BAB 12

77 7 0
                                    

" UMMI! " jeritnya riang berlari ke arah Puan Khadijah. " ya? Kenapa? " soak Puan Khadijah yang sibuk melipat baju yang sudah dibasuh.

" Abang Arfan! Abang Arfan dah selamat Ummi! Tadi dia telefon Ari Ummi! " jelas gadis itu bersama riak riang. Puan Khadijah yang mendengarnya sedikit terkejut.

" kamu biar betul? " soalnya. Aryana mengganguk laju. " ya betul! Ini, abang Arfan dah hantar lokasi dia sekarang! " ujarnya.

Perlahan-lahan Puan Khadijah mencapai telefon bimbit ditangan Aryana. Melihat lokasi yang dihantar oleh Jibrail yang seperti dikatakan oleh Aryana. " betul ka? "

" betul lah! Takkan Ari nak tipu. Mana abi! Cepat! Jom ambik abang Arfan! "

Puan Khadijah sedikit mengukirkan senyuman kecil. Melihat anak perempuannya yang tidak lagi bermurung, malah sedang teruja dengan kehadiran Arfan Jibrail dalam hidupnya semula.







" KAU jangan sampai aku beritahu hal ini pada keluarga kau Emily! " tegas Jibrail. Emily menggeplkan kedua-dua belah tangannya.

" beritahu saja! Siapa takut?! "

" kau cabar aku! "

" ya memang aku cabar kau! " balas Emily.

" apa bising-bising ni? " soal Datin Rania. Wanita itu baru sahaja selesai mengemas dapur. " Emily, jangan biadap dengan tetamu. Patutnya kamu tunjuk sikap yang elok, apa ni tengking-tengking tetamu? " marah Datin Rania, masih tidak tahu hubungan antara dua orang dihadapanya.

" tapi mommy- "

" Arfan, kamu pergi lah rehat. Luka kamu belum sembuh. Oh ya? Kamu dah telefon sesiapa yang datang untuk ambil kamu? " soal Datin Rania lembut memotong kata Emily. Jibrail mengganguk.

" pergilah rehat, nanti mereka sampai lah tu. " ujar Datin Rania. Jibrail mengganguk saja sebelum melangkah pergi sempat dia memberi pandangan tajam kepada Emily.

Gadis itu mendengus kasar. Sungguh lelaki yang dia sangka kan lemah rupanya seorang berpangkat.

" kamu ni dah kenapa? Mommy tak pernah ajar kamu berperangai macam ni depan tetamu. " kata Datin Rania memandang anak perempuannya tajam. Emily memutarkan bebola matanya ke atas malas.

Datin Rania lantas melangkah pergi. Emily menggepalkan kedua-dua belah tangannya.

" apa masalah mamat tu? Dia tipu aku kah selama ni? Atau dia pura-pura bodoh waktu dalam hutan. " monolognya sendiri.







DIA melabuhkan punggung di bahu katil. Matanya dipejam rapat sembari mengeluh.

Ketukan pintu bilik menyedarkan dirinya. " siapa? Masuklah. "

Ehsan memulaskan tombol pintu itu sebelum ditolak ke dalam. " Ehsan. " kata Jibrail. Ehsan mengganguk sebelum kembali dia menutup pintu.

" kenapa? " soal Jibrail.

" jawab jujur Arfan. Kau dengan adik aku, Emily kenal antara satu sama lain kan? "

Jibrail terkedu. Ehsan dengan perbualannya dengan Emily kah?

" aku sebenarnya tak nak curi dengar, tapi...hati aku kata lain. " kata Ehsan. Lelaki itu melabuhkan punggung di samping Jibrail. " apa hubungan kau dengan adik aku? "

Jibrail mengeluh.

" Emily pernah hilang kan? " soal Jibrail tiba-tiba. Ehsan tersentak. Tetapi tetap dia anggukan.

" macam mana kau tahu? "

" aku lah orang yang selamatkan adik kau sewaktu dia ada dalam hutan. " jawab Jibrail. Sekali lagi Ehsan terkejut. " patutlah dia tak ada luka banyak, jejak dia pun susah nak jumpa. " ujar Ehsan sendiri hanya didengari oleh Jibrail.

" tapi...tadi- "

" adik kau dah gila. "

Ehsan mengerutkan keningnya. " maksud kau? "

" aku tolong dia dengan hati yang ikhlas walaupun waktu tu aku tak ingat siapa diri aku. Tapi, ini yang dia balas. Senang kata, dia obsessed dengan aku. " Jibrail memandang lantai bilik.

Ehsan diam seketika. " jadi ini punca dia selalu keluar rumah... "

Jibrail menoleh memandang Ehsan. " maksud? "

" sejak kebelakangan ini dia kerap keluar rumah, tapi tak tahu dia ke mana. Mungkin jumpa kau. "

" dia ke gundang lama dimana dia kurung aku di situ. " kata Jibrail mengejutkan Ehsan. Adiknya? Kurung orang?

" adik kau...mafia? "

Ehsan sekali lagi tersentak. Baru sahaja dia hendak membalas mendengar ketukan pintu buatkan niatnya mati.

Pintu dibuka memaparkan Ethan sedang berdiri di hadapan muka pintu.

" kau kenapa? Datang-datang dengan muka masam? " soal Ehsan. Ethan mencebik. " titew nak minta maaf dengan Arfan. " ujar Ethan.

Ternganga mulut Jibrail mendengar kata Ethan. Titew?

" kau jangan terkejut, mamat ni memang macam ini. Kadang-kadang lembut macam pondan, Kadang-kadang keras macam ah long. " ujar Ehsan. Jibrail sekadar mengganguk.

" sampai hati cakap macam tu. " cebik Ethan.

" kau tak payah buat muka. Perempuan pun keliling pinggang ada hati nak jadi gay "

" excuse me! Tak nak kita jadi gay, perbuatan itu adalah berdosa! " ujar Ethan semangat. Ehsan senyum sinis. " habis perempuan keliling pinggang tu? Macam lah aku tak tahu setiap malam kau on call dengan banyak perempuan. Bukan satu, bukan dua. Berlambak. " sindir Ehsan.

Jibrail yang di situ hanya diam. Tak mahu masuk campur hal adik-beradik.

" Ehsan...er boleh aku pinjam telefon kau? " soal Jibrail. Ehsan menoleh, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihulurkan kepada Jibrail. Jibrail mencapai huluran tersebut.

" nak buat apa tu? " sampuk Ethan.

" jangan sibuk! " marah Ehsan. Ethan mencebik.

Jibrail sekadar tersenyum manis. Lelaki itu lekas bangkit menjauhi dari dua beradik itu.

Bahaya!

Bahaya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now