokumen yang nampak mencurigakan.

Aku tutup laci itu dan buka pula laci di bawahnya.

Sama juga. Buku berkenaan akta dan jenayah sahaja yang ada.

Tapi Abang Reez memang gemar meluang masa mempertajam skill guamannya. Dia juga banyak menulis buku tentang siasatan jenayah civil dan forensik. Memang itu bidang kerjayanya. Tak boleh nak kata apa.

Aku beralih pada almari pakaian.

Dan nasib teramat baik kerana almari ini juga tidak berkunci. Aku lantas membukanya. Selongkar.

Tengah-tengah operasi, aku teringat suatu fakta.

Dia peguam. Bukankah terlalu fishy bila dia membiarkan biliknya, a.k.a ruang tempat menyimpan segala rahsia dan kelemahannya ini tidak berkunci?

Aku sudah diperangkap?

Tak, tak. Aku rasa tak.

Kalau dia membiarkan bilik ini lepas daripada kawalan, itu bermaksud yang dalam bilik ini tiada sebarang rahsia yang patut dirisaukan daripada terbongkar.

Apalah. Sia-sia aje aku berpeluh.

Aku tutup pintu-pintu almari. Keluar dari bilik.

Ada satu lagi jalan penyelesaian menjelma dalam kepala. Aku turun tangga dan keluar rumah. Pergi ke backyard. Masih di dalam mode ninja.

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now