MIMPI 46

1.2K 56 2
                                    

"Bunga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bunga..."

Bunga menoleh apabila namanya diseru. Bibir menarik senyum buat Putera Han yang datang mendekat sebelum pipinya terasa hangat dek ciuman yang diberikan Putera Han kepada pipinya.

"Buat apa?"

"Tak buat apa-apa. Saja datang tengok kuda ni makan. Ini kuda yang awak tunggang kelmarin kan?" Tanya Bunga bagi memecah kesunyian.

Putera Han mengangguk mengiakan. Kepada kuda yang sedang menunduk memakan dedak khas itu digosok perlahan.

"Nama dia Lim. Satu-satunya kuda yang selalu aku naik kalau aku datang sini. Lagi seekor tu, Den yang selalu naik."

"Nama dia Lim? Siapa yang bagi? Dah macam nama manusia." Komen Bunga lalu ketawa lucu. Ada ke pula kuda diberi nama Lim. Letak lah nama ferrari ke, lambo ke. Make sense lah juga.

Putera Han turut tertawa setelah melihat Bunga ketawa. Senyuman dan tawa wanita itu seolah pelengkap hidupnya. Tidak boleh dibayangkan andai suatu hari nanti harinya tidak dihiasi dengan senyum dan tawa itu. Tapi... Akan dia pastikan supaya andaian itu tidak akan pernah terjadi.

"Kerja Den lah tu. Ini semua kuda-kuda family dia. Dia memang suka bagi nama manusia dekat kuda dia. Nampak kuda warna coklat tu?"

"Nampak." Bunga mengangguk apabila matanya menagkap seekor kuda berwarna coklat tidak jauh dari situ. Kuda itu berada di luar kandang, tetapi masih di dalam kawasan padang khas untuk menunggang kuda di situ.

"Itu kuda yang Den. Den bagi nama Haq dekat kuda tu. Sepuluh ekor kuda yang ada dekat sini, semuanya bernama manusia kalau kau nak tahu."

Bunga bantai gelak lagi. Nama Haq tu punya lah handsome tapi Den selamba je bagi kuda dia nama tu. Adoi, keras perut Bunga dibuatnya.

"Nak belajar tunggang kuda dengan memanah?" Soal Putera Han tiba-tiba.

"Erm, boleh ke?"

"Mestilah boleh. Kenapa tak boleh pula?"

"Kadang-kadang, lelaki tak suka isteri diaorang kasar. Saya takut awak tak suka saya buat aktiviti lasak macam tu. Lagi-lagi awak ni Putera Mahkota. Mesti lah awak nak isteri yang lemah kembut."

"Tak semua lelaki macam tu, Bunga. Lagipun, memanah adalah salah satu seni mempertahankan diri. You can use archery as your weapon."

Putera Han bergerak masuk ke dalam sebuah rumah kecil di padang itu dan diikuti Bunga. Sejenak, mulut Bunga terbuka sedikit memandang segala alatan memanah dan berkuda di dalam rumah kecil itu. Cukup lengkap semua alatan tersusun rapi di situ.

"Ambil ni."

Terpinga-pinga Bunga apabila Putera Han memberi busur dan anak panah kepadanya. Walaupun teragak-agak, tangannya tetap menyambut huluran suaminya itu. Busur dan anak panah kayu itu dibelek seketika.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now