Ain tersedar. Dia melihat sekelilingnya. Kelihatan Qizz dan Fatihah yang terlena di atas sofa dan ibunya yang terlena di tepi katil.
"Aku dekat hospital ke?" Matanya dikelipkan berkali-kali, untuk menjernihkan semula penglihatannya.
"Eh, sayang dah bangun?" Tuan Emelda terjaga apabila merasakan pergerakan dari Ain.
"Apa dah jadi, ma?"
"Kejap ya, mama panggil doktor dulu. Nanti mama minta Qizz cerita." Tuan Emelda mengusap lembut kepala anak gadisnya. Dia berlalu keluar memanggil doktor. Sempat dia bangunkan Qizz dan Fatihah.
"Sleeping beauty dah bangun!" Qizz yang masih mamai terus celik matanya.
"Sabar manusia. Tunggu aunty panggil doktor dulu!" Fatihah menahan Qizz yang ingin menerpa Ain.
Doktor Huda tiba dan memeriksa keadaan Ain. Setelah dia pastikan semuanya baik, dia meminta diri dan memberi izin untuk mereka berbicara dengan Ain.
"Kau tahu? Sebab kes masa tu viral sekolah kita." Qizz memulakan bicara. Tuan Emelda keluar dan membiarkan tiga gadis itu berbual, tahu banyak yang ingin mereka bicarakan.
"Apa jadi dekat yang lain? Ada yang cedera?" Tanya Ain.
Fatihah dan Qizz terpempan.
Apa hendak dijawab tentang Aiden?
"Dah berapa hari sejak kejadian?" Tanya Ain lagi.
"Dua hari," jawab Fatihah.
"Ain, kalau aku bagi tahu ni, kau jangan marah atau sedih boleh?" Qizz bertanya.
"Cakap," arah Ain, tegas.
"Aiden... Hilang ingatan."
Ain terpempan. Kata-katanya hilang.
"Apa jadi?" Tanya Ain seolah tidak percaya.
"Masa tu, Megat lompat. Dia nak tamatkan segalanya. Tapi Aiden sempat tarik dia. Aku... Aku tak tahu mana yang salah, Aiden yang jatuh. Nasib baik pihak bomba dah sediakan tilam dekat bawah. Cuma entahlah. Takdir..." Qizz cuba menyusun kata walau tetap termati. Fatihah diam. Dia tahu, dia tidak cukup pakar untuk menyusun kata.
"Qizz, Tiha, aku rasa ada yang salah. Ada yang kena kita siasat." Ain menggenggam erat selimut hospital itu.
"Tapi apa?"
"Jap sabar. Kau ni baru bangun, macam mana otak boleh function macam ni?" Fatihah memandang Ain. Dahinya berkerut.
"Mana aku tahu," jawab Ain. Dia termenung seketika.
"Apa jadi dengan kakak Megat? Kena buli sampai mati?" Giliran Ain pula berkerut wajahnya.
"Siapa kakak Megat?"
"Kita kena cari maklumat. Qizz, Tiha, ajak semua Setalamz berkumpul." Ain memberi arahan tegas.
"Ryder, Faleeq dengan Aiden sekali...?" Tanya Qizz, ragu.
"Kita perlukan Aiden untuk akses maklumat sekolah tu."
"Roger and out, lead." Fatihah terus berdiri dan memperkemas penampilannya. Qizz masih ragu.
"Aqilah Qistina, this is my order." Ain menepuk bahu Qizz. Qizz bangun dan mengikuti langkah Fatihah.
Sebaik sahaja mereka keluar, wajah mesra Tuan Emelda menyapa.
"Nak balik dah?" Tanya Tuan Emelda.
"Haah aunty. Hari pun dah nak malam," jawab Qizz dengan senyuman.
"Jangan ragu untuk mencari. Jangan takut dengan akibat. Jangan takut dengan hasil. Kadang ada benda yang perlu kita tahu sendiri. Ada rahsia yang sepatutnya diketahui." Tuan Emelda tersenyum penuh rahsia.
"Aunty tahu apa yang tersirat dalam hati Qizz. Aunty tahu juga, ada benda yang tak kena dengan kes kali ni. Tapi mungkin aunty terlalu tua untuk masuk campur. Jadi, tolong ya." Aura karisma Tuan Emelda membuatkan Qizz dan Fatihah terpaku.
Mereka lupa, ibu kepada sahabat mereka itu seorang detektif tersohor.
"Kalau ada apa-apa, beritahu aunty. Kamu berdua macam tak biasa nak uruskan kes macam ni." Tuan Emelda tersenyum penuh makna.
Fatihah dan Qizz tersentak.
Ya, sudah lama mereka tidak masuk ke dalam dunia 'gelap'.
"Haa kamu berdua balik elok-elok. Dahlah masing-masing tak ada lesen, nak juga bawa motor."
"Err, kami balik dulu. Assalamualaikum." Qizz dan Fatihah menyalami tangan Tuan Emelda. Dua gadis itu menuju ke tempat parkir motor.
"Ain sayang, kamu nak makan ke?" Tanya Tuan Emelda sebaik sahaja pintu wad Ain dia tolak.
"Ada sesuatu yang tak kena..."
"Mama tahu, code name Wolf. Mama tahu kamu nampak sesuatu. Tapi kamu kena sihat dulu baru boleh siasat. Tu kepala berjahit lagi. Mama tak izinkan kamu bertarung kali ni," tegas Tuan Emelda.
"Kalau turun siasat je boleh? Please, ma," rayu Ain.
"Okey, mama izinkan. Tapi kalau ada pertarungan, biar yang lain uruskan. Ingat, sayang. Kita dah janji untuk keluar dari dunia gelap tu dan hanya kembali kalau ada benda melibatkan nyawa keluarga kita." Tuan Emelda mengusap lembut bahu anak daranya. Redup pandangan mata wanita itu merenung wajah Ain.
"I promise, ma. I promise." Tangan diangkat bagai bersumpah. Tangan kiri Ain menggenggam tangan Tuan Emelda.
"Mama tak nak hilang Ain. Mama cuma ada Ain."
"Tidak akan aku biarkan zuriat keturunanmu mati di tangan orang jahat, Emelda. Bukankah sudah termaktub janjiku satu abad yang lalu?" Suara wanita bergema, bunyi ombak kedengaran.
Ain tahu, itu 'rakan' keluarganya.
"Kita tidak tahu aturan Tuhan," ujar Tuan Emelda.
"Aku tidak akan–"
"Tahu batasmu, Walinong Kesuma Ratna Dewi. Jangan campuri urusan dunia kami tanpa sebab munasabah." Dingin suara Ain.
"Maafkan beta. Gunakan kuasa yang kau punya sebaiknya, Ain." Suara tadi mengendur.
"Aku tahu bagaimana menjaga kuasa yang tak ku pinta ini."
"Ingat, Ain. Kau hanya punya tiga peluang lagi, sebelum kau lupakan segalanya."
"Jika tiga peluang itu yang aku perlukan untuk menjaga semua kesayanganku, maka aku korbankan segalanya. Pergi, Ratna. Ini bukan urusan duniamu." Ain berkata tanpa gentar.
"Ampunkan beta, Puteri Bugis Kasturi Elzahra."
"Jangan kau sebut nama itu lagi!" Jerit Ain dengan nada separa berbisik.
"Ain, sudah." Tuan Emelda menepuk bahu anak gadisnya.
"Maaf, mama. Ain cuma tak suka Ratna masuk campur urusan dunia kita. Dia dari dunia bunian, ma. Kalau dia lebih-lebih masuk campur urusan dunia kita, itu dah melanggar hukum alam," ujar Ain. Dia mengeluh perlahan.
"Ratna tidak akan masuk campur urusan dunia kita ni tanpa sebab. Dia sendiri tahu batasannya."
"Baik, ma."
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...