8 : Yang Bersalah

12 3 20
                                    

Ain kembali ke sekolah keesokan harinya. Dia masih terhincut-hincut berjalan namun tetap digagahkan. Kerana ada sesuatu perlu dia selesaikan.

Kerana blok tingkatan 1 dan 2 masih belum boleh digunakan, semua kelas diletakkan di bilik-bilik khas.

"Kau dapat maklumat yang aku nak, Smurf?" Tanya Ain sebaik sahaja dia duduk di sebelah Fatihah.

"Dapat. Nah, bacalah."

Sebuah buku nota kecil dihulur.

Nama : (Allayarhamah) Tengku Medina Zulaikha binti Tengku Megat Zainuri
Umur : 16 tahun
Tarikh kematian : 13/7/20xx
Penyebab (yang diberitakan) : Buli
Doktor yang merawat : Doktor Sarah Sofia (makciknya, isteri cg Syazwan)

"Aku tak rasa dia dibuli." Ain menutup buku tersebut. Diserahkan kembali pada Fatihah.

"Kalau tak kena buli, apa yang jadi?" Tanya Fahim.

"Kau tahu apa dalam kepala aku, Zik?" Soalan Fahim tidak dijawab. Ain memandang Zik dengan tatapan kosong.

"Kakak aku rapat dengan arwah. Bila arwah meninggal dia kemurungan. Dia asyik ulang cakap "Cikgu tak guna. Kawan jahanam". Persoalan aku, siapa cikgu dan kawan tak guna jahanam tu? Kenapa kakak aku depressed sekali?" Zik menjawab.

"Zik, dekat mana arwah ditemui nyawa-nyawa ikan?" Tanya Ain. Kaki digoyang berkali-kali.

"Stor belakang sekolah, sebelah pokok tua tu," jawab Zik.

"Ikut aku pergi situ, sekarang. Panggil Setalamz lain. Cakap dengan cikgu, ada perkara mustahak. Gerak." Ain bangun dan terus berjalan walau sedikit terhincut.

Fatihah, Fahim dan Zik tidak banyak bicara terus mengikut arahan Ain. Mereka mengikuti gadis muda itu.

Sampai di stor belakang sekolah, Ain merenung pokok tua di sebelah stor itu. Daunnya rimbun lebat, akarnya panjang berselirat.

"Semua dah ada?" Ain memandang satu persatu wajah yang ada di hadapannya.

Ada satu ruangan kosong di antara kesemua mereka. Ada yang tiada.

"Kecuali Aiden, semua ada," ujar Ija dengan berat hati.

"Okey. Kau orang berdiri sini diam-diam. Tengok je apa yang aku buat lepas ni. Jangan cakap apa-apa." Ain memberi arahan. Dia mendekati dan menyentuh perlahan pokok tua itu.

"Pawana mendengar, bumi merasa, kerpasan menghilang jejak, engkau menjadi saksi. Cakraya berbunyi, menutup sunyi tika hanya kelemayar Cendera menerangi tempat ini. Duhai Jelutung dengarkan perintah Puteri Bugis Kasturi Elzahra ini. Tunjukkan kisahmu padaku." Seruan dilafaz. Tangan Ain menyentuh lembut pohon itu.

Seketika angin bertiup perlahan. Si pohon bergoyang, seolah merespon.

Ain tenggelam dalam memori si pohon tua.

Beberapa tahun lalu...

"Kau ikut je kita orang, Ikha. Ada tempat lepak best belakang sekolah!" Talia menarik tangan Medina. Medina menoleh memandang Haura, sahabatnya.

Kakak kepada Zik.

"Kau pergilah, aku tunggu dekat kelas," ujar Haura lembut. Tahu, si sahabat sudah punya kawan baru.

"Nanti kita jumpa." Medina terus mengikut langkah Talia dan rakan-rakannya.

Mereka tiba di belakang sekolah, di stor bersebelahan pokok tua itu. Seketika Medina kagum melihat pokok tua yang berdiri gah dihadapannya.

"Cantik kan pokok ni? Tak ramai duduk belakang ni, jadi memang terasing." Talia memeluk lengan Medina.

"Eh, kamu semua buat apa datang sini?" Cikgu Syazwan muncul tiba-tiba menyapa.

Setalamz : Nanti...Where stories live. Discover now