Everyday : Ariana Grande
Sentuhan lembut menganggu tidur Kayla yang lena . Perlahan kedua mata Kayla dibuka sebelum terpampang jelas wajah Khalish yang baring di sebelahnya . Sebelah tangan menahan kepalanya dan lagi sebelah membelai rambut serta pipi isterinya.
Reaksi Kayla seperti mati . Dia taktahu nak rasakan apa . Terkejut pun tak , nak menolak belaian suaminya pun tak . Dia hanya diam dan merenung wajah Khalish yang hanya seinci dekat dengannya.
"Handsome ."
Gumam Kayla tanpa sedar yang sangat halus tapi masih kedengaran jelas di telinga Khalish.
"Pardon?" Khalish seakan dengar jelas tetapi dia nak pastikan betul ke apa yang dia dengar .
Terbuka luas mata Kayla apabila nyawa nya sudah terkumpul dari mamai tidurnya . Badan digeser jauh sedikit dari suaminya.
"A-apa kau buat kat dalam bilik aku ?" soal Kayla sedikit gagap . Mata yang tak lepas dari wajah Khalish sambil tangan perlahan menarik selimut sehingga menutup separas dada nya . Segan.
Khalish menggelengkan kepalanya . Tangan masih tidak henti dari membelai rambut isterinya. "Salah ke aku masuk bilik isteri aku sendiri?".
"A-aduh apa kena dengan mamat ni . Mood pagi tiba macam ni , lagi seram dari aku berdepan dengan musuh ni," gerutu Kayla dalam hati . Tangan hangat yang terus menerus membelai rambutnya membuatkan Kayla meremang. Seram!
"P-pukul berapa sekarang?" soal Kayla . Dia sekarang ibarat sekecil kuman nak dibandingkan dengan si Khalish .
Khalish hentikan belaian di rambut Kayla dan mengerling ke arah jam di tangan nya . "5 pagi." jawab Khalish dengan mata yang memandang Kayla sangat lembut tanpa secalit senyuman di bibir .
"A-aku dah nak kena bersiap , kau .." belum sempat di membuka selimut dan ingin turun , pinggang rampingnya ditarik merapat pada dada bidang suaminya.
"Shhh, bagi aku kumpulkan tenaga aku sekejap . 10 minutes ," ujar Khalish memejamkan mata . Dagunya diletakkan di atas kepala isterinya.
Jantung Kayla berdebar laju. Bau maskulin suaminya menusuk hidung nya kerana jarak mereka yang terlalu rapat. Sangat mengherankan tetapi bau itu sangat menenangkan dan dakapan suaminya sungguh membuatkan dia hanyut dalam keselesaan .
Mereka berada dalam posisi tersebut selama 10 minit . Seperti yang dijanjikan Khalish , pelukan mula dilonggarkan dan anak mata yang melilau mencari wajah polos pagi isterinya . Merah ! Terbit senyuman kecil di bibir Khalish.
"D-dah kan? aku nanti , nanti aku lambat . Haa aku lambat nanti aku aku ..."
"Relax lah . Apa yang gelojoh sangat ni nak bercakap hahaha. Relax , mi amore . Relax ..," potong Khalish yang melihat isterinya yang mula salah tingkah mengundang tawa kecil darinya .
"Ish dah lah . K-kalau melayan kau , sampai bila aku tak bersiap . Kang aku juga yang kena denda nanti ," dalih Kayla yang bergegas turun dari katil dan berlari kecil masuk ke dalam bilik air.
Kayl mengunci pintu sebelum bersandar menghela nafas gemuruh nya . Pernafasan dia menjadi laju .
"Sejak aku jadi bini dia , pernafasan aku jadi tak terkawal . Gila betul , memang tak elok untuk jantung. Lama-lama aku mati bukan sebab peluru tapi sebab dia . Nonono , sangat memalukan ."
Bebel Kayla perlahan seorang diri sambil mengurut -urut dada untuk kembali tenang.
"Mi amore! aku nak join mandi sekali boleh ? jimat sikit masa !".
YOU ARE READING
Mia Moglie (C)
ActionSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...