Ketukan di pintu mengejutkan Hanif yang sedang leka bermain telefon pintar di dalam bilik. Suara Asma yang kedengaran memanggil-manggil namanya, pantas membuatkan Hanif bangun dan segera berlari mendapatkan pintu.
"Ya, bu?" Wanita yang masih berbalut telekung itu dipandang oleh Hanif sambil tersenyum manis.
"Hanif busy ke?"
"Tak lah, bu. Hanif baru lepas kemas and settle kan dokumen," tipu Hanif.
"Aisyah tertidur dekat atas sofa. Hanif tolong bawa dia masuk bilik. Ibu nak masuk tidur dah," ujar Asma.
Lirikan mata lelaki itu dialihkan ke arah ruang tamu.
"Ibu dah kejut Aisyah ke?" Tanya Hanif.
"Ibu dah kejut dah. Mengantuk sangat agaknya tu. Hanif gendong lah dia masuk bilik, ya? Kalau Aisyah tidur luar, nanti digigit nyamuk," balas Asma.
'Habis, aku semalam tidur dekat luar, tak kena gigit apa-apa ke?' Marah Hanif.
"Okay, bu. Ibu masuk lah bilik dulu. Hanif nak kemas katil dulu. Kejap lagi Hanif dukung Aisyah bawa masuk bilik," putus Hanif.
Asma senyum sambil mengangguk setuju. Perlahan dia berjalan masuk ke bilik sambil mulut tak henti-henti berzikir.
Bantal milik Aisyah disusun berserta sehelai selimut milik si isteri. Kemudian, langkah diaturkan ke arah Aisyah yang masih nyenyak di atas sofa di ruang tamu.
"Tidur pun cantik," ujar Hanif sendirian.
Tubuh Aisyah digendong. Sikit pun si isteri tidak bangun, mahupun celik mata tatkala dirinya diangkat tinggi dibawa menuju ke kamar tidur. Nyenyak sungguh tidurnya yang dibuai mimpi indah.
Dari jauh, sepasang mata tua menangkap kelakuan menantunya itu. Dalam diam, Asma senyum. Kalau benar, ini ketentuan Ilahi, dia perlu redha dengan apa yang terjadi walaupun Asma sendiri masih punya rasa bersalah terhadap Aathif sekeluarga.
Siapa dia mahu salahkan Tuhan? Dia percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Namun, apa yang terjadi minggu lepas, tatkala Aisyah ditangkap berkhalwat bersama Hanif, langsung tak dapat dilupakan oleh Asma.
Dia sangsi dengan Hanif. Jantungnya hampir gugur melihat Aisyah yang nyenyak tidur di atas katil tanpa seurat benang menutupi seluruh tubuh. Sejak kejadian itu berlaku, Asma kerap kali melakukan solat Istikharah, meminta petunjuk kepada Allah untuk menyelesaikan semua persoalan.
Pintu bilik Asma ditutup perlahan agar tidak didengari oleh Hanif. Esok hari terakhir Aisyah berada di dalam rumahnya sebelum anak perempuannya itu mengikut Hanif pulang ke pekan. Dia perlu bangun awal pagi esok untuk menyiapkan makanan kegemaran Aisyah.
"Nyenyak betul kau tidur ya, Aisyah," bisik Hanif.
Tubuh si isteri diletakkan di atas katil, sebelum diselimutkan tubuh itu dengan selimut yang dia letak tadi. Wajah polos Aisyah ditatap lama.
Teringat dia akan Aisyah ketika di sekolah menengah dahulu. Dengar sahaja nama Aisyah, pasti akan jadi bualan ramai disebabkan pada ketika itu, Aisyah dikenali ramai. Nak-nak pula, apabila ketika Aisyah bercinta dengan Aathif, budak kelas bawahan.
Majoriti pelajar di sekolah, rata-rata tidak setuju apabila Aisyah bercinta dengan Aathif. Ya lah, ibarat langit dan bumi. Sudah lah Aisyah murid pandai di sekolah, Aathif pula? Budak kelas bawah yang hanya tahu ponteng sekolah sahaja.
Rakan-rakannya yang lain selalu sahaja mengejek Hanif kerana gagal mendapatkan cinta Aisyah. Mungkin waktu dulu, tiada siapa nak pandang dia langsung. Tapi sekarang, selepas keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur, dia sedikit sebanyak belajar untuk mengubah diri sendiri.
Dia yang dahulu berjerawat, kini bersih dan mulus seperti kulit bayi. Dia yang dahulu tak tahu langsung berfesyen, kini tambah lebih segak dan bergaya. Sampaikan, ada sahaja wanita yang mendekat. Bukan setakat anak dara, janda anak dua pun pernah mencuba nasib.
Janji yang pernah dia sebutkan dahulu, kini menjadi kenyataan. Tak akan ada siapa yang berani memisahkan dia dan Aisyah. Lantak lah jika Irdina mahu memberitahu hal yang sebenar pun, dia dah tak peduli.
Aisyah menjadi keutamaan sekarang ini. Mahupun Asma atau Aathif, jika suatu hari nanti ada sesiapa yang mencuba-cuba membawa Aisyah pergi, pasti Hanif tak akan berdiam diri.
T-shirt lengan pendek yang dipakai Aisyah membuatkan Hanif tak senang duduk. Syahwatnya tiba-tiba saja bergelojak. Air liur ditelan perlahan.
Tak sia-sia rasanya dia memilih Aisyah sebagai isteri. Putih, kulit mulus, pandai dan tentunya bersikap sopan di hadapan orang yang lebih tua, membuatkan Hanif tersenyum gembira.
'Kalau aku rogol ni, bukannya dia sedar pun' Ujar Hanif.
Sedang di mengelus lembut pipi mulus Aisyah, telefon bimbitnya berbunyi. Jelingan tajam diberikan sebelum dia mengambil telefon dari atas meja tepi katil.
Nombor sama yang dia jawab selepas mandi tadi membuatkan Hanif tak senang duduk. Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu. Matanya meliar mencari tubuh Asma, memastikan wanita tua itu tak terganggu dengan bunyi tapak kaki miliknya.
"Kau nak apa lagi?"
"Hanif.... Please give me a chance to explain everything to you," ujar wanita disebalik telefon.
Suaranya serak, seakan-akan baru sahaja menangis. Mungkin, apa yang telah dia buat dahulu baru sahaja memberikan efek yang amat berat dalam hidupnya.
"You are the one who left without saying anything," Hanif mula meninggikan suara.
Geram dengan apa yang cuba dilakukan oleh wanita itu. Hanif mula naik berang tatkala telinga menangkap suara sedu wanita itu.
Sudah dua tahun dia menunggu kepulangan wanita yang sangat dia cintai. Namun, pengorbanannya selama dua tahun itu hanya sia-sia apabila wanita itu curang di belakang Hanif.
Pujuk rayu diberikan agar wanita itu kembali ke pangkuan Hanif, namun dirinya lebih memilih untuk bersama dengan yang baharu. Mahu atau tidak, Hanif terpaksa melepaskan wanita tersebut. Namun, kenapa sekarang wanita itu muncul kembali? Itu yang dia tak tahu.
"Kau nak nangis-nangis macam ni, baik kau tak payah nak buang masa. Aku malas nak tahu," kata Hanif.
"Dengar dulu, Hanif. I bukan saja-saja nak call you or kacau you. But, please. You have to help me," pujuk wanita itu.
"Aku tak ada masa nak dengar, Umairah Maisarah. Lagipun, sekarang ni aku dah bahagia," ujar Hanif. Bibir mula mengukir senyuman sinis. Matanya tertancap ke arah Aisyah.
"Please, Hanif. Just give me a moment to confess what I've been thinking since I saw you last month. I tak ada niat pun nak kacau hubungan you dengan sesiapa, but now I really need your help," balas Maisarah.
"I give you five minutes"
"Th-thank you," ucap wanita yang bernama Maisarah itu.
"Go on, tell me everything dan jangan tinggal sepatah pun"
Hanif duduk. Mendengar segala yang diceritakan oleh Maisarah. Mungkin sudah masanya untuk dia mengetahui apa yang telah dilalui oleh bekas kekasih. Atau, mungkin ini semua rekaan sahaja untuk menjadikan dia seorang pak turut.