Bab 1

11 1 3
                                    

Aku terjaga dari tidur dan disambut oleh cahaya matahari yang masuk melalui jendela kecil di bilikku. Aku membuka mataku dengan perlahan, menghidu udara pagi yang segar dan masih sejuk. Sinar mentari memancar lembut di atas wajahku seolah-olah memberikan semangat kepadaku untuk memulakan hari ini dengan baik.

Aku termenung sejenak. Anganku melayang jauh, dibawa oleh mimpiku semalam. Perasaanku ketika ini agak rumit untuk digambarkan. Mimpi itu terasa nyata, di mana aku merasakan diriku dicintai hebat oleh seorang lelaki yang penyayang. Walaupun aku tidak mengenalinya. Tetapi, siapakah dia ? Sentiasa menjagaku di alam mimpi. Susah untuk mencari jawapannya.

Perlahan-lahan aku mengangkat tubuh kecilku dari katil yang empuk. Kakiku mendarat lembut di lantai yang sejuk. Aku melangkah ke jendela besar di sisi bilikku dan menarik perlahan-lahan langsir sutera yang dibuat oleh nenek. Pemandangan indah mula menyambutku. Pepohon hijau yang bergoyang-goyang akibat angin pagi, burung-burung kecil yang sedang berkicauan dan bunga-bunga yang mekar dengan indahnya menenangkan fikiranku seketika.

Setiap pagi adalah permulaan baru bagiku. Sebuah lembaran kosong yang menanti untuk diisi dengan kisah-kisah hidup yang baru.

Tiba-tiba, terdengar ketukan lembut di pintu bilikku.

"Ain, kau dah bangun?" suara Puan Rosie, umi, kedengaran dari luar pintu.

Aku tersenyum, lalu memulakan langkah untuk membuka pintu. "Ya, umi. Dah bangun. Masuklah."

Umi masuk lalu menggelengkan kepalanya. Katilku yang masih berselerak ditatap olehnya. "Baru bangun? Umi ingatkan kau nak tidur sampai tengah hari esok. Semalam kau tidur lambat kan?"

Aku ketawa kecil. "Ya, umi. Ain terjaga sebab tak boleh tidur lena malam tadi... Terfikir tentang masa depan."

Umi mengangguk dan mengambil tempat di tepi katilku. "Apa yang kau nak risaukan sangat ni, Ain?"

Aku menghela nafas panjang. "Entahla... Ain tak yakin dengan pilihan kerjaya Ain yang sekarang ni, umi. Ain suka mengajar, tapi dalam masa yang sama Ain ada rasa nak cuba bidang lain."

Umi tersenyum dan memandangku dengan penuh kasih sayang. "Tak mengapa, Ain. Hidup kita akan sentiasa penuh dengan peluang dan pilihan. Apa pun yang kau pilih, umi sokong."

Aku merenung keluar jendela, merasa lebih tenang setelah mendengar kata-kata semangat dari umi. "Terima kasih, umi. Sayang umi."

Umi mengusap lembut bahuku. "Kau ni anak umi, Ain. Umi selalu ada untuk kau. Sekarang ni jom kita sarapan dulu. Hari ni hari baru, jangan stress-stress sangat."

Aku hanya diam dan mengangguk setuju.

Sebaik sahaja turun dari bilik, suara budak kecil mula kedengaran.

"Umi, hari ni Rania cuti ya ?"

Rania yang baru sahaja melihat kelibatku terus berlari ke arahku.

"Ya, cuti sekolah dah mula hari ni. Jadi, dia duduk sini sepanjang cuti sekolah. Dia seronok duduk sini. Kamu main la dengan Rania, ya?" pinta umi sambil menatapku dengan senyuman manis.

Aku hanya tersenyum lembut. "Hai Rania, how are you, cutie ? Jom ? Nak ikut kakak pergi mall tak kejap lagi ?"

Rania yang baru berusia lima tahun itu memandangku dengan mata kokonya yang bercahaya. Dia memasukkan beruang kesayangannya ke dalam beg mainannya sebelum menjawab, "Yeay! Kakak nak beli apa?"

"Kakak nak beli novel baru kat kedai buku dalam mall tu, lepas tu kita boleh makan aiskrim sama-sama, nak ?" balasku sambil menghulurkan tangan ke arahnya.

Rania laju memelukku, "Yeay! Aiskrim!"

Rania, gadis kecil yang merupakan anak kepada adik perempuan Puan Rosie. Setiap kali ada masa lapang dan cuti panjang, dia akan datang ke rumah untuk bermain.

COMEL !

𝐎𝐡, 𝐬𝐡𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐐𝐔𝐄𝐄𝐍Where stories live. Discover now