Bab 2

12 1 4
                                    

Keadaan di Pavilion Mall agak sibuk hari ini. Misi mencari novel baru mesti diteruskan. Tiba-tiba...

"Kakak, tengok tu! Ada kedai toys!!! Nak pergi tengok tak? Jom la kakak, jom laaa" ajak Rania.

"Ya sayang. Jom pergi!" ujarku. Rania berlari ke arah kedai mainan. Matanya bersinar-sinar melihat pelbagai mainan yang tersusun elok di setiap rak.

Kami berhenti di depan rak patung beruang dan mainan lainnya.

"Rania nak cari apa ni? Patung beruang ke?" tanyaku sambil mengikuti langkah kecil Rania di sepanjang rak mainan.

"Hmm... Rania nak cari beruang untuk kawan beruang Rania," jawabnya, sambil memerhati setiap beruang yang ada di rak itu.

"Beruang mana yang Rania nak beli? Yang besar atau yang kecil?" tanyaku lagi, terhibur melihat gelagat gadis kecil ini.

"Rania nak yang besar sikit, boleh la kawan beruang Rania tu peluk dia," Rania memberi senyuman kecil kepadaku.

Aku melepaskan tawa kecil. "Boleh sayang, tapi kita kena pilih yang mana satu yang paling cantik dan sesuai untuk jadi kawan kepada kawan beruang Rania tu."

"Okay boss!" Rania terus mencapai seekor patung beruang berwarna pink.

"You want this?" soalku.

"Yeppp, COMELLL", Rania melompat-lompat, sungguh dia teruja dapat mainan baru.

Aku tergelak kecil melihat kecomelan Rania. "Okay, kita ambil yang ini ya. Dah puas hati?" tanyaku, sambil mengusap rambutnya yang halus.

"Yeay! Puas sangat!" Rania memeluk erat patung beruang baru itu.

Aku membawanya ke kaunter pembayaran. Sementara menunggu giliran, Rania masih tak berhenti bermain dengan patung barunya.

Selepas selesai membayar, kami keluar dari kedai mainan dan meneruskan pencarian novel baru.

"Okay, sekarang giliran kakak pula. Kita cari novel ya," ujarku sambil memimpin tangan Rania.

Kami masuk ke kedai buku yang terletak di tingkat dua. Suasana di dalam kedai buku itu tenang, berbeza dengan suasana riuh di luar.

Mata ku tertumpu pada rak novel yang dipenuhi dengan novel-novel yang baru tiba. "Kakak nak cari novel kat sini. Rania nak duduk mana sementara kakak cari?"

Rania memandang sekeliling sebelum menunjuk ke arah sudut bacaan kanak-kanak. "Rania nak duduk situ, kakak."

"Okay, duduk elok-elok ya. Kakak kat sini tau," aku kembali mencari novel.

Setelah beberapa minit mencari, aku akhirnya menjumpai novel yang ku inginkan. Aku tersenyum puas sambil membawa novel itu ke arah Rania.

"Ok, dah siap. Jom kita bayar," ujarku sambil menghulurkan tangan kepada Rania.

Rania memandangku dengan senyuman lebar. "Kakak dapat ke buku yang kakak nak?"

"Ya, kakak dapat. Rania dapat beruang baru, kakak dapat novel baru. Semua orang happy hari ini," aku tersenyum sambil memeluk Rania erat.

"Yeay! Terima kasih kakak!" Rania mencium pipiku.

"Sama-sama sayang," jawabku, merasa sangat bahagia dengan hari ini.

"Excuse me, Qurratu Nurain, kan?" tegur seorang wanita berpakaian kemeja putih dengan senyuman.

Aku berpaling dan terkejut melihat wajah yang aku sangat kenali. "Arisa? Lama tak jumpa! Apa khabar?"

Arisa ketawa kecil. "Alhamdulillah, baik. Kau macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah, sihat juga. Kau buat apa kat sini?" tanyaku sambil tersenyum.

"Oh, aku datang sini nak cari buku untuk research aku. Kebetulan nampak kau tadi," jawab Arisa sambil matanya melirik ke arah Rania yang sedang berdiri di sebelahku.

"Ini adik kau ke?" tanya Arisa.

"Ini Rania. Adik sepupu aku. Rania, say hi to Kak Arisa," ujarku.

Rania memandang ke arah Arisa dan melambai malu-malu. "Hi, Kak Arisa."

"Hi, Rania! Comelnya kamu ni eeeee," puji Arisa sambil tersenyum manis.

Aku tersenyum melihat interaksi antara mereka berdua. "So, kau sambung belajar jurusan apa sekarang?"

"Aku ambil jurusan Bahasa Melayu. Sekarang tengah buat research tentang sastera Melayu klasik. Banyak kerja, tapi seronok," jawabnya dengan penuh semangat.

"Menariknya! Semoga berjaya dengan research kau. Aku pun baru je habis kelas kat universiti tadi," aku membalas.

"Thanks! Eh, lepas ni kau ada plan nak buat apa-apa ke? Jom minum kopi kejap, dah lama tak borak," Arisa mencadangkan.

Aku memandang Rania dan kemudian kembali kepada Arisa. "Boleh juga. Kita ke kafe yang kat sebelah tu je lah.. Dekat pun dekat."

Kami berjalan bersama ke kafe berdekatan, sambil berbual tentang kehidupan dan perkembangan masing-masing. Rania berjalan di antara kami, memegang erat patung beruang barunya.

Di kafe, kami memilih tempat duduk yang selesa dan menikmati hidangan yang dipesan oleh Arisa. "So, kau apa cerita sekarang?" tanya Arisa sambil menghirup kopi.

Aku tersenyum. "Macam ni je lah, tapi yang paling penting, aku gembira dapat jumpa kau hari ini."

Arisa ketawa kecil. "Aku pun gembira. Dah lama kita tak jumpa sejak habis SPM dulu. Banyak yang berubah, kan?"

"Memang banyak. Aku tak sangka kita boleh jumpa kat sini," ujarku sambil menghirup kopi yang sama dipesan oleh Arisa tadi.

"Betul tu. Eh, kau dah kahwin ke?" tanya Arisa sambil mengangkat keningnya, sedikit usikan dalam nada suaranya.

Aku tergelak kecil sebelum menjawab dengan nada sinis, "Apa? Lelaki? Tolonglah, aku lebih suka hidup sendiri daripada terikat dengan lelaki dalam dunia sekarang ni yang penuh dengan drama. Aku malas nak sibukkan diri dengan perkara yang tak memberi nilai tambah dalam hidup aku."

Arisa menarik nafas, tersenyum tipis menghormati pilihanku.

"Tak salah pun kan kalau kita lebih fokus pada diri sendiri dan cita-cita?"

"Absolutely," balas Arisa, wajahnya sedikit serius.

Rania yang duduk di sebelahku ikut serta dalam perbualan ini. "Kakak, Rania rasa kalau ada lelaki dalam hidup macam menyusahkan je. Patung beruang lagi best!"

Arisa tergelak mendengar kata-kata lucu Rania. "Betul tu, Rania. Patung beruang awak tu setia dan tak buat masalah, kan?"

Rania mengangguk. "Yeap, betul! Beruang ni tak buat hal, senang nak jaga."

Aku hanya diam sambil tersenyum. Indah betul jadi budak kecik. Takde masalah !

𝐎𝐡, 𝐬𝐡𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐐𝐔𝐄𝐄𝐍Where stories live. Discover now