Infected : Sick Kick
Jam kini menunjukkan pukul 2 pagi , perlahan pintu rumah dibuka supaya tidak menganggu seseorang yang dijangkakan nya sudah lena .
Sunyi .
"Hmm dah tidur lah tu ," gumam Kayla perlahan seakan berbisik pada diri sendiri . Semua barang nya diletakkan di ruang tamu sebelum langkah berat dibawa ke arah dapur .
'Klik'
Lampu dapur dibuka . Kayla menuju ke arah peti sejuk untuk mencari sesuatu yang boleh menghilangkan dahaga nya .
Sekotak susu dicapai sebelum dibuka penutup dan dia meneguk minum sepuasnya. Lega . Hari ini terlalu banyak perkara yang perlu dia selesaikan .
Hujung pangkal hidungnya dipicit sedikit pening dan kelelahan . Namun perlahan anak mata nya menangkap satu bilik yang agak menarik perhatian dia .
Ia tepat berada di bawah tangga , tiba-tiba gerak hati dia merasakan sesuatu di dalam bilik itu . Kaki melangkah mengikut gerak hati nya. Dia perlu periksa bilik itu!
Kini tepat berada di hadapan pintu yang agak tinggi sedikit dari ketinggian dia , tangan naik perlahan memegang tombol pintu itu sebelum dipulas dengan berhati-hati .
Debaran di dada semakin kuat apabila pintu mula terbuka perlahan dan kakinya mula melangkah masuk .
Ternganga luas mulut Kayla apabila mendapati di sebalik pintu kecil itu ada satu ruangan bilik sebesar master bedroom ataupun lebih yang penuh dengan skrin melekat di satu ruangan dinding . Satu meja lengkap dengan set laptop dan beberapa alatan yang tak berapa dia tahu kegunaan nya .
Mata beralih ke satu ruang yang seperti kotak besar berdinding tebal . Tangan naik menekan button hijau itu sebelum....
"Holy shit , w-what ..." tergamam Kayla untuk berkata-kata . Disebalik kotak itu ada bertingkat susunan senjata yang melekat di dinding . Pelbagai jenis senjata ada di situ.
"Ini ke secret room Shadow ?" gumam Kayla berkerut dahi . Jari naik mengusap nama yang terukir pada setiap senjata itu . Shadow . Mata melilau memerhati setiap inci ruangan bilik tersebut .
Kalau betul lah ini bilik nya .....bermakna segala maklumat yang Kayla perlukan mesti ada di salah satu tempat simpanan dalam bilik ini .
Kayla pergi ke ruang meja dipercayai tempat Shadow menganalisis dan mencari segala maklumat mangsa -mangsa dia .
Punggung dilabuhkan di kerusi gaming itu sebelum dirapatkan dirinya ke meja .
"Let me see ," jari Kayla degil menekan button on di laptop tersebut dan serta merta setiap alatan dan mesin di meja itu hidup dengan sendiri nya.
"Wooo , intresting ."
Teruja Kayla sebelum perasaan itu kian memudar saat dia sedar laptop itu memerlukan kata kunci untuk masuk .
"Kalau dah nama pun Shadow , memang harapan lah nak dapatkan bukti-bukti tu dengan senang ," gerutu Kayla sebelum bahu disandarkan pada kerusi itu . Helaan nafas dihembuskan dengan berat dan mata dipejam seketika .
Lama dia rehatkan diri disitu tiba -tiba.....
"What are you doing in my room , mia moglie (isteriku)."
Tersentak Kayla mendengar suara yang sangat dia kenali tetapi kali ini suara itu berlandaskan aura yang sangat dingin dan gelap .
Seluruh tubuh Kayla mengeras tak mampu untuk menoleh dan mulut yang terkunci tidak sanggup untuk menyahut panggilan itu.
"M-mampus lah aku ," gerutu Kayla dalam hati . Jantung dia semakin berdegup kencang saat kedengaran tapak kaki semakin mendekat dengannya .
"Aku tanya kau , apa yang kau buat dalam bilik aku , mia moglie (isteriku)" terhinjut bahu Kayla saat merasakan cengkaman pada kedua bahunya.
"A-aku .." tergagap Kayla ingin mencari alasan tujuan dia masuk ke dalam bilik itu . Kayla yang dikenali seorang yang tidak gentar dan takut dengan sesiapapun kini ...kini tangan dia menggigil sedikit gelisah dengan situasi sekarang .
"Look at me when you talk , mia moglie (isteriku) . Aku paling tak suka orang mengelak pandangan dari muka aku ," datar nada suara seseorang yang dikenali sebagai suaminya , Khalish.
Perlahan kepala didongakkan sehingga anak mata dia bertembung dengan anak mata berwarna kelabu milik suaminya .
"Siapa yang benarkan kau masuk dalam bilik aku hm?" dingin suara Khalish . Tangan beralih mencengkam pipi Kayla erat sehingga membuatkan isterinya sedikit meringis .
"K-khalish sakit ," berkerut dahi Kayla apabila dia mula rasakan kesakitan dari cengkaman erat di pipi nya. No . Ini bukan Khalish yang dia kenal . Walaupun dia baru hidup dengan suaminya , dia tahu yang Khalish takkan sesekali menyakiti dia seperti yang suaminya lakukan sekarang ini.
"Sakit? sakit ke ? hm?" lagi dia eratkan cengkaman sehingga Kayla terpaksa menolak kasar tangan suaminya . Namun sedikit pun tidak berganjak .
"Aku paling tak suka , orang masuk ke tempat kerja aku ." ditolak kasar tubuh Kayla bersandar pada kerusi .
"G-gila ! kau dah gila Khalish! k-kau nak bunuh isteri kau sendiri ke ?" Kayla terdesak untuk lepaskan diri apabila cengkaman dari pipi turun ke lehernya .
"You' re my wife , you should obey your husband , mia moglie (isteriku)," cengkaman semakin dieratkan dileher isterinya . Gila! Dia nak bunuh isteri dia ke apa !
"K-kau bukan Khalish ," tangan Kayla cuba melepaskan gengaman suami nya dari leher dia dengan nafas yang tersekat mencari udara .
"Then who i am ?" sinis dia berbisik di telinga Kayla membuatkan bulu roma Kayla meremang .
"S-shad..." pandangan Kayla semakin buram apabila dia tidak cukup nafas . Berair mata nya merah cuba untuk kekal sedar .
Argh!! Apa kau dah buat Khalish! Sodar anak mummy oii!
Jangan lupa vote and komen okey ? Selamat malam semua , last update untuk harini . Besok kita continue untuk chapter ni ye❤️
YOU ARE READING
Mia Moglie (C)
ActionSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...